Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO LANCAR X3, PENSTRIMEN TANPA DEKODER, TANPA KONTRAK!


ASTRO
melangkah ke fasa baharu dalam industri hiburan negara apabila memperkenalkan Astro X3, platform penstriman generasi baharu yang membolehkan pelanggan menikmati kandungan premium tanpa memerlukan dekoder atau pemasangan, sekali gus menawarkan pengalaman hiburan yang lebih fleksibel mengikut gaya hidup digital masa kini.


Penawaran terbaharu itu membolehkan pelanggan mendaftar terus menggunakan telefon pintar sebelum menstrim pelbagai kandungan melalui aplikasi Astro di TV pintar yang serasi dan peranti lain menerusi Astro GO, dengan proses yang hanya mengambil masa beberapa minit.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, pelancaran Astro X3 mencerminkan komitmen syarikat untuk memastikan kandungan berkualiti lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, selaras dengan perubahan corak tontonan yang kini semakin beralih kepada penstriman.



Menurutnya, Astro bukan sahaja mahu terus menjadi destinasi utama hiburan tempatan dan antarabangsa, malah mahu menawarkan kebebasan kepada pelanggan menikmati kandungan mengikut keselesaan mereka.


“Tanpa dekoder, tanpa pemasangan dan mulai Disember 2026, tanpa kontrak, Astro X3 memberikan pelanggan lebih kebebasan dan fleksibiliti untuk menikmati Astro mengikut keperluan mereka sendiri,” kata Henry pada majlis pelancaran Astro X3 bertemakan 'Fandom' di D Theatre, Empire City yang turut dihadiri beberapa selebriti popular baru-baru ini.



Antaranya Fasha Sandha, Josiah Hogan, Kamal Adli, Azhan Rani, Azar Azmi dan ramai lagi.


Astro X3 menawarkan akses kepada pelbagai kandungan termasuk Astro Originals, hiburan antarabangsa serta liputan siaran langsung sukan utama seperti Liga Perdana, Liga Juara-Juara AFC dan UEFA, Formula 1, MotoGP, Wimbledon serta kejohanan badminton antarabangsa.


Mulai 20 Julai ini, pelanggan boleh melanggan Astro X3 menerusi dua pakej kontrak selama 12 bulan iaitu Entertainment 12 Pack pada harga RM39.99 sebulan dan Sports 12 Pack pada harga RM89.99 sebulan.



Bermula Disember depan pula, Astro akan memperkenalkan pilihan langganan tanpa kontrak bagi mereka yang mahukan lebih fleksibiliti, dengan Entertainment Pack ditawarkan daripada RM59.99 sebulan manakala Sports Pack bermula RM109.99 sebulan. Pelanggan juga boleh melanggan, menangguhkan atau membatalkan langganan pada bila-bila masa mengikut keperluan mereka.



Seiring pelancaran Astro X3, syarikat media dan hiburan itu turut mengumumkan pelbagai kandungan baharu yang bakal mengisi platformnya dalam beberapa bulan akan datang.


Antara filem yang akan menemui penonton ialah Terbang, Kudrat 1968 dan HAK: Tuntut atau Tunduk, manakala penawaran drama bakal diperkaya menerusi Bulan Henti Bicara, Sumpahan Mencintai, Love of My Life, Jutawan Ekspres 2, Premier League: I Love You, WOLONG: The Mastermind, Maara dan Marmadesam.



Astro turut meneruskan tradisi membawakan program hiburan secara langsung menerusi Signature Live seperti Big Stage Rocketfuel, Astro Star Quest 2026 – The Next Wave, Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2026 serta Kilauan Emas Selebriti.


Pelancaran Astro X3 dilihat sebagai sebahagian daripada transformasi digital Astro dalam memenuhi permintaan pengguna yang mahukan akses hiburan lebih pantas, mudah dan fleksibel tanpa bergantung kepada pemasangan peralatan fizikal, sambil terus menikmati kandungan tempatan, antarabangsa serta siaran langsung sukan dalam satu platform



#AstroX3 #AstroOriginals #EntertainmentPack #SportsPack #TransformasiDigital

Tiada ulasan:

Catat Ulasan