Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG PENONTON SAKSI FILEM TERBAIK FFM30 DENGAN BAYARAN RM5

NAMRON (tengah) bersana team produksi One Two Jaga serta produsernya, Bront Palarae (dua dari kiri),
Berlangsung malam Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malah telah di siarkan melalui saluran Astro Ria, sudah tentu rata-rata  maklum filem 'Crossroads: One Two Jaga' berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) tahun ini.

Karya terbitan Pixel Play Entertainment arahan Namron itu turut meraih lima lagi anugerah meliputi Anugerah Pengarah Terbaik; Lakonan Layar Terbaik menerusi Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron sendiri; Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Rosdeen Suboh; Cerita Asal Terbaik oleh Pitt Haniff, Muhammad Syafiq dan Nam Ron serta Poster Terbaik oleh Jazzy Pictures.

Filem yang berkisarkan mengenai gejala rasuah serta jenayah di sebalik tabir pasukan polis itu menewaskan empat filem saingannya iaitu  Dukun, Paskal The Movie, Vedigundu Passange dan Guang.

Trofi disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo  yang turut disaksikan Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri.


Dan seperti yang dijangka ramai, anugerah Pelakon Wanita Terbaik digenggam Datin Seri Umie Aida untuk filem  ‘Dukun’. Memang berbaloi lah Umie bermain dengan ular malah menunggu 12 tahun untuk mengenggam anugerah berkenaan.


Ini merupakan kemenangan kedua buat Umie yang menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2018, menerusi naskhah sama.

Seperti Umie, kemenangan Nabila Huda juga dijangka ramai apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi lakonan cemerlangnya dalam filem ‘Makrifat Cinta’.

Beberapa wajah baharu turut berjaya memenangi anugerah untuk diri masing-masing waima pertama kali dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia.

Walaupun dikatakan penganjuran Festival Filem Malaysia kurang promosinya namun ini kali pertama kelihatan keseimbangan pada bilangan para karyawan filem di kalangan Melayu, Cina dan India yang sama-sama meraikan FFM30.



Pendekkan cerita jom baca coret-coret Kak Fas sekitar FFM30 kali ini:

  1. Trofi kemenangan Nabila Huda diambil oleh anaknya, Keisha Laila yang tampil dalam busana tradisional Melayu. Comelnya dia seperti gaya ibunya.
  2. Penampilan A.R. Badul yang naik ke pentas untuk menerima anugerah Karyawan Sepanjang Zaman ditemani ‘cucu’ A.R. Tompel malah Badul tetap melawak sambil membaca nota ucapan terima kasihnya yang katanya disimpan sejak 5 tahun lalu. “Saya masih hidup” tambahnya.
  3. Seperti biasa kemunculan Datuk Afdlin Shauki disusuli lawak apabila mengusik rakan karibnya, Dato Hans Isaac yang masih belum kahwin walau pun dah mencecah 50an malah memuji keluarga Dato Yusof Haslam yang melahirkan anak-anak seni yang hebat seperti Syamsul dan Syafiq Yusof. “Saya mahu menjadi anak angkat Datuk boleh?’ tanyanya.
  4. Ada kelainan ditampilkan pada pengumuman calon-calon yang bertanding contohnya  pada kategori Lagu Tema Terbaik disampaikan menerusi lagu yang dinyanyikan secara live oleh Zizi Kirana, Billy Zurkarnain dan Nicole Lai.
  5. Buat pertama kalinya, buku cenderamata/program tidak diedarkan kepada tetamu keseluruhannya dan khabarnya buku ini dicetak terhad  jadi edarannya pun terhad agaknya.
  6. Penampilan Adibah Noor memegang ular mainan dan tengkorak      seakan-akan watak yang dilakonkan Datin Seri Umie AIda dalam filem ‘Dukun’ mencuit hati penonton.
  7. Sepanjang menghadiri beberapa FFM sebelum ini, ini juga pertama kali penulis tidak dibenarkan masuk ke pos parti kerana tiada slip khas untuk layak ke pos party, Bermakna tag media pun tak laku dan tak layak masuk pos party. Sebenarnya, media nak masuk situ bukan untuk makan pun tetapi nak cari bahan dan artis untuk temuramah. 
  8. Fattah Amin memang ‘gentlemen’ dan masih romantis terhadap isteri…. walau pun nama tidak disebut namun tetap mengiringi  Fazura yang diumumkan sebagai penyampai anugerah bagi kategori Anugerah Khas Juri. Khabarnya Faz yang mahu Fattah temaninya sehingga berlaku kekecohan di belakang pentas. Wallahualam!
  9. Kesiannya… pelawak yang tampil ketika ‘komersial break’ sebenarnya tidak lawak dan rata-rata penonton nampak bosan dengan lawaknya. Nasib ada Nabil mencelah dan membantu beberaka kali. Waktu ini sebenarnya tak perlu ada pelapis lawak pun tak apa sebab ini waktu penonton keluar masuk untuk ke tandas dan sebagainya.
  10. Kehadiran penyanyi popular dan lagenda seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah mahu pun penampilan istimewa Datin Seri Tiara Jacquelina memberikan keserian pada persembahan malam FFM30.

Mengangkat tema Inspirasi Sinemaku, FFM30 menyaksikan 42 filem bersaing merebut 27 trofi dipertandingkan, termasuk tiga anugerah khas.

Daripada karya terbabit, 25 daripadanya meliputi filem berbahasa Malaysia, Mandarin (lapan), Tamil (tujuh) dan dua lagi Kantonis.

Acara itu dihoskan Nabil Ahmad bersama Adibah Noor manakala persembahan nyanyian dijayakan Datuk Jamal Abdillah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Alyah, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Sophia Liana, Zizi Kirana, Syamel, Billy Zulkarnain dan Innuendo.

Keputusan penuh Pemenang FFM30
Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
Pengarah Terbaik: Namron (One Two Jaga) 
Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
JAYA Ganason
Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)
Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 
Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)
Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 
Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)
Cerita Asal Terbaik: Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 
Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun) 
Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)
Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)
Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)
Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)
Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters) 
Poster Terbaik: Jazzy Pictures (One Two Jaga)
Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker)
Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 
Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 
Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) - RM37,797,423
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan


TERKINI:


Berita baik untuk semua pencinta filem untuk anda menonton tayangan khas Filem Terbaik FFM30 'One Two Jaga' arahan Nam Ron yang telah merangkul enam anugerah di FFM30 yang lalu di lokasi pawagam TGV terpilih dari 4-10 April 2019 ini. Lokasi-lokasi adalah seperti berikut:

1.TGV Sunway Pyramid
2.TGV Wangsa Walk
3.TGV 1 Utama
4.TGV Tebrau City
5.TGV Bukit Raja
6.TGV KLCC
7.TGV Dpulze
8.TGV Kinta City


Untuk tempahan korporat, sila hubungi Mr.Evan Teo +60125445502



Tiada ulasan: