Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AERIL, WAWA TERKEJUT MASALAH GIGI BERADA DI TAHAP KRITIKAL



Bayangkan jika paras rupa anda cantik bagi wanita dan kacak bagi lelaki tetapi apabila membuka mulut untuk berbicara… alamak… bukan sahaja nafas berbau tetapi gigi tidak terpelihara.

Keadaan begini tentu membuatkan sesiapa yang mengalaminya berada ‘down’ malah malu mahu bertemu atau bercakap dengan orang ramai.

Tahukah anda sebenarnya 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi?

Terkejut kan? Jika anda tidak pasti samada tergolong dalam jumlah berkenaan apa kata layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma.


Laman web tersebut dibina sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema iaitu satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Tujuannya untuk membantu rakyat Malaysia tentang pentingnya kesihatan oral dengan matlamat memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20nbatang gigi asak apabila mencapai usia warga emas.

Korang mesti tertanya-tanya apa itu ‘gumbatte’ kan?


Gumbatte ini diambil dari perkataan Jepun “Ganbatte” yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’ sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan.

Majlis pelancarannya telah pun berlangsung baru-baru ini di sebuah pusat membeli-belah terkenal oleh Pemangku Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Oral Kementerian, Dr. Norliza Mohamed dengan penampilan istemewa pasangan romantis terkenal, pelakon Aeril Zafri dan isterinya, Wawa Zainal.



Kehadiran kedua-dua yang ditampilkan melalui sketsa pendek menarik perhatian khalayak betapa pasangan ini mempunyai sepasang gigi yang cantik. Memang layak mereka menjadi wajah kempen Systema ini.

Kita dengar apa komen Aeril dan Wawa:


“Berada di dalam industri hiburan perlu berdepan dengan pelanggan jadi kita harus memiliki tahap kebersihan diri termasuklah oral yang baik.  Saya tidak sedar mengenai kesan masalah gusi ini,  jika tidak dibendung ianya mempunyai kaitan dengan serangan jantung, Alzheimer dan sebagainya. Jadi kita semua perlu melayari laman web berkaitan,” - Aeril Zafri.

“Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuu yang betul buat negara kita,” - Wawa Zainal.

Sempena kempen, Systema mengagihkan 10,000 ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini.


Produk-produk Systema  boleh didapati menerusi pasar raya hiper utama dan farmasi di seluruh negara pada harga Rm 12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque manakala berus gigi pula berharga dari RM 7.80 – RM 12.55.



Tiada ulasan: