Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LABEL FESYEN GLAM 'RR BY RIZMAN RUZAINI' BUKA TIRAI KLFW 2026 DI SURIA KLCC!


LABEL 
pakaian terrkemuka RR by Rizman Ruzaini yang diterajui pasangan sahabat Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi.


Kak Fas sering berurusan dengan mereka ketika bersama Majalah Wanita terbitan Kumpulan Utusan pada pertengahan tahun 80an sewaktu kedua duanya masih ‘buijang lagi’. 


Memang RR terkenal dengan citarasa keanggunan Malaysia yang halus dan kontemporari. Cantik cantik fesyen yang diketengahkan sehingga ketika menulis secara sambilan untuk Majalah Perempuan pun selepas itu Kak Fas tidak akan terrlepas menghadiri pertunjukan-pertunjukan fesyen RR.


Pun begitu, masa berlalu pantas dan selepas mereka mendirikan rumah tangga hubungan Kak Fas turut terpisah apatah lagi apabila sudah meninggalkan Utusan dan Majalah Perempuan.


Sebagai pengasas blog sendiri ini dan juga penulis sambilan  dalam talian  atau MOJO (Malaysian Online Journalist) untuk KitaReporters, Kak Fas putus hubungan dengan RR waima jarang menghadiri ‘fashion show’ lagi sehingga lah pada 3 Ogos 2026 lalu atas jemputan Pengurus PR & Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd, Sherina Khairi, Kak Fas berrpeluang untuk menyaksikan semula rangkaian fesyen rekaan terbaharu RR pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2026.


Pembukaan edisi ke-14 platform ini menyaksikan RR by Rizman Ruzaini membuka tirai KLFW 2026 di dengan menampilkan koleksi 'Cruise 2026, RR Vol 4: Heritage in Motion', sekali gus melancarkan sambutan fesyen tanah air sepanjang seminggu di bawah tema tahun ini, 'Destination: Home Ground'. 


Selari dengan tema, koleksi Heritage in Motion' mengangkat inspirasi daripada suasana nostalgia jalanan Malaysia, dengan persembahan pentas dan gaya acara yang dibina di sekeliling motif beca, basikal serta pengangkutan lama – ibarat satu penghayatan visual terhadap era mobiliti silam Malaysia, diterjemahkan semula melalui siluet kontemporari yang menjadi ciri khas RR. 


Dipentaskan di dalam dewan pertunjukan KLFW yang direka sebagai sebuah struktur bertemakan warisan bermonokrom, diilhamkan daripada motif batik arkib Yayasan Sabah – koleksi ini dipersembahkan di atas pentas serba putih berbentuk ‘hourglass-shaped’, disaksikan oleh tlebih kurang 500 tetamu termasuk kehadiran Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd.



Turut hadir, Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd; serta Pengasas KLFW, Andrew Tan – mencerminkan betapa bermaknanya pemilihan RR by Rizman Ruzaini untuk mengetuai pertunjukan pembukaan tahun ini. 


Berbekalkan pengalaman hampir dua dekad dalam industri fesyen, RR by Rizman Ruzaini merupakan pilihan yang amat sesuai untuk menetapkan nada bagi minggu yang turut menyaksikan gandingan ini tampil buat kali kedua dengan satu lagi pertunjukan pada malam yang sama. 


Francis Tan berkata, pertunjukan pembukaan ini mencerminkan kualiti hubungan kerjasama yang telah dibina oleh Suria KLCC bersama jenama tersebut. 



“Rizman Ruzaini melambangkan sebuah kisah kejayaan membanggakan dalam industri fesyen Malaysia, dan kami berbangga mengiktiraf mereka sebagai salah sebuah rakan peruncitan disegani di Suria KLCC. Memberi mereka kepercayaan untuk mengetuai pertunjukan pembukaan adalah cerminan platform yang telah kami bina, serta standard yang terus dijaga oleh Suria KLCC bagi fesyen tanah air. 


“Heritage in Motion menepati sepenuhnya semangat Destination: Home Ground – mengangkat sesuatu yang benar-benar Malaysia dan memberikannya pentas yang setanding dunia. Ia menetapkan nada yang sempurna bagi sebuah minggu kreativiti Malaysia yang bakal dikenang,” ujar Francis.


Peluang membuka KLFW merupakan satu pengiktirafan besar buat pengasas jenama ini, sekali gus menandakan permulaan kerjasama yang lebih erat dengan pihak pusat membeli-belah, kongsi Rizman. 


Pencapaian ini turut menyusuli detik penting bagi gandingan pereka fesyen ini – Rizman dan rakan pengasas, Ruzaini – yang berjaya merealisasikan impian sepanjang kerjaya mereka apabila membuka butik pertama di bawah label RR di Suria KLCC pada 2025, selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam industri ini.



“Pada akhirnya, kepercayaan terhadap jenama amat penting, dan memiliki ruang di Suria KLCC bermakna jenama anda dipercayai,” tambahnya. 


Persembahan ini turut menandakan permulaan sebuah edisi bersejarah KLFW, yang berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos 2026 di Esplanade, Taman KLCC, menampilkan lebih 50 pereka fesyen dan jenama tanah air di bawah tema 'Destination: Home Ground'. 


Dianjurkan dengan kerjasama Suria KLCC dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, serta disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selaku Rakan Strategik Industri Utama sempena Tahun Melawat 2026, kalendar tahun ini merangkumi jenama baharu, nama-nama tersohor serta kolaborasi merentas industri, selain aktiviti di seluruh Suria KLCC termasuk paparan gaya oleh pelajar fesyen di Isetan KLCC dan gerai pop-up Jom Malaysia anjuran KPDN. 



“Memperjuangkan fesyen tanah air adalah tanggungjawab sekali gus keutamaan perniagaan yang penting bagi kami. Sekalipun jenama mewah antarabangsa membawa prestij, label tempatan kami pula memberikan jati diri, warisan dan keunikan tersendiri.


“Meletakkan jenama tersohor tanah air seperti Rizman Ruzaini setanding jenama fesyen antarabangsa membuktikan reka bentuk Malaysia benar-benar bertaraf dunia – dan malam pembukaan ini adalah bukti nyata kepada aspirasi tersebut,” akhiri Francis Tan.


Untuk info lanjut, boleh layari www.suriaklcc.com.my/ atau melalui platform sosial media - www.facebook.com/SuriaKLCCMall. 




#KLFW2026 #RRByRizmanRuzaini #SuriaKLCC #KPDN #HeritageInMotion #Fesyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan