'NIMS CHOCOTUB' BAWA RASA MALAYSIA KE DUNIA, KEMPEN 'BELI & MENANG' TAWAR HADIAH KERETA!
SHAH ALAM — Daripada teh tarik hingga onde-onde dan sirap bandung laici, cita rasa yang sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia kini diterjemahkan dalam bentuk coklat menerusi inovasi terbaharu NIMS International Group Sdn. Bhd., NIMS Chocotub® – Taste of Malaysia: Malaysia’s Favourite Flavours.
Lebih daripada sekadar memperkenalkan produk baharu, inovasi itu menjadi sebahagian daripada usaha syarikat tempatan berkenaan untuk menjadikan makanan sebagai medium memperkenalkan identiti, budaya dan nostalgia Malaysia kepada pengguna di seluruh dunia.
Pelancaran produk itu disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE, Mansor Shah Wahid, pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam hari ini, 8 Ogos 2026.
RASMI.... Tengku Norhanim bersama suami tercinta, Faiz Hussamuddin dan Mansor Shah ketika melancarkan Nims Chocotub Taste Of Malaysia: Malaysia’s Favourite Flavours di IDCC, Shah Alam.
NIMS Chocotub® – Taste of Malaysia menampilkan tiga perisa yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia iaitu Teh Tarik Crunch, Onde Onde Crunch dan Sirap Bandung Laici Crunch.
Ketua Pegawai Eksekutif NIMS International Group Sdn. Bhd., Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, setiap perisa membawa kisah dan nostalgia tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian budaya serta identiti negara.
Menurutnya, produk berkenaan bukan sekadar inovasi makanan, sebaliknya menjadi satu bentuk penghormatan terhadap cita rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia selain mempunyai potensi besar untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa.
“Melalui NIMS Chocotub® – Taste of Malaysia, kami berharap dapat memperkenalkan keunikan rasa Malaysia kepada pengguna global serta menjadikan produk tempatan sebagai salah satu medium untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
“Kami percaya bahawa produk tempatan mempunyai potensi yang besar untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa melalui inovasi yang mampu menghubungkan budaya, nostalgia dan pengalaman pengguna,” katanya pada majlis pelancaran tersebut.
Turut hadir antaranya Ketua Pegawai Operasi NIMS International Group, Faiz Hussamuddin dan Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad, Nurul Muhaniza Hanafi.
Dalam perkembangan sama, NIMS turut melancarkan kempen pengguna nasional NIMS BELI & MENANG 2026 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000 sepanjang tempoh kempen dari 8 Ogos hingga 8 November ini.
Kempen berkenaan menawarkan hadiah utama sebuah kereta Proton e.MAS selain pelbagai hadiah menarik lain yang akan diumumkan sepanjang tempoh kempen.
Tengku Norhanim berkata, kempen itu dianjurkan sebagai penghargaan kepada pengguna yang sentiasa menyokong jenama NIMS, dengan penyertaan dibuka kepada pengguna di seluruh Malaysia menerusi platform e-dagang, pasar raya dan rangkaian ejen rasmi NIMS.
“Pengguna hanya perlu membeli produk keluaran NIMS sebagai syarat penyertaan. Kempen ini adalah cara kami untuk meraikan pengguna yang sentiasa menyokong jenama ini,” katanya.
Beliau berkata, sebagai jenama tempatan, NIMS melihat makanan mempunyai keupayaan besar untuk memperkenalkan identiti dan budaya sesebuah negara kepada dunia, khususnya menerusi inovasi yang berasaskan cita rasa tempatan.
“Melalui NIMS Chocotub® – Taste of Malaysia, kami bukan sahaja memperkenalkan produk baharu, malah mahu membawa kisah Malaysia kepada pengguna antarabangsa.
“Terutamanya inovasi makanan yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan. Ia selaras dengan aspirasi untuk memperkukuhkan kedudukan produk Malaysia di pasaran global melalui pembangunan produk bernilai tambah yang mempunyai identiti Malaysia tersendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Norhanim mendedahkan NIMS turut mencatat perkembangan positif di pasaran Thailand menerusi kerjasama selama dua tahun dengan CP ALL Thailand.
Menerusi kerjasama berkenaan, produk NIMS bakal diedarkan di lebih 20,000 premis serbaneka 7-Eleven di Thailand, sekali gus membuka peluang lebih besar kepada jenama tempatan itu untuk memperluaskan capaian pengguna di negara berkenaan.
Menurutnya, usaha menembusi pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang berlaku dalam tempoh singkat, sebaliknya telah dirintis sejak 2021.
“Produk kami akan diedarkan di lebih 20,000 premis serbaneka 7-Eleven di Thailand. Bukan satu proses mudah untuk tembus ke sana kerana ia bergerak sejak 2021 lagi.
“Insya-Allah, flag off ke Thailand ini akan dilakukan tidak lama lagi di kilang kami di Meru, Klang,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan menembusi pasaran antarabangsa itu menjadi dorongan kepada NIMS untuk terus memperluaskan pasaran produk keluarannya ke lebih banyak negara.
“Saya juga ingin melihat lebih banyak produk Malaysia memenuhi kontena yang akan berlayar ke seluruh dunia,” katanya.
Ketika ini, produk keluaran NIMS telah menembusi lebih 27 negara, sekali gus memperlihatkan potensi produk makanan tempatan untuk bersaing di pasaran global apabila disokong inovasi, nilai tambah dan identiti yang kukuh.
Dengan pelancaran NIMS Chocotub® – Taste of Malaysia, syarikat itu kini bukan sahaja mahu menjual produk kepada pengguna luar negara, tetapi turut membawa pengalaman dan cerita tentang Malaysia menerusi rasa yang sudah sebati dengan kehidupan rakyatnya.
“Harapan kami, suatu hari nanti apabila dunia menikmati produk ini, mereka akan mengenali dan merasai keunikan Malaysia melalui setiap produk yang kami hasilkan,” akhiri Tengku Norhanim.
#NIMSInternationalGroupSdn.Bhd #NIMS Chocotub®Taste of Malaysia #fyp








Tiada ulasan:
Catat Ulasan