Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ROAD2HARAMAIN' SASAR BANTU 3,000 BAKAL JEMAAH HAJI/UMRAH MENERUSI DANA RM60 JUTA!


SERAMAI 
3,000 bakal jemaah disasarkan menerima manfaat menerusi Program Pembiayaan Khas Haji dan Umrah
  yang menawarkan dana pembiayaan sehingga RM60 juta bagi membantu lebih ramai umat Islam merealisasikan impian menunaikan ibadah di Tanah Suci.


Program yang dilancarkan sempena Karnival Pelancongan Islamik PAPUH 2026 itu merupakan 'inisiatif Road2Haramain' yang diasaskan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Abdullah dengan kerjasama Koperasi Kobesi Malaysia Berhad (KOBESI), Koperasi One Fintech Berhad (KOF), HS9 Technologies Sdn. Bhd. dan One Merchant Malaysia Sdn. Bhd.


Abdul Rahim berkata, inisiatif tersebut diwujudkan bagi menyediakan penyelesaian pembiayaan patuh syariah yang digabungkan dengan teknologi kewangan (fintech) dan pendigitalan hospitaliti bagi memudahkan perjalanan bakal tetamu Allah bermula daripada proses perancangan, pembiayaan, persediaan sehinggalah pelaksanaan ibadah di Tanah Suci.


Beliau berkata, setiap pemohon yang layak boleh memohon pembiayaan antara RM10,000 hingga RM70,000, manakala proses permohonan dijangka mengambil masa hanya tiga hari bekerja, tertakluk kepada syarat dan kelulusan.


“Melalui peruntukan dana pembiayaan sehingga RM60 juta ini, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat merancang perjalanan ibadah umrah dan haji dengan lebih sistematik, selesa dan tanpa dibebani kekangan kewangan,” katanya.



Sementara itu, Pengerusi Koperasi Kobesi Malaysia Berhad, Datuk Saharudin Zainal Abidin berkata, pelaksanaan program berkenaan mencerminkan komitmen gerakan koperasi dalam menyediakan akses pembiayaan yang lebih mudah kepada masyarakat.


Beliau turut menggalakkan orang ramai menyertai Koperasi Kobesi Malaysia Berhad bagi menikmati pelbagai manfaat dan kemudahan yang ditawarkan menerusi program berkenaan.


Dalam pada itu, Pengerusi Koperasi One Fintech Berhad, Sazali Shahid berkata, platform Cooperative Loan Processing Portal (CLPP) yang dibangunkan menerusi kerjasama HS9 Technologies Sdn. Bhd. dan One Merchant Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat MobilityOne, bakal mempercepat serta mempermudah keseluruhan proses permohonan pembiayaan secara dalam talian.


Menurut beliau, penggunaan teknologi digital itu bukan sahaja meningkatkan kecekapan proses permohonan, malah memperkukuh ekosistem teknologi kewangan dan pendigitalan sektor koperasi, sekali gus menyokong aspirasi Road2Haramain dalam menyediakan pengalaman yang lebih lancar, selamat dan efisien kepada bakal jemaah.



Mengulas perkembangan seterusnya, Abdul Rahim berkata Road2Haramain akan terus memperluaskan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, institusi kewangan, koperasi, syarikat pelancongan dan rakan teknologi bagi membangunkan ekosistem digital haji dan umrah yang lebih komprehensif.


Beliau yakin kerjasama bersepadu itu mampu menjadi pemangkin kepada transformasi industri pelancongan Islam negara, selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara peneraju inovasi digital dalam sektor haji dan umrah.


Program Pembiayaan Khas Haji dan Umrah 'InisiatifRoad2Haramain' kini sedang berlangsung  seehingga esok, 2 Ogos di PKNS Shah Alam


Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut atau menyertai Koperasi Kobesi Malaysia Berhad boleh mengunjungi reruai pameran sepanjang karnival tersebut.



#Road2Haramain #KarnivalPelanconganIslamikPAPUH2026 #UmrahHaji #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan