Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'IBU DOA' KEMBALIKAN SENTUHAN EMAS KHADIJAH IBRAHIM SELEPAS 26 TAHUN!


SELEPAS
hampir lima dekad mewarnai industri muzik tanah air, penyanyi legenda Dato Khatijah Ibrahim kembali dengan sebuah karya yang cukup dekat di hati.

 

Bukan sekadar mempertaruhkan vokal dan pengalaman selama 48 tahun, single terbaharunya berjudul “Ibu Doa” lahir daripada luahan kasih, kerinduan dan doa seorang ibu kepada anak-anak.


Lagu yang diterbitkan menerusi kerjasama bersama Jasmine Raj Production yang itu turut menjadi permulaan kepada beberapa lagi projek muzik yang sedang dirancang, termasuk tiga lagu baharu yang dijangka disiapkan dalam masa terdekat.


FOTO: Kos Sarani.


Menurut Khadijah, idea menghasilkan 'Ibu Doa’ tercetus hasil pemerhatiannya terhadap pengorbanan golongan ibu, selain pengalamannya sendiri sebagai ibu.


Katanya, setiap ibu mempunyai doa dan harapan yang sama buat anak-anak mereka, walau dalam apa jua keadaan.


“Lagu ini adalah mesej untuk anak-anak saya dan juga mewakili semua ibu di Malaysia. Walau apa pun yang berlaku, sama ada anak itu baik atau sebaliknya, pulanglah. Seorang ibu sentiasa menunggu dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya,” tambah penyanyi yang lebih mesra membahasakan dirinya ‘Ibu’ ini pada majlis pelancaran single 'Ibu Doa' di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam, 5 Ogos 2026.



Turut hadir antaranya, penerbit Dato Jasmine Raj dan suami, Dato Sri Leo AriyanayakamPencipta/Penulis lirik, Baizura Tajri, penyanyi veteran Salamiah Hassan serta usahawan, Datuk Rozanna Rahmat.


Berkongsi lanjut, Ibu Khaty berkata, mesej lagu itu bersifat universal dan boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun jantina kerana kasih sayang seorang ibu adalah bahasa yang dikongsi oleh seluruh dunia.


“Lagu ini bukan hanya untuk ibu-ibu, tetapi lebih kepada anak-anak. Saya harap apabila mereka mendengarnya, akan timbul rasa keinsafan untuk lebih menghargai ibu mereka. Kita tidak perlukan Hari Ibu atau Hari Bapa untuk menunjukkan kasih sayang, tetapi menghargai mereka setiap hari,” katanya.


Sejak memulakan kerjaya seni pada era 1970-an, Khadijah telah menghasilkan 18 album yang menghimpunkan lebih 180 lagu selain menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Platinum. 



Lagu-lagunya terus menjadi pilihan stesen radio, pertandingan nyanyian dan pusat karaoke, sekali gus membuktikan pengaruh serta legasi beliau yang kekal relevan merentasi generasi.


Khadijah Ibrahim turut pernah bekerjasama dengan ramai komposer tersohor tanah air termasuk Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, Allahyarham Dato’ S. Atan, Ismail Farez, Allahyarham Adnan Abu Hassan serta ramai lagi tokoh yang telah membentuk sejarah muzik Malaysia. 


Single ‘Ibu Doa’ mengisahkan kasih seorang ibu yang tidak pernah mengenal batas, pengorbanan yang tidak ternilai serta doa yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak-anak. 


Ia menjadi simbol penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam setiap keluarga. 



“Setiap daripada kita lahir daripada kasih seorang ibu. Walau setinggi mana kita melangkah, doa ibu sentiasa menjadi pelindung dan kekuatan. Saya berharap lagu ini menjadi hadiah buat semua ibu serta mengingatkan kita agar sentiasa menghargai pengorbanan mereka selagi masih berpeluang.” sambung Baizura .


Menurut beliau, melodi dan lirik lagu ini memang sangat kuat di mana tugas beliau adalah memastikan vokal Ibu Khaty benar-benar membawa emosi yang ingin disampaikan.


“‘Doa Ibu’ terletak pada mesejnya yang jujur serta mampu diterima oleh semua golongan, sekali gus menjadikan lagu itu bukan sekadar sebuah karya hiburan, tetapi sebuah penghargaan kepada kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu,” tambah Baizura.



Sementara itu, Jasmine Raj berkata, beliau tidak mengambil masa lama untuk menyokong projek berkenaan kerana percaya mesej yang dibawa  'Ibu Doa’ mampu menyentuh hati masyarakat.


Menurutnya, sebaik sahaja menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Khadijah, perancangan yang telah dibincangkan lebih awal terus diteruskan sehingga berjaya direalisasikan.


Jasmine menyifatkan penerbitan lagu ini sebagai satu penghormatan besar kerana berpeluang membawa kembali suara legenda yang telah mewarnai industri muzik negara selama lebih lima dekad. 



Dalam pada itu, dari sudut penerbitan muzik, 'Ibu Doa' menampilkan sentuhan Pengarah Muzik, Syam Swardy Daud (kanan) yang bertanggungjawab membentuk keseluruhan susunan muzik agar mampu menyampaikan emosi mendalam kepada pendengar.


Bagi melengkapkan penghasilan karya ini, ia turut dibantu oleh barisan pemuzik profesional yang terdiri daripada Ruslan Imam (Gubahan String), Daniel Saha (Drum), Kabung (Bass), Isyam Swardy Daud (Gitar), Johan John (Piano), serta vokal latar oleh Nana, Hajar dan Jupin. 


Gabungan pengalaman serta kreativiti pasukan produksi ditambah vokal mantap Ibu Khaty, menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja menampilkan susunan muzik malar segar, malah memperkukuhkan mesej kasih sayang, pengorbanan dan doa seorang ibu.



Dengan lirik yang menyentuh perasaan ‘Ibu Doa’ dijangka mampu menyentuh hati pendengar daripada pelbagai lapisan usia dan mengukuhkan lagi legasi Khadijah Ibrahim dalam industri muzik tempatan serta menyentuh hati pendengar daripada pelbagai generasi. 


Single “Ibu Doa” akan dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula tarikh yang akan diberitahu kelak oleh pihak pengurusan 


Apa pun, pelancaran “Ibu Doa” bukan sekadar menandakan kepulangan seorang legenda, tetapi menjadi simbol bahawa muzik yang lahir daripada keikhlasan akan sentiasa hidup di hati masyarakat.


#IbuDoa #JasmineRajProduction #KhadijahIbrahim #BaizuraTajri #Single #fyp 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan