DSR TAIKO PERKUKUH NILAI MUSANG KING MENERUSI 'ORIGIN MATTERS'!
DALAM pasaran durian premium yang semakin berkembang, nilai sebenar Musang King bukan hanya terletak pada rasanya, tetapi turut bergantung kepada keaslian, asal usul dan keyakinan pengguna terhadap produk yang dinikmati.
Melihat kepentingan aspek berkenaan, DSR Taiko Berhad menjadikan falsafah “Origin Matters” sebagai asas dalam usaha melindungi nilai Musang King tulen Malaysia, selain memperkukuh kedudukan negara sebagai antara sumber asal penting bagi varieti durian berkenaan di pasaran global.
Pendekatan itu menekankan kepentingan asal geografi sesuatu produk, termasuk faktor bentuk muka bumi, tanah, iklim dan amalan pertanian yang membentuk keunikan serta identitinya.
Bagi DSR, pengesahan asal usul bukan sekadar soal ketulenan produk, sebaliknya menjadi asas kepada pembinaan kepercayaan pengguna, perlindungan petani dan pembangunan industri durian yang lebih telus serta mampan.
Komitmen berkenaan diterjemahkan menerusi pengurusan keseluruhan rantaian nilai DSR, daripada kebun milik sendiri, pemprosesan dan pembuatan sehingga peruncitan serta pengedaran antarabangsa di bawah jenama D.MasKing.
Syarikat turut memperkukuh aspek kebolehkesanan menerusi Musang King Integrated Traceability System (MKITS®) yang dibangunkan dengan kerjasama SIRIM, selain Pensijilan Produk MS SIRIM dan pengiktirafan Petunjuk Geografi (GI) bagi Musang King.
Menurut DSR Taiko, langkah itu penting bagi memastikan pengguna bukan sahaja menikmati produk durian premium, malah mempunyai keyakinan terhadap asal usul dan kualiti produk yang dibeli.
Dalam masa sama, DSR terus memperluas pasaran D.MasKing di peringkat antarabangsa.
Di Shanghai, D.MasKing akan menyertai Taste of Malaysia – Flavours from Penang di Shangri-La Qiantan Shanghai, dengan mengetengahkan produk Musang King premium bersama hidangan Nyonya asli bersempena sambutan Hari Merdeka Malaysia dan Visit Malaysia 2026.
Program tersebut dianjurkan oleh MATRADE dan Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai.
Di Taiwan, DSR akan menandatangani perkongsian strategik secara rasmi dengan Origin Matters Co. Ltd., sekali gus melantik syarikat tersebut sebagai Master Distributor D.MasKing bagi Taiwan serta persiapan pelantikan Master Distributor bagi Singapura.
Di dalam negara, DSR baru-baru ini menerima kunjungan wakil media dari seluruh rantau Asia Pasifik menerusi Mega Familiarisation Programme anjuran Tourism Malaysia di DSR Forest Orchard Café.
Lawatan tersebut membolehkan wartawan dan pencipta kandungan mengalami sendiri ekosistem bersepadu “From Orchard to Table” milik syarikat, sekali gus memperkenalkan kisah durian premium Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Menurut DSR Taiko Berhad, visi syarikat bukan sekadar menghasilkan produk durian premium tetapi membina nilai jangka panjang untuk keseluruhan industri.
“Kami percaya masa depan Musang King tidak seharusnya didorong semata-mata oleh jumlah pengeluaran atau harga jangka pendek. Sebaliknya, ia perlu dibina berasaskan asal usul, kebolehkesanan, keyakinan pengguna serta piawaian kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.”
Syarikat percaya bahawa melindungi nilai Musang King tulen adalah penting dalam mewujudkan industri yang lebih sihat dan mampan.
Daripada membiarkan lebihan bekalan pasaran mencetuskan kitaran negatif ketidakstabilan harga, DSR menggalakkan pembentukan kitaran positif yang mengutamakan kualiti, ketelusan, penjenamaan dan kepercayaan pengguna, bagi menyokong penciptaan nilai jangka panjang untuk para penanam, pengedar, peruncit serta pengguna.
Menerusi falsafah “Origin Matters”, DSR Taiko Berhad terus meletakkan D.MasKing sebagai sebuah jenama nasional Malaysia yang dibanggakan, dengan pengaruh serantau yang semakin berkembang. Syarikat terus mempromosikan Musang King premium Malaysia ke pasaran antarabangsa, di samping meningkatkan reputasi Malaysia sebagai negara asal Musang King tulen yang diiktiraf dunia.
Sebagai sebahagian daripada usaha penglibatan industri dan hubungan media, Wiser PR dan Moses@ViserPR berganding bahu menganjurkan “Media Durian Gathering”, dengan D.MasKing Durian sebagai pihak yang mempersembahkan acara tersebut.
Majlis santai ini menghimpunkan rakan-rakan media untuk menikmati durian premium, pencuci mulut serta sesi ramah mesra, di samping memberi peluang kepada para media untuk mengenali dengan lebih dekat perkembangan industri Musang King Malaysia, kisah jenama serta nilai asal usul yang diketengahkan menerusi falsafah “Origin Matters”.
Perhimpunan media ini turut menyediakan ruang untuk wakil media dan industri bertukar pandangan mengenai bagaimana kualiti, penjenamaan, budaya dan promosi antarabangsa dapat membantu lebih ramai pengguna mengenali Musang King asli dari Malaysia, selain menghargai kedudukan unik Malaysia sebagai salah satu sumber asal penting bagi varieti durian tersebut.
Melalui hubungan berterusan antara media dan pemain industri, Wiser PR, Moses@ViserPR dan D.MasKing Durian 大哥 berharap dapat mewujudkan lebih banyak platform untuk komunikasi dan promosi, sekali gus membawa falsafah “Origin Matters” kepada khalayak yang lebih luas waima kepercayaan bermula dari sumbernya, dan setiap “Raja” berhak memiliki asal usul yang sebenar.
Untuk rekod, DSR Taiko Berhad merupakan salah sebuah syarikat Musang King bersepadu terkemuka di Malaysia yang mengkhusus dalam penanaman durian Musang King premium, pembuatan produk hiliran serta pembangunan jenama di peringkat global.
Dengan operasi merangkumi pengurusan kebun, pemprosesan, pembuatan dan pengedaran antarabangsa, syarikat berpegang kepada prinsip Safety, Originality and Quality (SOQ) atau Keselamatan, Keaslian dan Kualiti yang disokong SIRIM Berhad.
Berpandukan falsafah keaslian, kelestarian dan inovasi berterusan, DSR menyasarkan untuk mengangkat Musang King Malaysia daripada sekadar buah premium kepada sebuah jenama gaya hidup premium yang mempunyai pengiktirafan global.
#MusangKingMalaysia #DSRTaikoBerhad #Shanghai #Taiwan $Singapore #fyp








Tiada ulasan:
Catat Ulasan