MIMF 2026 BUKA PELUANG BAHARU KEPADA PKS DAN PELABUR GLOBAL!
PAMERAN Jentera Antarabangsa Malaysia 2026 (MIMF). edisi ke-37 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara platform perdagangan dan teknologi pembuatan paling berpengaruh di rantau ini apabila menghimpunkan pemain industri, penyedia teknologi, pembekal, pelabur serta pembeli dari dalam dan luar negara di bawah satu bumbung.
Majlis perasmian rasmi MIMF 2026 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Seri Dr. Hj Ahmad Maslan di MiITEC pada 16 Julai 2026 turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat membangunkan pameran tersebut sehingga muncul sebagai antara acara perdagangan utama bagi sektor pembuatan di rantau ini.
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) digesa berani melangkah ke pasaran antarabangsa dan tidak lagi berpuas hati menjadi “juara kampung”, sebaliknya memanfaatkan platform seperti MyTech sebagai medan strategik untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat global.
Menurut Ahmad Maslan, penganjuran pameran yang menghimpunkan pemain industri, pelabur dan pembeli dari pelbagai negara di bawah satu bumbung itu memberi peluang lebih besar kepada PMKS untuk memperluaskan rangkaian perniagaan tanpa perlu menanggung kos tinggi ke luar negara.
Beliau berkata, kebanyakan syarikat berdepan cabaran untuk menembusi pasaran antarabangsa jika perlu bergerak sendiri ke setiap negara, namun melalui MyTech, pelbagai pihak berkepentingan dikumpulkan di satu lokasi sekali gus memudahkan proses padanan perniagaan dan pelaburan.
Sejak diperkenalkan, MIMF menjadi platform penting bagi pertukaran teknologi, perkongsian pengetahuan, jaringan perniagaan serta menggalakkan kerjasama strategik dalam kalangan pemain industri.
Berlangsung dari 16 Julai hingga 18 Julai 2026 ini, MIMF 2026 menampilkan lebih 600 ruang pameran yang disertai syarikat daripada pelbagai sektor industri, dengan kadar pengisian ruang pameran mencecah kira-kira 70 peratus daripada penyertaan luar negara dan selebihnya dari dalam negara.
Disokong oleh antaranya. PROMAS serta Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) serta MACITA, pameran itu turut mengalu-alukan penyertaan syarikat serta delegasi perdagangan dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, India, Bangladesh, Jerman dan beberapa negara lain, sekali gus mencerminkan keyakinan komuniti perniagaan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab pembuatan serantau.
“Apabila pelbagai pelabur hadir ke booth pameran, mereka dapat bertemu terus dengan usahawan tempatan. Di situlah rangkaian perniagaan akan berkembang dan membuka peluang baharu untuk produk Malaysia menembusi pasaran global,” ujar Dr. Ahmad Maslan dalam ucapan perasmiannya.
Turt hadir antaranya Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (PROMAS), Lady Puan Sri Dr. Susan Cheah; Pengarah Urusan ES International, Datuk Chong Chong Tik; Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato Abu Bakar Yusof serta Presiden China Plastik Processing Industry Association (CPPIA), Wang Zhanjie.
Berkongsi lanjut Ahmad Maslan berkata, kebanyakan syarikat berdepan cabaran untuk menembusi pasaran antarabangsa jika perlu bergerak sendiri ke setiap negara, namun melalui MyTech, pelbagai pihak berkepentingan dikumpulkan di satu lokasi sekali gus memudahkan proses padanan perniagaan dan pelaburan.
Tambah beliau, perkembangan pesat Revolusi Perindustrian 4.0 (Industry 4.0) disifatkan telah mengubah landskap operasi perniagaan global menerusi kemajuan dalam automasi, robotik, kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran awan, analitik lanjutan dan teknologi pintar.
Malaysia, menurutnya, perlu terus mempercepat penerimaan teknologi tersebut bagi memperkukuh daya saing sektor perindustrian, sekali gus meletakkan negara sebagai peneraju serantau dalam bidang pembuatan maju dan transformasi industri.
Syarikat tempatan turut digesa memanfaatkan peluang berkenaan dengan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), mempercepat transformasi digital serta memperkukuh pembangunan bakat bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dalam ekonomi global.
Beliau berkata, Malaysia terus memiliki pelbagai kelebihan kompetitif yang menjadikan negara sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan antarabangsa dan pengembangan perniagaan.
Kedudukan strategik di tengah-tengah ASEAN, disokong infrastruktur bertaraf dunia, persekitaran perniagaan yang stabil dan mesra pelabur, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta jaringan serantau dan global yang kukuh telah meletakkan Malaysia sebagai antara hab pembuatan dan logistik utama di rantau ini.
Pada masa sama, kerajaan kekal komited memperkukuh ekosistem pelaburan negara bagi memastikan Malaysia terus menarik pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan industri.
Beliau turut menegaskan bahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kekal menjadi tulang belakang ekonomi negara sebagai pemacu utama pertumbuhan, peluang pekerjaan dan inovasi. Justeru, MIMF 2026 menjadi platform strategik untuk membantu PKS meneroka teknologi baharu, menjalin kerjasama perniagaan, menarik pelabur berpotensi serta mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa.
Terdahulu, majlis turut diperkenalkan dengan program menegai Pameran Halal Antrabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 oleh wakil Eksekutif Jualan Amarabangsa Bahagian MIHAS, Zeck Chong.
Majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Pameran (Exhibitor Award) kepada syarikat pemamer yang memperliatkan kecemerlangan sepanjang MIMF berlangsung di mana setersny Ahmad Maslan serta para tetamu dibawa ke sesi lawatan ke tapak pameran.
Memang canggih jentera yang dibawa masuk dalam pelbagai pembuatan produk samada plastik, pembungkusan makanan, produk permainan dan banyak lagi, memang rugi jika tidak melihat teknologi yang cukup inovasi itu,
Bak kata Abu Hassan, "kalau nak buatt kuih pun dah tak perlu gentel, segalanya memudahkan dipermudahkan di hujung jari, jimat masa, jimat tenaga malah pengeluaran berlipat ganda memberikan pulangan berganda."
#MIMF2026 #Matrade #DPUM #PROMAS #MITEC #AhmadMaslan #MIHAS #fyp








Tiada ulasan:
Catat Ulasan