Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WATSONS RAI ULANG TAHUN KE 185, ANJUR FESTIVAL BEAUTOPIA TERBESAR!


SEMPENA
sambutan ulang tahun ke-185 penubuhannya, Watsons Malaysia kembali menganjurkan Watsons Beautopia 2026, festival kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan terbesar syarikat itu yang menghimpunkan lebih 185 jenama tempatan dan antarabangsa di bawah satu bumbung.


Festival yang berlangsung dari 23 hingga 26 Julai di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil itu menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif dengan mengetengahkan pelbagai inovasi terkini dalam industri kecantikan dan kesejahteraan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Watsons untuk membantu pelanggan tampil lebih yakin, sihat dan sejahtera.



Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu di Malaysia, Watsons membawa pelbagai jenama terkenal merangkumi K-Beauty, J-Beauty, C-Beauty, jenama antarabangsa serta produk tempatan bagi memberi peluang kepada pengunjung menjadi antara yang terawal mencuba pelancaran produk baharu, formulasi terkini, ramuan inovatif dan teknologi kecantikan generasi baharu.


Pengarah Urusan Serantau Health & Beauty Asia, AS Watson merangkap Pengarah Regional Exclusives, Watsons International, Caryn Loh berkata, Watsons Beautopia diwujudkan sebagai platform yang menyatukan keseluruhan ekosistem kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan dalam satu acara.



“Watsons Beautopia menghimpunkan jenama, pakar kecantikan, pencipta kandungan dan pengguna untuk meneroka inovasi terkini, bertukar idea serta meraikan kecantikan dalam pelbagai bentuk. Ketika Watsons menyambut ulang tahun ke-185, Beautopia mencerminkan semangat kami untuk terus mencipta pengalaman bermakna yang memberi inspirasi kepada keyakinan dan kesejahteraan semua pelanggan,” katanya.


Sepanjang empat hari penganjuran, pengunjung boleh meneroka pelbagai kategori termasuk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, wangian, penjagaan diri, penjagaan mulut, kesihatan dan nutrisi, selain mendapatkan pelbagai produk yang sedang menjadi trend serta penyelesaian kecantikan dan kesejahteraan terkini.


FOTO ini: Zuan Adewira.


Selain tawaran membeli-belah, Beautopia 2026 turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif seperti pelancaran produk eksklusif, demonstrasi secara langsung, analisis kulit dan kulit kepala, sesi konsultasi bersama pakar, pemberian sampel produk serta promosi Happy Hour yang berlangsung sepanjang festival.


Pengunjung juga berpeluang menimba ilmu menerusi siri bengkel kesihatan dan kecantikan yang dikendalikan pakar industri, profesional kecantikan dan pempengaruh, sekali gus membantu pengguna membuat pilihan yang lebih tepat dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan.


Ahli Watsons Club pula menikmati pelbagai ganjaran eksklusif apabila menerima hadiah dengan pembelian minimum RM100, selain berpeluang menikmati promosi khas, ganjaran tambahan dan tawaran penebusan istimewa yang hanya ditawarkan sepanjang Watsons Beautopia 2026.



#WatsonMalaysia #WatsonsBeautopia2026 #KBeauty #JBeauty #CBeauty #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan