SAMSUNG PERKENAL 'HAUS OF FOLD ROADSHOW' RAI GAYA HIDUP MODEN!
KUALA LUMPUR – Bukan sekadar telefon pintar, teknologi boleh lipat kini semakin dekat dengan rutin harian rakyat Malaysia apabila Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan Haus of Fold Roadshow, yang mengetengahkan pengalaman Galaxy Z Series dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk produktiviti, hiburan, kreativiti dan komunikasi.
Pelancaran itu hadir selepas Galaxy Z Series terbaharu diperkenalkan di peringkat global menerusi Galaxy Unpacked, dengan Galaxy Z Fold8 menjadi antara model yang mendapat perhatian pengguna tempatan susulan permintaan prapesanan yang kukuh.
Sambutan berkenaan turut menyaksikan trafik tinggi ke laman sesawang Samsung, khususnya bagi Galaxy Z Fold8 dalam pilihan warna Lavender dan Graphite, mencerminkan minat pengguna Malaysia terhadap peranti boleh lipat yang menawarkan pengalaman lebih fleksibel.
Presiden Samsung Malaysia Electronics, Charles Kim berkata, sambutan luar biasa daripada pengguna dan media membuktikan Galaxy Z Series semakin sebati dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
“Dengan generasi baharu Galaxy Z ini, Samsung memasuki satu lagi fasa menarik dalam inovasi peranti boleh lipat, sekali gus memberikan lebih banyak cara kepada rakyat Malaysia untuk berkarya dan berhubung mengikut cara mereka sendiri,” katanya pada majlis pelancaran ‘Haus of Fold Roadshow’ yang berlangsung meriah di Pavilion KL baru-baru ini.
Turut memeriahkan pelancaran ialah barisan pelakon filem aksi Takluk 2: Op Daulat!, termasuk Syafiq Kyle, Mimi Lana, Kamal Adli dan Anas Ridzuan yang hadir berkongsi pengalaman menjalani penggambaran menggunakan Galaxy Z Series selain memperkenalkan treler filem berkenaan.
Lebih istimewa, ikon muzik tanah air, Dato Sri Siti Nurhaliza turut membuat kemunculan khas sambil berkongsi pengalamannya menggunakan Galaxy Z Fold8, mengukuhkan lagi kedudukan peranti itu sebagai antara pilihan utama dalam kategori telefon pintar boleh lipat.
Pengalaman Galaxy Z Series juga diperkukuh menerusi kerjasama dengan beberapa jenama tempatan dan aplikasi yang dekat dengan kehidupan pengguna Malaysia, antaranya AmBank, CelcomDigi, Gigi Coffee, GSC Cinemas, iQIYI, Maybank, Maxis dan ZUS Coffee.
Dari aspek peranti, Galaxy Z Fold8 menawarkan skrin luar yang lebih lebar untuk tugasan pantas seperti pemesejan, pelayaran internet dan video pendek, manakala paparan utama nisbah 4:3 memberikan pengalaman lebih imersif ketika membaca, bermain permainan dan menikmati kandungan.
Galaxy Z Fold8 Ultra pula menampilkan struktur paparan lebih nipis menerusi teknologi Flex Titanium, selain paparan utama berukuran lapan inci yang menyediakan ruang lebih luas untuk tugasan berbilang serta sistem kamera dinaik taraf bagi menghasilkan imej dengan perincian, warna dan kejelasan lebih baik.
Galaxy Z Flip8 pula tampil sebagai model Flip paling nipis Samsung, dengan FlexWindow yang direka semula bagi memberikan akses kepada aplikasi, maklumat, tindakan dan bantuan terus pada skrin luar berdasarkan maklumat yang diperibadikan.
Melengkapkan ekosistem terbaharu itu ialah Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 yang menawarkan pemantauan kesihatan serta kecergasan secara berterusan.
Galaxy Watch Ultra2 direka untuk pengguna aktif dan penggemar aktiviti luar dengan binaan 47 milimeter, bateri 800mAh, tahap kecerahan sehingga 5,000 nits serta sarung titanium tahan hentakan.
Galaxy Watch9 pula diposisikan sebagai teman kesihatan harian dengan pilihan saiz 40mm dan 44mm serta ciri seperti Vitals, Heart Health Score, Daily Cardio Load dan Fitness Index.
Bagi tempoh 14 Ogos hingga 4 Oktober 2026, pengguna berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM1,909.90 apabila membeli Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 atau Galaxy Z Flip8, manakala pembelian Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 turut disertakan manfaat serta promosi eksklusif.
Haus of Fold Roadshow menawarkan pelbagai zon pengalaman interaktif yang mengetengahkan fungsi peranti Galaxy Z Series dalam aspek produktiviti, kreativiti, hiburan dan gaya hidup seharian.
Dalam pada itu, Samsung turut menekankan kemudahan untuk pengguna yang mahu beralih kepada ekosistem Galaxy menerusi pengalaman Samsung Smart Switch yang dipertingkatkan.
Menerusi ciri itu, pengguna boleh memindahkan data penting termasuk kenalan, foto, video, muzik, mesej, fail dan penggera ke peranti Galaxy baharu tanpa memerlukan pemasangan aplikasi tambahan, kabel atau proses persediaan yang rumit.
Haus of Fold Roadshow kini menjadi platform Samsung untuk memperlihatkan bagaimana teknologi boleh lipat bukan sahaja menawarkan bentuk peranti yang berbeza, tetapi turut menyesuaikan diri dengan pelbagai cara rakyat Malaysia bekerja, berhibur, berkarya dan kekal berhubung.
#HausOfFoldRoadshow #GalaxyZSeries #GalaxyZFold8 #GalaxyWatch #fyp








Tiada ulasan:
Catat Ulasan