Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SESI UJI BAKAT KEDUA PENCARIAN WANITA MELAYU 30 MAC DI PLAZA SHAH ALAM



Mula diperkenalkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu kini memasuki musim ke 6 bagi merebut gelaran ‘Ikon Wanita Melayu 2019’.

Siapa agaknya yang bertuah kali ini selepas lima ikon terdahulu terdiri dari Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nurtine berjaya merebut gelaran idaman setiap wanita itu.


Sungguhpun lebih kurang 500 penyertaan diterima sejak permohonan dibuka secara online bermula 11 Februari lalu namun hanya  10 wanita Melayu yang bertuah sahaja akan bertarung pada peringkat akhir yang dijangka berlangsung pada 20 April depan.

Pun begitu sesi uji bakat kedua  pada 30 Mac ini (Sabtu)  bertempat di Plaza Shah Alam akan menentukan siapa 30 peserta yang layak ke separuh akhir pada 13 April dan seterusnya mencari 10 peserta untuk ke final.

YASHEEDAH (dua dari kanan) dan Azura (dua dari kiri) bersama tiga finalis top 12 PWM 2018.
Sebelum itu, sesi uji bakat pertama telah diadakan pada 23 Mac lalu sementara sesi uji bakat terbuka turut diadakan lebih awal iaitu pada 9 Mac di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur sempena Minggu Kraftangan Malaysia.

Pencarian Wanita Melayu 2019 anjuran Plaza Shah Alam dengan penglibatan penaja utamanya, Habib Jewels dan Ice Watch diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup kemelayuan dalam dunia serba moden hari ini.

“Ikon wanita yang dicari perlu mempunyai pakej dan ciri-ciri lengkap seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden sekarang,” ujar Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Puan Azura Mokhtar.

Turut hadir, Puan Yasheedah dari Habib Jewels/Ice Watch dan pihak penaja lainnya yang terdiri dari wakil Xixili, Anytime Fitness dan MC Vogue.

Selain bergelar ‘Ikon Wanita Melayu’, juara turut membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000, barangan Habib Jewels bernilai RM4,000, jam tangan Ice Watch bernilai RM4,000 serta pakej percutian bersama hadiah sampingan daripada penaja terbabit.


PWM turut melancarkan tabung amal untuk disalurkan kepada Tabung MAKNA bagi membantu pesakit kanser wanita. 


Kutipan derma  bermula 27 Mac lalu sehingga malam finale pada 20 April 2019 yang akan dihoskan oleh pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad.

Sementara itu, khabarnya, salah seorang daripada finalis top 12 PWM 2018 tahun lalu, Nadja Liza Mustafa bakal mengeluarkan single pertamanya dijangka bulan Jun depan bergenre pop balada di bawah label Hot Song Record.
"Saya lebih tertarik untuk menyanyi daripada berlakon walau pun pernah menjadi pelakon sampingan dalam drama Dunia Baru 3. Tawaran itu pun saya dapat seleas ramai yang cakap wajah saya mirip Almy Nadia," ujar Nadja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan