Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAIKAN MINGGU SETIAUSAHA BERSAMA AISHAH, NORA & ALIF NASIR 25 APRIL

PIX: Nabil Norazuan
Apabila timbul je bulan April apa rasanya yang anda ingat?

Ya... bulan inilah para Setiausaha  termasuk kakitangan pentadbiran diraikan oleh bos masing-masing pada acara Minggu Setiausaha yang berlangsung samada di hotel, restoren atau di mana sahaja yang meraikannya.

Jika bos anda sedang mencari-cari mana yang sesuai untuk meraikan anda apa kata hadir ke hotel berprestij, Palace of the Golden Horses (PGH) bagi menyaksikan persembahan dua artis popular, Aishah dan Nora serta Alif  Nasir yang terkenal dengan gelaran Kenny G Malaysia.

Mereka bertiga akan menjayakan Minggu Setiausaha di bawah majlis yang dinamakan 'SPECTACULAR SECRETARIES’ WEEK LUNCHEON 2019, LIVE PERFORMANCE' pada 25 APRIL 2019 depan.

Anjuran Mareepoosa Creative & Event dengan kerjasama pengurusan PGH, MINES, perkongsian pentas persembahan di antara AISHAH dan NORA bagi menjayakan Minggu Setiausaha belum pernah ditampilkan oleh mana-mana penganjur acara sebelum ini.

AISHAH yang tetap diingati dengan lagu JANJI MANISMU oleh peminat-peminat tegarnya, pasti akan memberikan satu bentuk hiburan yang memuaskan lagi menghiburkan.

Apatah lagi Aishah juga mempunyai single baharu berjudul MALAR, pasti akan memperdengarkan lagu terbaharunya itu secara eksklusif di hadapan hadirin.

NORA terus diingati dengan deretan lagu-lagu malar segarnya termasuk HANYA SATU ciptaan terbaik Allahyarham Johan Nawawi. 

Kemunculannya pasti akan menggamit kenangan rindu yang pernah bertakhta dalam hati setiap di antara kita.

Menambahkan lagi rencah kerancakan, penampilan peniup saksafon tanah air, ALIF NASIR sudah tentu dinantikan juga.

Alunan instrumental Alif yang akan membawa lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih pasti membuai perasaan para hadirin.


Dengan sokongan padu yang diberikan oleh Pengurus Besar PGH, Mr. Isaac, persembahan sempena Minggu Setiausaha diyakini meninggalkan satu kenangan manis kepada hadirin.

SPECTACULAR SECRETARIES’ WEEK LUNCHEON yang bermula pada pukul 12.30 tengah hari, bertempat di Royal Ballroom, PGH, akan menyajikan  makanan Barat yang disediakan oleh pihak Banquet hotel.

Berdasarkan penjualan meja, sebanyak 50 buah meja disediakan dan dibahagi-bahagikan mengikut empat kategori iaitu Sapphire (RM6,000), Ruby (RM5,000), Emerald (RM4,000) dan Amethyst (RM3,000).

Penjualan seat secara individu juga ditawarkan dengan harga Sapphire (RM600/seat), Ruby (RM500/seat), Emerald (RM400/seat) dan Amethyst (RM300/seat).

Jualan meja masih dibuka dan boleh diuar-uarkan kepada syarikat- syarikat korporat dan juga orang ramai.

Hasil jualan meja, sebanyak 10 peratus akan disalurkan kepada tabung National Diabetes Institute (NADI), sebuah badan bukan berkeuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu kos perubatan kanak-kanak yang menghidap Diabetes Type-1.

Tidak lengkap majlis sempena Minggu Setiausaha jika tiada acara cabutan bertuah. 

Selain daripada setiap hadirin diberikan door gift sumbangan para penaja, acara cabutan bertuah dengan hadiah menarik menanti para hadirin yang hadir. 

Seperkara lagi, sebelum kemunculan tiga bintang yang menjayakan SPECTACULAR SECRETARIES’ WEEK LUNCHEON 2019 pada 25 April ini, penganjur acara juga mengundang dua penyanyi yang terlibat dalam Special Project Bisa Pertama (SPBP) iaitu Uchop Ahmad (Juara pertandingan realiti TV, Vokal Bukan Sekadar Rupa, kanan) dan Irwan Ahmad (peserta program realiti TV Mentor Otai, di bawah didikan Tam Spider, kiri).

Uchop dan Irwan akan berduet menyampaikan lagu ciptaan Bayeng Black, Bisa Pertama.

Untuk maklumat lanjut berhubung penjualan meja, boleh hubungi Puan Kunor Ku Pengiran di talian 011-12386569.


PIX: Utusanonline.

Tiada ulasan: