Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BINTANG SUARA MELILEA 2026 BUKA PELUANG, BINA KEYAKINAN GENERASI MUDA!



IMPIAN untuk bergelar penyanyi tidak seharusnya terhenti sekadar di ruang karaoke atau persembahan kecil, sebaliknya perlu disusuli keberanian untuk tampil, menerima bimbingan dan merebut peluang yang mampu membuka laluan kepada masa depan lebih cerah.


Berlandaskan aspirasi itu, MELILEA (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan BINTANG SUARA MELILEA 2026, sebuah inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat yang bukan sekadar mencari juara pertandingan nyanyian, tetapi memberi tumpuan kepada usaha mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan generasi muda di seluruh Malaysia.


Membawa tagline “IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA”, program berkenaan dirangka sebagai platform pembangunan potensi yang memberi ruang kepada peserta membina keyakinan diri, mendapatkan pendedahan terhadap industri muzik serta mengembangkan bakat dan kebolehan menerusi saluran yang positif, berdisiplin dan berintegriti.


MELILEA melihat setiap bakat mempunyai nilai tersendiri, namun bakat sahaja tidak mencukupi untuk membina kerjaya. Ia perlu disokong dengan usaha, disiplin, ketekunan, bimbingan serta keberanian untuk mengambil peluang yang tersedia.


Justeru, kejayaan BINTANG SUARA MELILEA 2026 tidak hanya diukur berdasarkan siapa yang muncul sebagai pemenang, sebaliknya sejauh mana peserta mampu berkembang dari segi keyakinan, kemahiran, pengalaman dan pemahaman terhadap dunia profesional.


Inisiatif itu turut mencerminkan falsafah MELILEA “Transforming Lives”, iaitu usaha membantu individu mengenal potensi diri, membina keyakinan serta mencipta peluang untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna.


Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MELILEA International Group of Companies, Dato Prof. Dr. Alan Wong berkata, falsafah MELILEA sejak penubuhannya sentiasa berteraskan kepercayaan bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk membina kehidupan lebih baik apabila diberikan peluang, sokongan dan bimbingan sewajarnya.


“Sejak penubuhan MELILEA, kami sentiasa percaya bahawa perniagaan bukan hanya mengenai keuntungan. Yang lebih penting ialah bagaimana kita dapat memberi nilai, membuka peluang dan membantu seseorang mentransformasi kehidupan mereka. Inilah yang menjadi asas kepada falsafah MELILEA, ‘Transforming Lives’,” katanya pada majlis pelancaran Bintang Suara Melilia 2026 di Menara Milelea, The Horizon, Bangsar South yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato Seri Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi Malaysia baru-baru ini.


DARI kiri: Ong Peng Chu, Dr. Alan, Fahmi Fadzil, Dr. Stella dan Edrie Hashim.


Turut serta Pengasas Bersama & Presiden Eksekutif Kumpulan MELILIA, Dato Prof. Dr. Stella Chin Kui Yin; Pengarah The SWYM Label Sdn Bhd, Ong Peng Chu dan  Pengarah Urusan Neo Vision Creatives Sdn Bhd, Edri Hashim.


“Melalui BINTANG SUARA MELILEA 2026, kami membawa falsafah tersebut ke dalam sebuah platform yang memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali dan mengembangkan potensi diri.


“Sebab itu kami memilih tagline ‘IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA’ – kerana kami percaya setiap individu mempunyai impian, setiap individu mempunyai suara dan setiap individu berhak membina masa depan yang lebih baik,” sambung Dr. Alan.


Beliau berkata, program itu juga bukan sekadar pertandingan bagi menentukan seorang juara, sebaliknya sebahagian daripada usaha MELILEA untuk membantu peserta melalui peluang, pengalaman, bimbingan dan sokongan.


“Kami mahu peserta berani mengejar impian mereka, berani menyuarakan bakat yang mereka miliki dan seterusnya menggunakan peluang tersebut sebagai langkah untuk membina masa depan mereka.


“Setiap bakat mempunyai nilai, tetapi bakat itu perlu dibangunkan dengan disiplin, usaha, integriti dan bimbingan yang betul. Jika melalui platform ini kita dapat membantu seseorang membina keyakinan, menemui potensi diri dan membuka peluang baharu dalam kehidupan mereka, maka itulah makna sebenar ‘Transforming Lives’ bagi MELILEA,” tambah Dr. Alan.


Jelasnya, pemberian peluang kepada golongan muda juga perlu dilihat sebagai satu bentuk pelaburan terhadap masa depan masyarakat dan negara.


“Kami percaya bahawa setiap individu berhak mendapat peluang untuk berjaya tanpa mengira latar belakang. Apabila seseorang diberikan ruang untuk menyerlahkan kebolehan mereka, dibimbing dengan baik dan diberi keyakinan, perubahan itu bukan sahaja boleh mengubah kehidupan individu tersebut, malah boleh memberi kesan positif kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.



Bagi memastikan peserta mendapat pendedahan lebih menyeluruh, BINTANG SUARA MELILEA 2026 dilaksanakan menerusi kolaborasi strategik bersama SWYM Entertainment Group yang diterajui Ong Peng Chu, penggiat industri yang mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan bakat dan pengurusan artis.


Pengalaman tersebut memberi nilai tambah kepada program berkenaan apabila peserta bukan sahaja diberikan pentas untuk mengetengahkan bakat, malah turut berpeluang memperoleh panduan, pendedahan industri dan perspektif profesional mengenai perjalanan membina kerjaya dalam bidang muzik dan hiburan.


Di samping itu, ia turut mendapat kerjasama Neo Gendang Studio yang diterajui Edrie Hashim, komposer, pengarah muzik dan gitaris kumpulan Wings.


Penglibatan Edrie Hashim sebagai juri bersama Ong Peng Chu memperlihatkan kesungguhan MELILEA dalam membentuk ekosistem pembangunan bakat yang lebih tersusun, profesional dan mempunyai hala tuju yang jelas.


Dalam pada itu, Ong Peng Chu merakamkan penghargaan kepada MELILEA atas kepercayaan diberikan untuk menjayakan inisiatif berkenaan.


“Bagi saya, tagline ‘IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA’ sangat tepat dengan semangat program ini. Setiap penyanyi bermula dengan sebuah impian, kemudian mereka perlu berani menggunakan suara dan bakat yang dimiliki untuk mendapatkan peluang. Daripada peluang itulah, mereka boleh membina pengalaman dan membuka laluan kepada masa depan yang lebih baik dalam bidang yang mereka minati,” katanya.



Beliau menyifatkan inisiatif berkenaan amat bermakna kerana MELILEA bukan sahaja dikenali melalui usaha mempromosikan gaya hidup sihat, malah kini turut membuka ruang menerusi muzik kepada mereka yang mencintai bidang nyanyian.


Berkecimpung dalam industri muzik selama lebih 45 tahun, Ong berkata pertandingan nyanyian sentiasa mempunyai peranan penting dalam mengenal pasti dan membuka peluang kepada bakat baharu untuk melangkah lebih jauh dalam industri muzik.


Beliau turut menyeru pencinta muzik serta mereka yang merasakan mempunyai bakat supaya tidak teragak-agak untuk tampil mencuba.


“Kalau anda rasa anda mempunyai bakat, potensi atau sekadar sangat mencintai dunia nyanyian, jangan hanya menyanyi seorang diri di rumah. Apabila peluang datang, beranilah untuk tampil ke hadapan.


“Rebutlah peluang untuk menyertai BINTANG SUARA MELILEA 2026. Biarkan kami mendengar suara anda, melihat bakat anda dan mengenali potensi anda. Mana tahu, suara baharu yang sedang kami cari mungkin adalah suara anda,” katanya.


Selain peluang memenangi hadiah wang tunai, peserta turut berpeluang menerima produk-produk kesihatan serta mendapat pendedahan kepada peluang dan pentas yang lebih luas.


“Pentas sudah tersedia, mikrofon juga sudah tersedia. Kini kami hanya menantikan anda. Saya amat menantikan lebih ramai pencinta muzik dan mereka yang berani mengejar impian untuk tampil di pentas BINTANG SUARA MELILEA 2026. Jangan lepaskan peluang ini – kami sedang menunggu anda!” akhirnya sambil memaklumkan hanya 15 peserta terpilih akan diadili di peringkat akhir yang dijangka berrlangsung pada 10 Oktober 2025.


Ia terbuka kepada ahli MELILEA daripada usia 18 hingga 39 tahun dan permohonan terbuka melalui talian bagi saringan 60 peserta pada peringkat awal.



Sementara itu, Fahmi Fadzil menyambut  baik penganjuran BINTANG SUARA MELILEA 2026 yang disifatkan sebagai platform penting dalam mengenal pasti serta mengembangkan bakat baharu.


Menurutnya, program berkenaan bukan sekadar pertandingan nyanyian, sebaliknya menyediakan ruang kepada golongan muda untuk mendapatkan pendedahan, pengalaman, membina keyakinan serta menerima bimbingan daripada pemain industri.


“Saya difahamkan MELILEA turut berhasrat mengenal pasti sekurang-kurangnya 15 bakat muda, termasuk daripada komuniti Parlimen Lembah Pantai.


“Ini merupakan satu peluang yang baik untuk kita memastikan anak-anak muda yang mempunyai bakat tetapi mungkin belum mendapat pendedahan diberikan ruang untuk berkembang,” katanya.



Sebagai Menteri Komunikasi, Fahmi berkata pembangunan bakat dan kreativiti anak muda merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem industri kreatif negara.


Beliau turut mengingatkan golongan muda supaya tidak takut untuk bermimpi dan mencuba, selain memanfaatkan pelbagai platform yang tersedia bagi membina kemahiran, keyakinan serta pengalaman.


“Dalam era digital, bakat dan kreativiti mempunyai ruang yang sangat luas untuk diketengahkan. Namun, peluang tersebut perlu disertai dengan tanggungjawab, disiplin dan penggunaan teknologi secara positif.


“Jadikan bakat bukan sahaja sebagai pencapaian peribadi, tetapi sebagai sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” akhirinya.



#BintangSuaraMelilea2026 #TransformingLives #ImpianAndaSuaraAndaMassDepanAnda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan