Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEMINAT GAMING DIPELAWA KE TAMAN MAINAN TMT


Siapa di antara pembaca setia Kak Fas di sini yang suka ‘gaming’?

Jika  korang suka gaming pun sudah tentu tahu mengenai syarikat TMT (Thundermatch Teknology) yang merupakan rangkaian runcit IT dan telefon bimbit terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 80 cawangan di seluruh negara.

Sebagai pemacu utama negara  ke arah kehidupan yang lebih pintar, TMT komited untuk membawa produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan canggih bagi memenuhi jangkaan para pelanggan.

Dalam dunia di mana transformasi digital semakin berkembang, TMT membawa teknologi yang dibuat untuk masa hadapan.

Tetapi bagi mereka yang baharu mengenali TMT mungkin langkah terbaik adalah dengan berkunjung ke pusat membeli-belah Midvalley di mana satu pertunjukan jalanan TMT 'Game On' ala-ala taman permainan sedang berlangsung untuk pemain, pemaju permainan dan peeeka, peimpin industri serta peminat teknologi.

Apa itu 'Game On?'

'Game On' merupakan kempen pertama dibawa oleh TMT dalam menawarkan barisan produk gaming meliputi peralatan gadget, telefon bimbit, komponen dan aksesori daripada semua jenama terkemuka pada harga menarik selama sebulan di seluruh gerai TMT.

Bertujuan untuk mempromosikan industri gaming selari dengan seruan kerajaan untuk memajukan eSukan di negara ini, kempen yang sedang berlangsung akan berakhir pada 24 Mac 2019 ini.

Bertempat di Centre Court, Mid Valley Megamall, orang ramai boleh melihat pelbagai produk dipamerkan antaranya seperti Zowie, AOC, Aorus, Dell, BenQ, Cooler Master, Corsair, Asus, Omen oleh HP, Hyper, Sony, Legion oleh Lenovo, Logitech, MSI, Predator, Razer, Republik Gamers, Intel, Thermaltake, Vive dan Allenware.

Selain itu, orang ramai juga boleh mencuba Kokpit Simulator Predator Gaming untuk pengalaman yang komprehensif.



Pendekata, 'Game On' memberi fokus kepada semua benda berkaitan gaming di Malaysia sejak e-Sukan semakin mendapat perhatian ramai malah bajet RM10j telah pun diperuntukkan oleh Kerajaan bag pembangunn eSukan di negara imni dalam Bajet 2019.



Pada pertunjukan jalanan ini juga, orang ramai boleh menonton pasukan eSukan terbaik bertanding dalam kejohanan PUBG dan Mobile Legends untuk merebut hadiah wang tunai RM20,000 pada 23 dan 24 Mac.

Peminat boleh bersorak untuk pasukan kegemaran mereka sambil menonton pertempuran secara langsung di skrin besar. 

Pada hujung minggu kempen pula, sesi pertemuan bersama pemain video terkenal Lee Jossete, David Xero dan Victor Kax turut diadakan di mana mereka akan berkongsi petua dan  pengalaman masing-masing.

Malah bagi pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 di mana-mana outlet TMT di seluruh negara mulai sekarang hingga 18 April 2019, layak mengambil bahagian dalam cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi sejumlah baucar dan produk bernilai sejumlah RM40,000.

Kempen ‘Game On’ ini akan berterusan di platfom eDagang, Shopee yang mana orang ramai boleh mendapatkan produk gaming yang didamkan dengan bayaran ansuran pada kadar faedah 0%. 

Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mengimbas kod QR yang terlekat pada produk untuk membuat pembelian di Shopee 

Maklumat lanjut layari https://tmt.my/events/tmt-game-on-campaign/ dan untuk membeli teknologi boleh pula layari https://tmt.my/.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan