Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MOH! BERAMAL BERSAMA SITI NURHALIZA DI IPOH 24 APRIL


Baharu sahaja selesai konsert jelajahnya ke tiga negara baru-baru ini, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi akan tampil memberikan persembahan kepada peminatnya.

Tetapi kali ini Siti bakal tampil pada majlis makan malam amal sempena Karnival Mahabbah 1.0 yang bakal berlangsung selama 5 hari bermula 24 hingga 28 April ini bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Konsert anjuran Masjid Muhibbuddin Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hospital dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh ini  bakal menyaksikan Siti berkongsi pentas bersama kumpulan Hijjaz pada malam 24 April.

Mengumumkan demikian dalam satu majlis sidang akhbar baru-baru ini, Siti yang kelihatan teruja dapat membantu merealisasikan program anjuran masjid berkenaan berkata:

"Saya menyambut baik jemputan yang diberikan untuk menyertai program sebegini. Insya Allah jika diizinkanNya saya akan menyampaikan lagu-lagu pop yang sarat dengan mesej Ketuhanan dan kerohanian sesuai dengan suasana majlis.

”Saya juga tidak keberatan untuk berduet dengan kumpulan Hijjaz yang turut serta dalam program amal ini. Kami juga pernah berduet dalam sebuah projek khas sedikit masa dulu. Insha Allah kami akan bincang untuk bentuk persembahan yang akan dibawakan bersama,” 

Majlis Makan Malam Amal di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada 24 April 2019 itu dijangka  bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30, bertujuan  mengumpul dana khusus untuk pengimarahan program masjid pada bulan Ramadan nanti antaranya program Iftar, moreh, sumbangan untuk anak-anak yatim, bantuan asnaf fakir miskin, penambahbaikan homestay dan penyelenggaraan barangan Kufya Band.

Berdasarkan kepada pembelian meja, ia  dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

Pentadbiran masjid turut menyeru mana-mana individu atau korporat yang ingin menaja meja amal boleh menghubungi pihak penganjur 013- 4866153 atau pejabat 05-264 1404 di mana ia hanya terhad kepada 90 meja sahaja. 

Sementara itu, sepanjang karnival pelbagai jualan dan aktiviti disediakan bagi para pengunjung bermula jam 10 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Antara programnya termasuklah ceramah keusahawanan oleh ikon Usahawan Asia, Abang Abu manakala dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang diadakan Bufet Amal iaitu makan sambil menderma serendah RM10 sementara dari jam 5 petang pula disambung dengan uji rasa bersama selebriti chef dari Hotel Syuen selaku penaja.

Bagi mereka yang ingin mengikuti ceramah agama oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Al-Fadhil Ustaz Zamri bin Hashim pula boleh hadir pada hari kedua 25hb April dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk program pada hari-hari seterusnya boleh dapatkan maklumat lanjut daripada pihak penganjur melalui talian 05-2641404 atau terus berhubung dengan Setiausaha Karnival, Encik Ahmad Bukharie di talian 013-4866153 atau emel ke ahmadbukharie@gmail.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan