Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TOYO TIRES LANCAR MANIFESTO 'BUATAN MALAYSIA' KEUNGGULAN JEPUN', ANJUR PROMOSI MERDEKA!


TOYO Tires
memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan sektor pembuatan negara apabila mempercepatkan transformasi kilangnya di Taiping ke arah pengilangan pintar, di samping melancarkan manifesto jenama baharu “Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun” yang mengangkat gabungan kepakaran tempatan dan teknologi Jepun.


Manifesto yang dilancarkan di Hotel Sunway Resort pada semalam, 6 Ogos 2026 itu mencerminkan aspirasi syarikat untuk terus menyokong pertumbuhan industri automotif negara menerusi pengeluaran tempatan, pembangunan modal insan dan inovasi teknologi yang mampu meningkatkan daya saing Malaysia sebagai hab pembuatan.


"Kami merupakan satu-satunya pengeluar tayar di Malaysia yang menggabungkan kemahiran tukang tempatan dengan presisi Jepun bagi mencapai standard kualiti premium,” ujar Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye pada majlis pelancaran tersebut.


Turut hadir antaranya Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia, Mike Toh,  Evelyn Ho Pengarah Urusan Yayasan MYKASIH, Mohamad Nazim Ismail, Penasihat Kewangan dan Operasi Dana, Media Prima Berhad, Datuk Yaakob Bin Md Amin, Pemegang Amanah Yayasan MYKASIH dan Dato’ George Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif , Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB). 



Mengulas lanjut, katanya, gabungan tersebut membolehkan syarikat menghasilkan produk yang memenuhi piawaian keselamatan dan prestasi tinggi, selain direka khusus untuk memenuhi keperluan pengguna serta keadaan jalan raya di Malaysia.


“Sejajar dengan matlamat pembuatan masa hadapan, kilang utama syarikat di Taiping kini sedang merintis pemodenan operasi,” tambah Tan Song Chye.


Menurutnya, elemen “Buatan Malaysia” diterjemahkan menerusi operasi kilang Toyo Tires di Taiping yang dikendalikan sepenuhnya oleh 100 peratus tenaga kerja tempatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan dalam negara.


Pada masa sama, elemen “Keunggulan Jepun” menggambarkan warisan kejuruteraan syarikat yang bermula di Osaka sejak 1945, dengan penerapan teknologi berpresisi tinggi serta falsafah Kaizen bagi memastikan setiap tayar dihasilkan memenuhi piawaian kualiti, keselamatan dan ketahanan yang tinggi.


Dalam usaha memperkukuhkan daya saing sektor pembuatan, Mike Toh pula berkata, kilang utama syarikat di Taiping kini sedang melaksanakan inisiatif Intelligent Manufacturing Transformation (IMX) bagi membangunkan ekosistem pengilangan yang lebih pintar, cekap dan mampan.


"Bagi Toyo Tires, masa depan mobiliti bukan sahaja bermula dengan teknologi, tetapi dengan insan yang diperkasa untuk memanfaatkannya dengan baik,” jelasnya.


Seiring transformasi itu, Toyo Tires turut memperkenalkan dua platform digital baharu bagi mempertingkatkan pengalaman pelanggan serta memperkukuh rangkaian pengedarnya iaitu Aplikasi T-CARE dan platform e-TEN.


Aplikasi T-CARE menawarkan kemudahan pendaftaran tayar, cashback Touch ’n Go eWallet sehingga RM40 kepada pembeli kali pertama serta perlindungan jaminan tayar selama enam tahun bermula dari tarikh pembelian.


Platform e-TEN pula membolehkan rakan niaga membuat pesanan secara dalam talian 24 jam sehari, selain mempercepatkan pengurusan inventori dan meningkatkan kecekapan operasi pengedar.


Tan berkata, inovasi digital itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk memastikan pengalaman pelanggan terus dipertingkatkan, di samping membantu rakan niaga mengembangkan perniagaan dalam persekitaran yang semakin kompetitif.



TAN Song Chye berkongsi sejarah kecemerlangan TOYO Tires di Malaysia bersama Tuan Noreswandi Bin Mohamad, Ketua Sektor Operasi Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor,


"Produk yang hebat wajar disusuli dengan pengalaman pelanggan yang hebat. Kami mahu terus menjaga kebajikan pemandu luar daripada waktu pembelian tayar, di samping menyediakan alat sokongan yang diperlukan oleh rakan niaga untuk berkembang. Menerusi teknologi, kami dapat kekal rapat dengan mereka yang meletakkan kepercayaan kepada jenama kami,” jelasnya.


Selain memberi tumpuan kepada inovasi dan transformasi digital, Toyo Tires turut meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat menerusi inisiatif Komuniti PRIHATIN TOYO dengan menyalurkan sumbangan RM30,000 kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP, Yayasan MyKasih dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).


Dan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pula, syarikat turut menganjurkan Promosi Merdeka dari 1 Ogos hingga 30 September 2026. 


Menerusi kempen itu, pelanggan yang membeli empat tayar terpilih berpeluang menikmati ganjaran bernilai lebih RM500 termasuk cashback e-Wallet serta barangan eksklusif Thermos, tertakluk kepada terma dan syarat.


Mengakhiri ucapannya, Tan berkata manifesto “Buatan Malaysia, Keunggulan Jepun” bukan sekadar mencerminkan identiti jenama Toyo Tires, malah menjadi komitmen syarikat untuk terus berkembang bersama Malaysia dalam memacu kemajuan industri, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.


"Sempena Malaysia meraikan Merdeka, kami berbangga dapat berdiri teguh bersama negara dalam perpaduan, kemajuan, dan kemakmuran. Inilah identiti kami dan komitmen yang kami pegang. Marilah kita terus memacu kemajuan dan melangkah ke hadapan bersama-sama,” ujarnya.



#ToyoTires #Taiping #BuatanMalaysiaKeunggulanJepun #TCare #eTEN #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan