KEDAI EMAS SRI SEMANTAN SASAR JADI ‘SYURGA EMAS PRELOVED’ NOMBOR SATU MALAYSIA'!
NILAI: Jenama barangan kemas terkemuka, Kedai Emas Sri Semantan (KESS) optimis mampu merealisasikan sasaran 30 cawangan menjelang akhir tahun ini, dengan 9 lagi lokasi sudah pun beroperasi tetapi belum dirasmikan termasuk di Wangsa Maju, Raub, Bahau, Kuching, Miri, Lahad Datu serta beberapa kawasan lain.
“Alhamdulillah, kami yakin dengan potensi pasaran di kawasan-kawasan berkenaan dan percaya ia mampu memberikan peluang baharu kepada Emas Sri Semantan untuk terus berkembang,” ujar Pengerusi Eksekutif Emas Sri Semantan Sdn Bhd., Mohamad Hafizal Hj Mahmood ketika ditemui selepas pembukaan cawangan ke-21 Kedai Emas Sri Semantan di Bandar Baru Nilai pada semalam, 9 Ogos 2026.
Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah syarikat antaranya, Shaaini Md Jumaat dan Sharif Seman.
![]() |
| DARI kiri: Sharif, Hafizal dan Shaaini. |
Menurut Mohamad Hafizal, syarikat turut melihat Sabah sebagai antara pasaran yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan pada masa akan datang malah permintaan untuk pasaran antarabangsa khususnya di Thailand, Indonesia dan Filipina masih dalam perancangan.
Mengulas mengenai prestasi cawangan sedia ada, beliau berkata kesemua cawangan berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) jualan yang ditetapkan.
Katanya, pencapaian itu menunjukkan penerimaan positif masyarakat terhadap konsep perniagaan dan produk emas yang ditawarkan.
“Setakat ini tidak ada masalah dari segi prestasi dan kami melihat penerimaan pelanggan sangat baik,” tambah Mohamad Hafizal.
Berkongsi lanjut, Hafizal memaklumkan syarikatnya turut menggunakan pendekatan pendidikan sebagai antara strategi utama untuk menarik dan membina komuniti pelanggan.
Jelasnya, daripada melihat emas sekadar sebagai barang kemas, KESS mahu mengubah cara masyarakat melihat logam berharga itu dengan memperkenalkan pendekatan pemilikan secara berperingkat, termasuk pembelian serendah RM10, sebagai satu bentuk simpanan untuk jangka panjang.
Pendekatan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha syarikat memperluaskan akses pemilikan emas kepada lebih ramai lapisan masyarakat, khususnya mereka yang mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk membeli emas dalam jumlah besar pada satu-satu masa.
“Kami mahu menyedarkan rakyat supaya bukan sekadar tahu membeli dan memiliki emas, tetapi memahami bagaimana untuk menilai serta menyimpannya.
“Sebab itu kita mengadakan kelas-kelas pendidikan untuk mengajar masyarakat mengenai cara menyimpan emas dan pelbagai perkara berkaitan,” tambahnya.
Menurut Mohamad Hafizal, konsep pembelian secara sedikit demi sedikit itu membolehkan masyarakat membina simpanan emas mengikut kemampuan masing-masing, tanpa perlu menyediakan modal besar pada satu-satu masa.
Beliau berkata pendekatan berkenaan turut membezakan Emas Sri Semantan daripada sebahagian pemain lain dalam industri kerana syarikat mahu membentuk komuniti yang memahami nilai emas.
Katanya, sebagai contoh, seseorang boleh membeli emas bernilai RM10 dan terus menambah simpanan dari semasa ke semasa berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.
“Konsepnya seperti menabung. Kita menggalakkan pelanggan membeli sedikit demi sedikit secara konsisten.
“Kalau seseorang mampu mengetepikan RM10 atau RM50 sehari, lama-kelamaan jumlah itu akan terkumpul menjadi simpanan emas,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pembukaan cawangan baharu bukan semata-mata untuk memperluaskan operasi, sebaliknya diharap dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta menawarkan lebih banyak pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan produk emas.
Katanya, Emas Sri Semantan mahu menjadikan setiap cawangan sebagai platform yang bukan sahaja menjalankan aktiviti jual beli emas, tetapi turut memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai kepentingan emas sebagai aset.
“Emas sejak dahulu lagi digunakan sebagai barang hiasan dan simbol nilai, tetapi pada masa kini ia juga semakin dilihat sebagai salah satu pilihan untuk simpanan dan pelaburan jangka panjang.
“Kita mahu masyarakat memahami bahawa emas bukan hanya untuk dipakai, tetapi boleh menjadi satu bentuk aset yang membantu mereka merancang masa depan,” katanya.
Dalam masa yang sama, kata Hafizal, pembelian secara dalam talian turut memberikan impak yang semakin besar kepada operasi syarikat kerana pelanggan boleh membuat pembelian emas dalam nilai kecil tanpa perlu menunggu sehingga mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli segram atau lebih pada satu-satu masa.
“Kalau kita fikir untuk membeli terus dalam jumlah besar, mungkin ada yang rasa susah. Tetapi apabila kita ajar masyarakat membeli sedikit demi sedikit setiap hari, insya-Allah simpanan itu akan berkembang.
“Ini yang kita mahu terapkan melalui pendidikan kepada pelanggan,” sambungnya sambil memaklumkan KESS berazam untuk muncul sebagai “Syurga Emas Preloved Nombor Satu di Malaysia”, bukan sekadar sebagai sebuah platform perniagaan tetapi turut menjadi wadah yang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Kami akan terus berusaha memperkasakan Emas Sri Semantin sebagai satu wadah perjuangan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat, khususnya dalam kalangan masyarakat Bumiputera,” katanya.
Beliau turut menyeru seluruh komuniti Emas Sri Semantin supaya terus bersama-sama mengembangkan perniagaan itu agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Menurutnya, ada pelanggan yang telah bersama KESS sejak awal, manakala sebahagian lagi baru mengenali syarikat itu, namun kepercayaan menjadi titik persamaan yang mengikat hubungan antara KESS dengan pelanggannya.
“Kepercayaan inilah yang menjadi kekuatan utama Emas Sri Semantan untuk terus melangkah walaupun pernah diuji, diragui dan diperlekehkan.
“Biarlah segala cabaran yang kita lalui menjadi pemangkin yang membakar semangat agar Emas Sri Semantin menjadi lebih kukuh, kuat dan padu. Apa yang kita saksikan hari ini bukanlah sekadar pembukaan sebuah kedai. Ia adalah simbol perjuangan, simbol kepercayaan dan simbol harapan.
“Suatu hari nanti, apabila kita mencapai sasaran yang ditetapkan, kita akan menoleh kembali dan mengenang segala jerih perih, keringat serta pengorbanan sepanjang perjuangan ini. nsya-Allah, dengan usaha yang berterusan dan sokongan semua pihak, kejayaan yang lebih besar menanti di hadapan,” akhirinya.
Pada majli pembukaan KESS di Nilai yang berlangsung selama tiga hari dari 7 hingga 9 Ogos 2026, KESS menawarkan diskaun RM20 bagi setiap satu gram pembelian barang kemas 916 malah mereka yang membeli emas RM500 ke atas dijamin berpeluang tersenarai untuk cabutan bertuah sebuah kereta BMW sekali gus menepati slogannya, 'Emas Bernilai, Kepercayaan Terjamin'!
#EmasSriSemantan #SyurgaEmasPrelovedNomborSatuMalaysia #KESS #fyp







Tiada ulasan:
Catat Ulasan