Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AME 2019: MULAKAN UNDIAN ARTIS KEGEMARAN ANDA

NABIL & NEELOFA. Pix Nabil.


ANUGERAH Meletop Era (AME 2019) kembali lagi dengan mempertaruhkan 16 kategori meliputi segmen filem, muzik, tv/online, selebriti dan radio.

Namun kali ini peminat artis popular, Neelofa dan Nabil Ahmad tidak berpeluang mengundi idola mereka itu apabila kedua-dua selebriti ini menarik diri daripada sebarang pencalonan AME 2019.

"Kami mahu memberi peluang kepada rakan selebriti lain untuk bertanding waima tidak mahu sebarang kontroversi timbul apabila ada kemenangan yang diraih oleh kami sebagai hos bersama bagi program Meletop," ujar Neelofa sambil diakui Nabil pada majlis sidang media mengumumkan senarai Top 5 AME 2019 di Hard Rock Cafe semalam.

Menurut mereka, penarikan diri daripada pencalonan bukan gimik murahan tetapi perkara tersebut telah difikirkan secara matang.

Pengumuman penarikan diri kedua pengacara Meletop ini dimaklumkan oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad.

"Ini bukan keputusan terburu-buru daripada mereka malah sudah dibangkitkabeberapa kali sebelum ini, jadi kami menghormati keputusan mereka," ujar Raqim.

Pun begitu, Nabil dan Neelofa tetap kekal sebagai pengacara pentas AME 2019 malah turut dibantu Jihan Muse.

Bakal berlangsung pada 21 April 2019 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan tema 'GLAM', majlis berprestij ini menyaksikan persaingan sengit antara pelakon popular lelaki veteran dengan yang baharu.

Remy Ishak dan Syafiq Kyle contohnya dicalonkan untuk tiga kategori yang sama iaitu Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Turut mendominasi pencalonan akhir untuk tiga kategori terdiri daripada Zizan Razak dan Fattah Amin.

Diva nombor 1 negara, Dato Seri Siti Nurhaliza tetap masuk senarai apabila tercalon pada kategori Lagu MeleTop dan Penyanyi MeleTop bersama pesaing-pesaing muda antaranya Khai Bahar, Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana.

Jom tengok senarai penuh Top 5 AME 2019:


LAGU MELETOP: Anta Permana, Di Matamu, Haram, Jatuh Bangun, Sampai Bila.

FILEM MELETOP: Hantu Kak Limah, KL Special Force, Langsuir, Munafik 2, Pulang.

HOS MELETOP: Alif Satar, Jihan Muse, Sherry Alhadad, Siti Nordiana, Zizan Razak.

FESYEN MELETOP: Fazura, Fattah Amin, Remy Ishak, Scha Alyahya, Syafiq Kyle.

PENYANYI MELETOP: Datuk Seri Siti Nurhaliza, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Siti Nordiana, Sufian Suhaimi.

BINTANG FILEM MELETOP: Fattah Amin, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Syamsul Yusof, Zizan Razak.

COUPLE MELETOP: Eira Syazira & Azad Jazmin, Jihan Muse & Ungku Hariz, Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi, Nur Fazura & Fattah Amin, Vivy Yusof & Fadza Anuar.

SI CILIK MELETOP: Aqeef Anaqi, Jebat Jayden, Lara Alana, Syeriv Samheizy, Yusoff Al Qardawi.

PELAKON TV MELETOP: Fattah Amin, Fendy Bakry, Mira Filzah, Remy Ishak, Syafiq Kyle.

PROGRAM MELETOP: Big Stage, Gegar Vaganza 5, Maharajalawak Mega 2018 Ep 1, Sepahtu Reunion Live Al-Puasa, Tazkirah Malam Jumaat.

ARTIS BAHARU MELETOP: Andi Bernadee, Eyra Hazali, Luqman Faiz, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain. 

ARTIS LAWAK MELETOP: Bocey, Fikry Ibrahim, Jep, Jihan Muse, Zizan Razak.

PENYAMPAI RADIO MELETOP: DJ Lin, Jep, Johan, Radin, Sharifah Shahira.

GROUP/DUO MELETOP: Akim & The Majistret, Caliph Buskers ft Faizal Tahir, Floor 88, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Tajul & Wany Hasrita.

DRAMA MELETOP: Cik Reen Encik Ngok Ngek, Dia Anak Jeneral, Lelaki Kiriman Tuhan, Mr. Grey, Tak Ada Cinta Sepertimu.

PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi ERA, Pagi di SINAR, PM ERA, Super 40 ERA, Suria Cinta.

Jadi siapa pilihan hati anda. Undian sudah boleh dilakukan bermula semalam (19 Mac) hingga 21 April depan melalui anugerahmeletop.com.my atau www.era.je




Tiada ulasan:

Catat Ulasan