PRODUK MIDEA KINI DITAWARKAN DI 99 SPEED MART SELURUH NEGARA MULAI OGOS!
SHAH ALAM – Sebanyak 13 produk peralatan elektrik rumah jenama Midea bakal dipasarkan di lebih 3,199 cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara bermula Ogos ini susulan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat bagi memperluaskan akses pengguna kepada produk rumah pintar pada harga mampu milik.
Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Midea Malaysia dan 99 Speed Mart Holdings Berhad yang berlangsung pada semalam, 29 Julai 2026 di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam. sekali gus menjadi satu lagi langkah penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang Midea untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Malaysia.
Majlis menandatangani MoU itu menyaksikan Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, menandatangani perjanjian berkenaan dengan Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang.
![]() |
| DARI kiri: LeeT Thiam Wah, Yong Eng Kwang, Mark Tam dan Zeal Jiang. |
Turut hadir sebagai saksi ialah Presiden Rantau Asia Pasifik (APAC) Midea Group, Zeal Jiang, serta Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart Holdings Berhad, Lee Thiam Wah.
Kerjasama tersebut membolehkan pelanggan mendapatkan pelbagai peralatan elektrik rumah Midea termasuk mesin pengisar, cerek elektrik, periuk nasi, kipas elektrik, pembakar roti, ketuhar mini, penyedut hampagas dan dapur memasak dengan lebih mudah melalui rangkaian pasar mini terbesar yang mudah diakses di seluruh negara.
"Kerjasama ini bertujuan mendekati kedua-dua pihak Midea dan 99 Speed Mart kepada lebih banyak komuniti setempat dengan menawarkan produk Midea di lokasi yang lebih mudah diakses pengguna, selaras dengan slogan 99 Speed Mart, 'Near & Save’,” ujar Mark Tam.
Menurut beliau, kerjasama itu turut menjadi langkah penting dalam memperkukuh lagi kehadiran Midea yang telah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia. sekali gus mewujudkan lebih banyak saluran bagi pengguna untuk mengenali, mencuba dan mendapatkan produk Midea.
Midea sebelum ini turut memperkukuhkan kehadirannya menerusi pembukaan 18 kedai jenama Midea di seluruh negara tahun lalu.
“Bagi pengguna, kerjasama ini menawarkan akses yang lebih luas, pilihan produk yang lebih pelbagai serta keyakinan untuk mendapatkan produk Midea melalui salah satu rangkaian peruncitan paling mudah diakses di negara ini,” katanya.
Sementara itu, mewakili ucapan dari Lee Thiam Wah, Yong Eng Kwang berkata, kerjasama tersebut selari dengan komitmen syarikat untuk terus memenuhi keperluan pelanggan yang semakin mengutamakan jenama dipercayai dan produk berkualiti.
Menurut beliau, sebagai rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia, syarikat sentiasa berusaha memenuhi keperluan harian rakyat dengan menawarkan lebih banyak pilihan produk yang praktikal dan bernilai.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada Midea kerana memilih 99 Speed Mart sebagai rakan runcitnya. Kepercayaan ini membolehkan kami terus mempelbagaikan pilihan pelanggan kami di samping membawa teknologi dan inovasi peralatan rumah yang terkini,” ujar Yong Eng Kwang,
Kerjasama itu turut menyokong visi “Power of One” yang diperkenalkan Midea di rantau Asia Pasifik semasa Persidangan Pengedar Asia Pasifik di Bali tahun lalu. Visi berkenaan menggabungkan inovasi produk, peluasan rangkaian runcit dan pengalaman pelanggan di bawah satu strategi pertumbuhan yang menyeluruh.
Menurut Midea, peluasan rangkaian runcit di Malaysia merupakan antara langkah strategik bagi merealisasikan sasaran jualan syarikat di rantau ini, selain memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran tempatan yang semakin kompetitif.
Malah, kerjasama dengan 99 Speed Mart juga mencerminkan komitmen berterusan Midea untuk meningkatkan pelaburannya di Malaysia serta memastikan lebih ramai pengguna dapat menikmati peralatan rumah yang inovatif, cekap tenaga dan memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Bermula Ogos ini, pelanggan di semua cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara boleh mendapatkan pilihan peralatan elektrik Midea dengan lebih mudah dan dekat dengan komuniti setempat.
Butiran produk dijual di cawangan:
Untuk maklumat lanjut, boleh layari: https://www.midea.com/my atau nak lebih mudah dan cepat sila klik DI SINI.
#Midea #99SpeedMart #MoU #ProdukRumah #PowerOfOne #Near&Save #fyp






Tiada ulasan:
Catat Ulasan