Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KESS FOKUS BOLA SEPAK DIDIK ATLET JADIKAN EMAS ASET MASA DEPAN!


SENAWANG 
Kedai Emas Sri Semantan (KESS) memilih arena sukan, khususnya bola sepak, sebagai medium baharu untuk mendidik atlet dan masyarakat mengenai kepentingan memiliki aset jangka panjang, sekali gus mengubah tanggapan bahawa emas hanya berfungsi sebagai barang kemas.


Pengasas dan Pengerusi KESS, Mohamad Hafizal Mahmood berkata, syarikat percaya emas mampu menjadi benteng kewangan kepada atlet selepas bersara sekiranya kesedaran mengenai pelaburan dibina sejak awal lagi.


Menurut beliau, masih ramai bekas atlet terutama pemain bola sepak berdepan kesukaran meneruskan kehidupan selepas tamat karier kerana terlalu bergantung kepada pendapatan ketika bergelar pemain.


“Kedai Emas Sri Semantan bukan sekadar menjual emas. Kami mahu mendidik masyarakat termasuk atlet bahawa emas merupakan satu bentuk pelaburan yang mampu memberi manfaat pada masa depan.


“Kalau kita tengok bola sepak di Malaysia, ada bekas pemain yang kehilangan pekerjaan selepas bersara kerana hanya bergantung kepada sukan. Mengapa tidak kita didik mereka supaya melihat emas sebagai satu aset yang boleh membantu masa depan,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan cawangan ke-19 KESS di Senawang, yang juga merupakan cawangan pertama syarikat di Negeri Sembilan.


Hafizal berkata, penglibatan dalam dunia sukan merupakan sebahagian daripada strategi baharu syarikat untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas, tanpa meninggalkan identiti yang sebelum ini sinonim dengan program kebudayaan.


Katanya, KESS sebelum ini banyak mempromosikan jenama melalui pelbagai aktiviti kebudayaan termasuk Dikir Barat, namun kini melihat bola sepak sebagai platform yang lebih dekat dengan masyarakat serta mampu membawa mesej pendidikan kewangan kepada kelompok yang lebih besar.


“Dulu kita banyak bergerak bersama program kebudayaan. Sekarang sudah tiba masanya kita mendekati komuniti sukan. Bola sepak menjadi permulaan kerana ia merupakan sukan paling popular, namun ada beberapa lagi sukan yang sedang dalam perancangan,” katanya.


Majlis pembukaan cawangan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas pertahanan skuad kebangsaan, Aidil Zaquan Abdul Radzak bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah, yang menjadi antara tarikan utama pengunjung.



Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah KESS, Shaaini Md Jumaat berkata, penglibatan pemain bola sepak dan selebriti dalam program syarikat bukan sekadar bertujuan menarik kehadiran orang ramai, sebaliknya membantu menyampaikan mesej mengenai kepentingan pelaburan emas kepada masyarakat.


Beliau berkata, syarikat belum mempunyai perancangan untuk menaja mana-mana pasukan bola sepak dalam masa terdekat, namun kemungkinan itu tidak ditolak dan akan dipertimbangkan bergantung kepada prestasi perniagaan pada masa depan.


“Buat masa terdekat belum ada perancangan untuk menaja mana-mana pasukan. Mungkin tahun depan, bergantung kepada rezeki dan perkembangan syarikat,” katanya.



Dalam perkembangan sama, Shaaini berkata sambutan terhadap pembukaan cawangan Senawang amat memberangsangkan apabila jualan hari pertama berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan syarikat.


Beliau berkata, prestasi tersebut memberi keyakinan kepada KESS untuk meneruskan rancangan membuka dua lagi cawangan di Negeri Sembilan iaitu di Nilai dan Bahau, selain mengekalkan sasaran memiliki 30 cawangan di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.


Majlis berkenaan turut melengkapkan pembukaan serentak dua cawangan baharu KESS di Senawang, Negeri Sembilan dan Pasir Gudang, Johor yang berlangsung pada 18 dan 19 Julai lalu sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan rangkaian syarikat.



#KESS #SukanBolaSepak #KedaiEmasSriSemantan #AidilZaquan #AyuRaudhah #NS #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan