MR. D.I.Y BAWA SEMANGAT MERDEKA BERSAMA SATU BAZAAR 2026, PERLUAS KE JOHOR!
Dianjurkan oleh MR D.I.Y. Group Berhad (MR D.I.Y.), acara tahunan bersempena sambutan Hari Kebangsaan itu kembali untuk tahun ketiga berturut-turut, dengan mengetengahkan gabungan makanan tempatan, aktiviti keluarga, barangan gaya hidup serta hiburan dalam satu lokasi.
‘Bersama Satu Bazaar 2026’ berlangsung di Sunway Pyramid Open Car Park dari 28 hingga 31 Ogos 2026, sebelum diteruskan di Angsana Johor Bahru Mall dari 11 hingga 13 September 2026.
Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, peluasan acara ke Johor mencerminkan komitmen pihaknya untuk membawa semangat kebersamaan kepada lebih banyak komuniti di Malaysia.
“Semangat kemasyarakatan merupakan salah satu nilai yang kami pupuk dalam semua perkara yang kami lakukan, bukan sekadar dalam cara kami menyambut sesuatu perayaan.
“Penganjuran Bersama Satu Bazaar di Johor buat kali pertama membolehkan kami berkongsi kemeriahan sambutan ini bersama lebih ramai rakyat Malaysia.
“Ia juga memberi kami peluang untuk menyokong peniaga tempatan, mewujudkan pengalaman bermakna bagi keluarga, dan membawa semangat Hari Kebangsaan lebih dekat dengan komuniti yang kami santuni,” ujar Alex Goh pada majlis pelancaran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’ yang berlangsung di Sunway Pyramid Open Car Park pada 28 Ogos 2026 lalu.
Antara tarikan utama ialah Jalan Viral, yang menghimpunkan kira-kira 100 gerai makanan dan barangan gaya hidup tempatan.
Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hidangan popular Malaysia, juadah kegemaran ramai serta mendapatkan produk daripada jenama tempatan, sambil menyokong usahawan dan peniaga tempatan.
Sementara itu, Jalan DIY menawarkan pelbagai barangan keperluan harian rumah, selain pilihan snek dan minuman ringan untuk dinikmati pengunjung.
Bagi keluarga yang membawa anak-anak, pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan menerusi zon khas termasuk permainan di Jalan Fun, bengkel STEM Discovery anjuran Yayasan MR D.I.Y. serta pengalaman di petting zoo.
Persembahan kebudayaan secara langsung pula akan menghidupkan suasana sepanjang bazaar berlangsung.
Di lokasi Lembah Klang, kemeriahan bakal mencapai kemuncaknya pada malam 30 Ogos menerusi acara kira detik khas dan pertunjukan bunga api bagi menyambut Hari Kebangsaan.
AHLI MR.DIY CLUB DAPAT LAYANAN VIP
Selain aktiviti dan makanan, ahli MR.DIY Club turut ditawarkan beberapa keistimewaan eksklusif sepanjang berlangsungnya Bersama Satu Bazaar 2026.
Ahli yang mempunyai dua Bag dalam akaun aplikasi mereka akan menerima baucar secara automatik untuk mendapatkan akses sekali sahaja ke VIP Member Lounge berhawa dingin, selain menikmati minuman percuma.
Bagi pengunjung yang belum menjadi ahli, mereka boleh memuat turun aplikasi MR.DIY Club di tapak acara dan berbelanja minimum RM40 di Jalan DIY bagi mengumpul dua Bag seterusnya menikmati akses ke ruang eksklusif berkenaan.
Ahli turut berpeluang menyelesaikan misi khas dalam aplikasi MR.DIY Club sepanjang bazaar untuk menebus barangan edisi terhad MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar.
Bersama Satu Bazaar 2026 dianjurkan dengan kerjasama Visa dan menjadi antara inisiatif MR D.I.Y. dalam menggalakkan semangat kebersamaan menerusi sambutan Hari Kebangsaan yang menggabungkan elemen komuniti, kekeluargaan dan sokongan terhadap perniagaan tempatan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mendapatkan perkembangan terkini menerusi laman web rasmi MR D.I.Y. Malaysia serta platform media sosialnya di Facebook, Instagram dan TikTok.
#MrDIYMalaysia #BersamaSatuBazaar2026 #MRDIYClub #AngsanaJohorBahru #fyp






Tiada ulasan:
Catat Ulasan