PRISM+ TAWAR NILAI INOVASI, PETI SEJUK MAMPU MILIK BERMULA RM599!
MENGAMBIL kira trend rakyat Malaysia yang kini semakin bijak berbelanja secara pukal dan mengutamakan kecekapan tenaga, jenama teknologi rumah terkemuka PRISM+ secara rasmi memperluaskan rangkaian produk barangannya menerusi pelancaran barisan peti sejuk dan penyejuk beku baharu bermula serendah RM599.
Langkah strategik ini membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam menawarkan teknologi premium pada harga mampu milik, di samping membendung masalah pembaziran makanan akibat kerosakan pramatang.
Menerusi siri terbaharu ini, PRISM+ memperkenalkan model empat pintu PureFresh FDR 520 yang mengetengahkan teknologi perlindungan antibakteria diiktiraf makmal.
Dilengkapi Janakuasa Ion Negatif, model berkapasiti 520 liter ini mampu menyingkirkan sehingga 99.99% bakteria serta bau kurang menyenangkan.
Ia turut menjadi satu-satunya model dalam kelasnya yang disokong oleh penilaian makmal terhadap strain bakteria sebenar iaitu E. coli dan Staphylococcus aureus selepas 24 jam ujian berterusan.
Gandingan Sistem Penyejukan Zon Pelbagai, teknologi Tanpa Frost (No Frost), dan Pemampat Inverter yang cekap tenaga memastikan suhu sentiasa konsisten di setiap ruang simpanan.
Menampilkan reka bentuk moden dengan pemegang tersembunyi serta paparan sentuh LED luaran, model kemasan Inox ini ditawarkan pada harga promosi pelancaran RM1,979 manakala kemasan Hitam Matte Lembut pada harga RM2,079, lengkap dengan jaminan pemampat selama 12 tahun.
Bagi memenuhi kekangan ruang kediaman moden yang lebih kompak seperti studio, pangsapuri, pantri pejabat, dan unit sewaan, PRISM+ turut mempertaruhkan model PureFresh TMF 170.
Mengambil ruang lantai seluas 0.23 meter persegi sahaja atau menyamai saiz keset pintu kecil, peti sejuk dua pintu ini menyediakan kapasiti 170 liter untuk menampung barangan keperluan harian sepanjang minggu.
Model ini beroperasi pada tahap senyap 42 desibel setaraf suasana perpustakaan, di samping memiliki Penarafan Tenaga 4-Bintang, rak kaca terbaja, serta pintu boleh songsang (reversible door).
Ditawarkan dalam kemasan Inox yang elegan pada harga pra-pesanan RM599, ia hadir bersama jaminan pemampat selama 10 tahun.
Menjawab keperluan isi rumah yang gemar membeli stok makanan secara pukal serta golongan perniagaan kecil seperti kafe, kedai serbaneka, dan penjual makanan dari rumah, PRISM+ turut membawakan siri FreezeMaster.
Dikenali sebagai barisan penyejuk beku dada (chest freezer) paling mampu milik di Malaysia mengikut kelas kapasiti, siri ini menyediakan perlindungan gangguan bekalan kuasa sehingga 100 jam bagi memastikan makanan kekal beku semasa insiden luar jangka.
Mengekalkan Penarafan Tenaga 4-Bintang, model FreezeMaster 260 dan FreezeMaster 390 turut dilengkapi lapisan dalam putih yang mudah dibersihkan, dail suhu mesra kanak-kanak, pencahayaan LED terbina dalam, reka bentuk pintu terapung, serta bakul storan boleh tanggal.
Rangkaian berona Kelabu Cerah ini boleh didapati untuk pra-pesanan bermula harga RM629 dengan sokongan jaminan pemampat 12 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif PRISM+, Jonathan Wong menegaskan bahawa pihaknya sentiasa berpegang pada prinsip bahawa teknologi berkualiti tinggi harus dinikmati oleh lebih banyak isi rumah tanpa membebankan pengguna.
Menurut beliau, setiap produk dibangunkan berpaksikan penyelesaian masalah harian rakyat, mulai dari isu makanan cepat rosak hinggalah kepada kekurangan ruang storan, dan disusuli dengan perkhidmatan selepas jualan yang boleh diharap.
Aspek sokongan selepas jualan turut menjadi keutamaan PRISM+ dalam membina kepercayaan pengguna.
Setiap pesanan didatangkan bersama sokongan pelanggan 24/7 termasuk khidmat sembang langsung bawah 60 saat dan panggilan telefon bawah dua minit.
Jadual penghantaran serta pemasangan pula ditetapkan mengikut keselesaan pelanggan dan diuruskan terus oleh pihak PRISM+ sendiri.
Bagi model PureFresh FDR 520, ia sudah boleh didapati serta-merta menerusi laman web rasmi PRISM+, Kedai Rasmi Shopee, dan cawangan stor fizikal PRISM+ di seluruh negara.
Sementara itu, model PureFresh TMF 170 serta siri FreezeMaster 260 dan 390 kini dibuka untuk pra-pesanan secara eksklusif di laman web PRISM+, dengan penghantaran dijadualkan bermula dari pertengahan hingga akhir Ogos 2026.
Semua produk dalam barisan baharu ini turut layak melanggan pakej tambahan Waranti Lanjutan Premium PRISM+ bagi memberikan perlindungan tambahan antara 5 hingga 8 tahun demi ketenangan fikiran jangka panjang pemilik kediaman.
#PRISM+ #PetiSejuk #FreezeMaster #PureFreshFDR520 #PureFreshTMF170 #fyp




Tiada ulasan:
Catat Ulasan