Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FELDA BUKTIKAN PEMBANGUNAN DESA MAMPU BERSAING DI PENTAS GLOBAL!


JENGKA
– Lebih 7,000 usahawan desa baharu berjaya dilahirkan, kira-kira 15,000 peluang pekerjaan diwujudkan dan nilai jualan melebihi RM1.77 bilion direkodkan sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sekali gus mencerminkan kejayaan agenda pembangunan luar bandar yang terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian tersebut membuktikan pembangunan desa tidak lagi boleh dilihat sebagai agenda pinggiran,

malah perlu menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.


"Malaysia mempunyai model pembangunan luar bandar yang terbukti berjaya. Apa yang dicapai FELDA hari ini menjadi bukti bahawa pembangunan desa mampu melahirkan masyarakat yang berdaya saing serta menyumbang kepada kemajuan negara," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia (WRDD) 2026 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, baru-baru ini.



Menurut beliau, kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem pembangunan luar bandar melalui pemerkasaan teknologi, inovasi dan ekonomi digital bagi memastikan komuniti desa mampu bersaing di peringkat global.


Beliau berkata, pelbagai inisiatif seperti RiSsMART, IkonDesa dan Gate to Global diperkenalkan bagi memperkasa usahawan luar bandar serta membantu produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.



Ahmad Zahid berkata, antara bukti paling jelas kejayaan agenda tersebut ialah pencapaian FELDA yang selama lebih enam dekad berjaya mentransformasikan masyarakat luar bandar sehingga diiktiraf sebagai model pembangunan desa yang boleh dijadikan rujukan di peringkat antarabangsa.


Menurut beliau, FELDA bukan lagi sekadar agensi pembangunan tanah, malah telah berkembang menjadi institusi yang berjaya mengubah kehidupan ratusan ribu keluarga peneroka melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, keusahawanan dan kesejahteraan sosial.


“Malaysia mempunyai model pembangunan luar bandar yang terbukti berjaya. Apa yang dicapai FELDA hari ini menjadi bukti bahawa pembangunan desa mampu melahirkan masyarakat yang berdaya saing serta menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya.


Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa sehingga Mei tahun ini, sebanyak 258 koperasi FELDA berjaya merekodkan nilai jualan RM50.18 juta, sekali gus membuktikan komuniti peneroka terus memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi luar bandar.


Dalam aspek pembangunan fizikal, kerajaan turut membina dan menaik taraf hampir 5,000 kilometer jalan luar bandar, menyediakan bekalan elektrik kepada lebih 7,000 kediaman, membekalkan air bersih kepada lebih 10,000 rumah serta membina dan membaik pulih hampir 10,000 unit rumah di seluruh negara.



Ahmad Zahid berkata, kejayaan itu membuktikan pembangunan luar bandar memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, agensi pelaksana dan masyarakat setempat bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan.


“FELDA telah membuktikan bahawa masyarakat luar bandar mampu berdiri sama tinggi dengan komuniti lain apabila diberikan peluang, sokongan dan kemudahan yang sewajarnya. Kejayaan inilah yang akan terus kita bawa sebagai contoh pembangunan desa Malaysia di pentas dunia,” tegasnya.




#FELDAJengka #RMK12 #AhmadZahid #IkonDesa #RiSsMART $GateToGlobal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan