OH!MYMEOW EXPO 2026 BUKA TIRAI, TAMPIL KERETA ELEKTRIK JAECOO J5 'MESRA HAIWAN'!
Perkembangan itu dapat dilihat menerusi penganjuran OHMYMEOW! EXPO 2026 yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) bermula semalam, 9 Julai hingga 12 Julai, 2026, apabila menghimpunkan lebih 250 pempamer daripada pelbagai segmen industri haiwan peliharaan dalam satu platform.
Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia sejak penganjuran pertamanya pada 2023 yang berjaya menarik lebih 130,000 pengunjung, acara selama empat hari itu kali ini menyasarkan kehadiran sekurang-kurangna 120,000 pengunjung sekali gus meneruskan momentum kejayaan lalu.
Edisi kali ini turut mendapat sokongan ikon kulinari negara, Datuk Chef Wan, yang menyertai usaha memupuk masyarakat supaya lebih prihatin dan penyayang terhadap haiwan peliharaan.
“Salah satu tarikan utama OHMYMEOW! EXPO 2026 ialah previu eksklusif JAECOO J5 EV yang dipamerkan buat kali pertama di Malaysia. Pengunjung berpeluang melihat sendiri model kenderaan elektrik itu yang direka dengan ciri-ciri mesra haiwan,” ujar Pengasas OhMyMeow Expo. Calvin Soh dari syarikat Truffles And Lemons Expo Sdn Bhd., selaku penganjur, ketika ditemui.
Turut hadir pengasas bersama, Jaice Tan dan Pengurus Produk OMODA JAECOO Malaysia, Kamal Afiq.
Sambung Calvin, penyertaan pelbagai pemain industri, inovator termasuk JAECOO serta personaliti terkenal seperti Datuk Chef Wan membuktikan ekspo itu semakin memainkan peranan penting dalam menetapkan standard baharu pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab di Malaysia.
JAECOO J5 EV menawarkan kabin menggunakan material yang diperakui TÜV serta dibangunkan bagi memberikan keselesaan dan keselamatan optimum kepada haiwan peliharaan sepanjang perjalanan, sekali gus memperlihatkan bagaimana industri automotif kini turut memberi perhatian kepada keperluan pemilik haiwan.
“Prebiu J5 EV di ekspo kucing terbesar di Malaysia ini membolehkan kami berhubung dengan pemilik yang benar-benar menghargai kesejahteraan haiwan mereka,” kata Kamal Afiq.
Menurutnya, sebagai barisan kenderaan pertama di negara ini yang menawarkan kabin binaan khas mesra haiwan ia bukan sekadar gimik pemasaran, tetapi komitmen Jaecoo untuk memastikan kenderaan yang dimiliki selesa buat haiwan kesayangan seperti mana ia selesa untuk pemiliknya.
Sementara itu, Jaice Tan berkata, acara berkenaan kini berkembang daripada sebuah pameran perdagangan kepada platform yang mampu mencetuskan perubahan positif dalam industri haiwan peliharaan negara.
Beliau memaklumkan, kempen ‘Responsible Pet Ownership’ yang diperkenalkan sejak 2023 kini diperkasakan dengan pelbagai inisiatif baharu termasuk kerjasama bersama pusat perlindungan haiwan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa memelihara haiwan bukan sekadar hobi, tetapi komitmen sepanjang hayat.
Peningkatan kes haiwan dibuang atau diabaikan menjadi antara faktor utama mereka terus memperhebatkan kempen berkenaan supaya lebih ramai pemilik memahami tanggungjawab sebenar sebagai penjaga haiwan.
“Seiring usaha itu, OhMyMeow Expo turut menjalinkan kerjasama dengan Shikin Shelter yang sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas berdepan pelbagai cabaran, selain beberapa pertubuhan penyelamat haiwan lain bagi menggalakkan lebih banyak program pengambilan haiwan angkat,” ujar Jaice.
Sehbungan itu, sebagai kesinambungan kepada misi kebajikan itu, satu program CSR khas berkonsepkan 100 peratus bukan berasaskan keuntungan akan dianjurkan pada 25 dan 26 Julai ini di Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Program yang akan berlangsung di sebuah dewan khas itu akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti pengambilan anak angkat kucing dan anjing tanpa sebarang aktiviti jualan, dengan kerjasama Shikin Shelter, HOPE dan Persatuan Hairan Second Chance bagi membantu lebih banyak haiwan terbiar memperoleh keluarga baharu.
Selain membawa mesej kebajikan, Oh My Meow Expo tahun ini turut menjadi platform perkongsian ilmu menerusi kerjasama dengan China International Pet Fair (CIPF), yang membawakan pakar industri dari China untuk berkongsi kepakaran dalam bidang dandanan kucing bersama pemain industri tempatan.
Pada masa sama, penganjur turut mengadakan bengkel kecerdasan buatan (AI) khusus kepada para pempamer bagi membantu usahawan memanfaatkan teknologi seperti ChatGPT dalam menghasilkan bahan pemasaran dan kandungan digital secara lebih kreatif serta menjimatkan kos.
Di samping itu, SP Later turut menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengunjung sepanjang ekspo berlangsung sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik bersama penganjur.
Orang ramai dijemput mengunjungi OHMYMEOW! EXPO 2026 bagi menerokai pelbagai produk dan teknologi terkini selain menikmati promosi eksklusif yang ditawarkan para pempamer sepanjang acara berlangsung.
Antara pengunjung terrkenal yang kelihatan adalah penyanyi Mark Adam bersama isterinya, Norazah Redzuan yang membawa kucing pemeliharaan mereka dari baka ‘Sphynx’ dari Ukraine bernama ‘Rokiah’.
“Setiap kali berlangsung ekspo berkaitan kucing, kami akan hadir bersama salah seekor kucing peliharaan kerana acara seumpama itu bukan sahaja menghimpunkan pencinta kucing, malah menawarkan pelbagai promosi menarik untuk makanan, aksesori dan keperluan haiwan peliharaan,” ujar Mark kala ditemui.
Sambil memaklumkan beliau memelihara kira-kira 18 ekor kucing, Mark berkata, mereka sanggup memperuntukkan antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan bagi memastikan kucing-kucing peliharaannya terjaga.
““Kalau tak ada kucing, rumah memang sunyi. Kucing sangat manja dan bagi saya ia haiwan yang sangat istimewa. Mereka bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga,” akuinya.
Tambahnya lagi, demi keselesaan haiwan kesayangan itu, dia menyediakan dua bilik khas lengkap dengan pendingin hawa dan televisyen.
Malah, Mark sempat berseloroh mengatakan kucing-kucingnya gemar menonton kartun, sekali gus menggambarkan layanan istimewa yang diberikan kepada mereka.
Jadi sekiranya anda penyayang kucing seperti Mark apa kata berkunjung ke OHMYMEOW! EXPO 2026 bagi menerokai pelbagai produk dan teknologi terkini selain menikmati promosi eksklusif yang ditawarkan para pempamer sepanjang acara berlangsung.
Kemasukan adalah percuma! Info lanjut boleh layari LINK INI.
#OhMyMeow2026 #ResponsiblePetOwnership #MarkAdam #ShikinShelter #Jaecoo







Tiada ulasan:
Catat Ulasan