Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SOUL JOURNEY' SATUKAN NASTIA, AMIR JAHARI DAN FYNN JAMAL DI ZEPP KL, 16 OKT!

 

BUKAN sekadar mahu menghiburkan peminat, kumpulan alternatif rock Nastia bakal membawa penonton menyelami sisi emosi dan perjalanan seni mereka menerusi konsert eksklusif Nastia Project: Soul Journey yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober 2026 di Zepp Kuala Lumpur.


Mengangkat muzik sebagai medium untuk berkongsi kisah kehidupan, harapan, kehilangan dan cinta, konsert itu bakal menampilkan karya-karya Nastia yang disusun semula dalam bentuk persembahan lebih segar dan beremosi.


Lebih menarik, perjalanan tersebut turut diserikan dengan kemunculan dua figura muzik yang mempunyai identiti tersendiri, Lynn Jamal dan Amir Jahari, sekali gus menjadikan pentas Soul Journey medan pertemuan tiga warna muzik yang berbeza.



Selepas lebih sedekad berada dalam industri muzik tanah air, Nastia dijangka membawakan hampir 24 lagu popular termasuk karya yang akan dipersembahkan bersama Amir Jahari dan Fynn Jamal dalam tempoh sekitar dua jam hingga maksimum 2 jam 15 minit.


Tidak hanya bergantung kepada kekuatan muzik, Soul Journey turut diperkemaskan dengan elemen visual dan produksi berskala besar bagi memberikan pengalaman persembahan yang lebih menyeluruh kepada penonton.


“Ini adalah persembahan Nastia yang paling panjang setakat ini dan paling banyak lagu akan dipersembahkan. Untuk persiapan, kita dalam proses membuat arrangement, dynamic show dan mungkin ada gimik.


“Kita juga sedang merancang untuk bekerja bersama tetamu, Amir Jahari dan Kak Fynn (Fin Jamal), termasuk kemungkinan mengadakan sesi duet,” ujar vokalis Nastia, Leo Azman ketika ditemui pada sidang media Konsert Nastia Project: Soul Journey di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


DARI kiri: Afric Khaw, Coolman Khoo, Leo Azman, Rudy Iskandar dan Amir Jahari.


Turut bersamanya, pemain gitar Nastia, Rudy Iskandar serta pihak penganjur, Nikko Concept  Sdb Bhd yang diwakili dua Pengarahnya, Coolman Khoo dan Afric Khaw.


Sementara itu, persoalan mengenai penyertaan dua lagi pemuzik, Zack dan Cheng, masih belum mempunyai jawapan muktamad kerana kehadiran mereka bergantung kepada komitmen dan kelapangan masing-masing.


“Kita mengharapkan Zack dan Cheng dapat menyertai konsert ini, tetapi ia bergantung kepada keadaan dan komitmen mereka. Cheng seorang drummer yang sangat bagus dan memang banyak permintaan, begitu juga Zack yang merupakan keyboardist dan basis yang bagus.


“Kalau mereka berdua tidak dapat hadir, kita ada barisan pemuzik lain. Kita sudah menyediakan line-up alternatif dengan arrangement yang hebat,” tambah Leo.


Dalam pada itu, Khoo memaklumkan konsep konsert tercetus daripada keinginan untuk meraikan perjalanan Nastia bersama peminat yang sentiasa menjadi sebahagian penting dalam perkembangan kumpulan berkenaan.



“Soul Journey bukan sekadar sebuah konsert. Ia adalah perjalanan yang menghubungkan muzik dengan jiwa. Setiap lagu membawa kisah, setiap melodi menyimpan kenangan, dan setiap penonton akan menjadi sebahagian daripada perjalanan itu,” ujar Khoo.


Menurut beliau,  lagu ‘Rapuh’  menjadi antara karya yang mencetuskan idea untuk membawa Nastia ke pentas konsert selepas lagu tersebut mengembalikan memori dan sentuhan nostalgia kepada mereka.


“Untuk kami, lagu Rapuh memang satu lagu yang betul-betul masuk dalam hati generasi 80-an dan 90-an. Selepas itu kami mula memainkan lagu-lagu Nastia kepada rakan-rakan dan mereka juga merasakan karya itu sangat bagus.


“Daripada situ timbul idea bahawa Nastia boleh bergerak bersama kami dan akhirnya tercetuslah konsert ini,” tambah..... sambil  menjelaskan pemilihan Amir Jahari serta Fynn Jamal sebagai artis jemputan pula dibuat berdasarkan hubungan rapat serta sejarah kerjasama mereka dengan Nastia.


Sehubungan itu, bagi peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut, tiket kini boleh didapati menerusi platform rasmi Ticket2U.



#NastiaProjectSoulJourney  #AmirJahari #FynnJamal #ZeppKL #Rapuh #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan