Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AIGNER ANGKAT NILAI WARISAN, KEUNGGULAN BERSAMA IKON LEGENDA, KHADIJAH IBRAHIM!


KUALA LUMPUR
– Sambutan ulang tahun ke-30 AIGNER di Malaysia berlangsung dalam suasana penuh elegan apabila jenama barangan kulit mewah dari Jerman itu bukan sahaja meraikan tiga dekad kehadirannya di negara ini, malah menghimpunkan pelanggan setia, rakan media serta ikon seni tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim.


Majlis berkenaan turut menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan dan komuniti AIGNER yang selama ini menjadi tunjang kepada kejayaan jenama itu di Malaysia yang diterajui oleh Dato’ Sri Dr Farah Khan dibawah Kumpulan Melium.

selain meraikan nilai seni, gaya hidup dan ketelitian hasil pertukangan Jerman yang menjadi identiti AIGNER sejak penubuhannya.


Mewakili pihak penganjur, Dato Jasmine Raj berkata, AIGNER yang diasaskan oleh Etienne Aigner, telah melalui perjalanan yang cukup membanggakan sepanjang 30 tahun bertapak di Malaysia dan kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa sokongan pelanggan, rakan kongsi serta pengamal media.


IBU Khaty brrsama Jasmine dan sebelah kanan Dr. Rarah selaku pengasas Kumpulan The Melium.


“Terima kasih kepada semua yang hadir, khususnya rakan-rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada AIGNER. Kami amat menghargai anda kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan dan kejayaan jenama ini di Malaysia,” kata Jasmine pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 Aigner bersama ikon seni tanah air, penyanyi legenda, Dato Khadijah Ibrahim di IOI City Mall pada 17 Julai 2026 lalu.


Beliau turut menyampaikan salam serta ucapan tahniah daripada Dr Farah yang tidak dapat hadir kerana urusan kerja di luar negara, namun tetap menitipkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir.


Menurut Jasmine, setiap koleksi AIGNER membawa identiti tersendiri menerusi hasil pertukangan berkualiti tinggi yang mencerminkan ketelitian dan kecemerlangan buatan Jerman, sekali gus menjadikan jenama itu kekal relevan dalam dunia fesyen mewah sehingga hari ini.


Beliau berkata, fesyen bukan sekadar mengenai penampilan, sebaliknya mempunyai hubungan rapat dengan seni, budaya dan gaya hidup masyarakat. Atas sebab itu, AIGNER memilih untuk meraikan seorang ikon negara yang telah memberi inspirasi kepada pelbagai generasi.


“Apabila bercakap mengenai inspirasi, kami tidak dapat memikirkan individu yang lebih sesuai selain Datuk Khadijah Ibrahim. Beliau bukan sahaja ikon Malaysia, malah terus menginspirasikan ramai menerusi perjalanan seni dan lagu-lagunya,” kata Jasmine ketika memperkenalkan penyanyi legenda itu kepada para tetamu.



Menghargai pandangan Jasmine, Khatijah atau lebih mesra disapa Ibu Khaty berkongsi kenangan beliau sebagai pelanggan setia jenama fesyen berkenaan sejak zaman mudanya.


Ibu Khaty mengakui sering membeli produk jenama itu di Singapura kerana ketika itu ia sukar didapati di Malaysia.


“Saya sudah lama menjadi pelanggan jenama ini. Zaman muda dulu saya banyak membeli produk mereka di Singapura kerana ketika itu agak sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah ada di sini,” ujarnya.


Beliau turut berseloroh bahawa anaknya juga merupakan antara pelanggan tegar jenama tersebut dan sempat bertanya mengapa tidak dijemput menghadiri majlis berkenaan.


“Saya minta izin berkongsi, anak saya sebenarnya antara pelanggan terbesar jenama ini. Bila dia tahu saya hendak datang ke sini, dia terus bertanya kenapa dia tidak dijemput,” katanya yang mengundang gelak tawa para tetamu.



Mengakhiri ucapannya, Khadijah mengajak para tetamu menikmati suasana majlis sambil menghayati koleksi beg tangan yang dipamerkan.


“Sila duduk, nikmati malam ini, berehat dan cuci mata melihat koleksi yang cantik-cantik,” akhirinya.


Sesungguhya, keanggunan bukan sekadar terletak pada gaya, tetapi pada legasi yang dibina dan terus dihargai merentas generasi. 


Berpegang kepada falsafah itulah AIGNER, memilih Khadijah Ibrahim, sebagai figura yang mencerminkan nilai warisan, ketukangan dan kecemerlangan yang menjadi nadi jenama berkenaan.


Sejak penubuhannya, AIGNER sentiasa menyanjung individu yang mendedikasikan kehidupan mereka untuk menghasilkan karya berkualiti tinggi. Sama seperti artisan yang menghasilkan setiap beg dan aksesori kulit AIGNER dengan penuh ketelitian, jenama itu turut menghormati penggiat seni yang membina legasi melalui bakat, disiplin dan komitmen terhadap kecemerlangan.



Bagi AIGNER, Dato’ Khadijah Ibrahim adalah lambang keanggunan yang tidak pernah pudar. Dengan lebih empat dekad menghiburkan rakyat Malaysia, beliau terus dihormati bukan sahaja kerana bakat seninya, malah kerana keperibadian, keaslian dan profesionalisme yang menjadikan namanya kekal relevan sehingga hari ini.


Pendek kata, perjalanan seni beliau selari dengan nilai yang menjadi tunjang AIGNER sejak sekian lama iaitu menghargai warisan, menghasilkan kualiti terbaik dan mengekalkan ketukangan yang mampu bertahan merentas generasi.


Acara itu turut memberi peluang kepada para tetamu untuk berinteraksi lebih dekat dengan Ibu Khatyu sambil menikmati pengalaman eksklusif meneroka koleksi terbaharu AIGNER yang mengetengahkan gabungan ketukangan kulit premium dan rekaan kontemporari yang elegan.



Dengan meraikan tokoh seperti Khadijah Ibrahim, AIGNER sekali lagi membuktikan bahawa kemewahan sebenar bukan sekadar terletak pada hasil ciptaan, tetapi juga pada penghargaan terhadap individu yang telah mencipta legasi, mengangkat seni dan menjadi inspirasi sepanjang zaman.


Tidak ramai yang mencerminkan nilai-nilai ini sebaik Dato' Khadijah Ibrahim. 


Dengan kerjaya yang menjangkau lebih empat dekad, beliau kekal sebagai antara artis paling disegani di Malaysia, bukan sahaja kerana bakat seninya yang luar biasa, malah kerana keanggunan, keaslian serta komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan. 



Perjalanan seni beliau mencerminkan prinsip yang menjadi tunjang AIGNER sejak penubuhannya—penghargaan terhadap warisan, kualiti yang berkekalan serta ketukangan yang merentas generasi. 


Majlis istimewa ini memberi peluang kepada para tetamu untuk bertemu secara lebih dekat dengan penyanyi tersohor tersebut sambil meneroka koleksi terbaharu AIGNER, yang terus menampilkan ketukangan kulit yang menjadi identiti jenama serta rekaan kontemporari yang menghormati warisannya yang kaya.


Dengan meraikan ikon seperti Dato' Khadijah Ibrahim, AIGNER bukan sahaja mengiktiraf seni di sebalik setiap ciptaannya, malah turut menghargai individu yang hasil kerja sepanjang hayat mereka melambangkan semangat, kecemerlangan dan daya tarikan yang tidak lapuk dek zaman. 


Selain beg kulit dan aksesori, rangkaian AIGNER turut merangkumi barang kemas, jam tangan, serta koleksi gaya hidup lainya.



#AIGNER #KhadijahIbrahim #TheMeliumGroup #MalaysiaIcon #TimelessElegance 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan