GUARDIAN PERKUKUH JENAMA SENDIRI, LANCAR PRODUK HARIAN BERKUALITI 'MANNINGS GUARDIAN' !
GUARDIAN Malaysia memperkukuhkan strategi jenama sendirinya menerusi pelancaran rangkaian baharu “Mannings Guardian’, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan produk keperluan harian yang menggabungkan kualiti premium, inovasi dan nilai terbaik kepada pengguna Malaysia.
Pelancaran rangkaian itu menyaksikan gabungan kepakaran Guardian yang telah beroperasi hampir enam dekad di Malaysia dengan pengalaman Mannings, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka Hong Kong, dalam membangunkan produk jenama sendiri yang dipercayai pengguna.
Melalui kerjasama itu, Guardian memperkenalkan koleksi produk merangkumi penjagaan diri, penjagaan mandian, penjagaan mulut, aksesori kecantikan serta keperluan isi rumah yang direka untuk memenuhi keperluan harian seisi keluarga.
Kesemuanya ditonjol pada majlis pelancaran ‘House of Mannings Guardian’ yang berlangsung di Sunway Pyramids baru-baru ini.
Kak Fas percaya pengunjung mahu pun rakan-rakan media yang bersama melangkah masuk ke 'House of Mannings Guardian' berkenaan bukan sekadar melihat deretan produk di rak jualan, sebaliknya beroeluang menyelami pengalaman interaktif yang memperlihatkan bagaimana produk keperluan harian menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan seisi keluarga.
Berlangsung dari 29 Jun hingga 5 Julai, ruang pop-up khas itu direka menyerupai pelbagai sudut kediaman dan gaya hidup, membolehkan pengunjung meneroka sendiri rangkaian produk baharu Mannings Guardian menerusi pengalaman yang lebih dekat dan praktikal.
Sepanjang lawatan Kak Fas ke 'House of Mannings Guardian', setiap zon menampilkan situasi harian seperti rutin penjagaan diri, penjagaan keluarga dan keperluan ketika mengembara.
Pengunjung juga berpeluang mencuba sendiri beberapa produk, selain mendapatkan pemahaman mengenai kualiti serta inovasi yang diterapkan dalam setiap rangkaian.
Pengalaman itu bertepatan dengan pelancaran rasmi rangkaian baharu Mannings Guardian oleh Guardian Malaysia, yang menggabungkan kepakaran Guardian sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu negara dengan pengalaman Mannings.
Pengarah Jenama Sendiri Kumpulan DFI, Fann Yuen berkata, setiap produk dibangunkan menerusi proses jaminan kualiti yang komprehensif melibatkan 20 peringkat, daripada pemilihan pembekal sehingga penilaian prestasi sebelum dipasarkan.
Beliau berkata, produk-produk berkenaan turut diuji secara dermatologi, dibangunkan berasaskan konsep clean beauty, tidak diuji ke atas haiwan serta telah diuji dan diluluskan oleh pengguna sebenar.
Katanya, pendekatan itu memastikan setiap produk memenuhi piawaian tinggi sebelum sampai ke tangan pelanggan.
Usaha tersebut turut menerima pengiktirafan apabila rangkaian Mannings Guardian dinobatkan sebagai penerima Anugerah Transformasi Jenama Terbaik – Malaysia pada Retail Asia Awards 2026.
Malah, tiga produknya iaitu Tisu Basah Cherry Blossom, Losyen Pelindung UV dan Tuala Muka Lembut turut menerima pengiktirafan di Monde Selection 2026 di Paris.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Singapura dan Brunei, Anna Ng berkata, kepercayaan pengguna sentiasa menjadi asas kepada setiap produk yang ditawarkan syarikat.
Menurut beliau, gabungan pemahaman Guardian terhadap keperluan pengguna tempatan dan kepakaran Mannings dalam pembangunan produk membolehkan syarikat menghasilkan rangkaian yang memenuhi jangkaan pengguna dari segi kualiti, inovasi dan nilai.
Beliau berkata, rangkaian baharu itu dibangunkan bagi menyokong kesejahteraan pengguna dalam setiap aspek kehidupan, sama ada ketika menjalani rutin harian, menjaga keluarga mahupun semasa mengembara.
Katanya, pelancaran tersebut juga mencerminkan komitmen berterusan Guardian untuk menyediakan produk kesihatan, kesejahteraan dan penjagaan diri yang berkualiti serta mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
“Inisiatif ini turut menyokong aspirasi guardian untuk menjadi Penasihat Kesejahteraan Dipercayai Malaysia dengan membantu pelanggan membuat pilihan yang lebih bijak demi kehidupan yang lebih sihat,” katanya.
Sehubungan itulah, bagi meraikan pelancarannya, Guardian memperkenalkan House of Mannings Guardian di Sunway Pyramid, sebuah ruang pengalaman interaktif yang membolehkan pengunjung meneroka sendiri rangkaian produk melalui pelbagai zon bertemakan gaya hidup serta melihat bagaimana produk berkenaan melengkapkan rutin harian mereka.
Anna berkata, Guardian percaya produk kegunaan harian sewajarnya memenuhi standard kualiti yang sama seperti produk premium, selain berharap rangkaian Mannings Guardian akan menjadi jenama pilihan isi rumah di seluruh Malaysia.
Rangkaian mannings guardian kini boleh didapati di semua cawangan guardian di seluruh negara serta menerusi platform dalam talian.
#HouseOfManningsGuardian #GuardianMalaysia #ManningsHongKong #ForYouPage





Tiada ulasan:
Catat Ulasan