Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HIDUP SIHAT, CANTIK DENGAN 20 PRODUK 'NATURAL'



Dah terasa macam  pergi shopping lak petang itu ketika hadir pada majlis ‘live healthy, live beautiful extravangana ’ anjuran Guardian Malaysia bertempat di The Grounds, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Betapa tidaknya dari satu bag kosong yang diserahkan ketika pendaftaran oleh teman PR yang sentiasa mesra, Bee Abdullah, Kak Fas terpaksa bebankan bahu dengan tiga lagi bag tambahan apabila diberikan pelbagai produk yang dipamerkan pada 20 buah booth yang terbahagi kepada tiga sektor.

Tiga sektor berkenaan meliputi ‘Path to Shine From Within’; ‘Fountain of Youth & Lasting Beauty dan  akhir sekali ‘Your Body, Your Sanctuary’.

Kenapa Guardian begitu prihatin terhadap memperkenalkan 20 jenama khusus berkenaan?

“Inilah filosofi Guardian. Kami menitikberatkan konsep ‘kesihatan dan kecantikan’ (healthy & beauty), ujar Encik DY Cho, Pengarah Pemasaran Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara dari Guardian Health and Beauty Sdn, Bhd dalam ucapan ringkasnya pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, melalui kajian yang dijalankan sebahagian besar dari para pelanggan berpendapat kesihatan dan kecantikan berkait rapat.
Kesihatan yang baik adalah akar kecantikan sejati bahkan tambah Cho, produk yang mempunyai kandungan bahan semula jadi antara komponen penting dan menjadi rebutan ramai.


Sehubungan itu, 20 jenama mewakili produk-produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi serta organik diketengahkan dalam usaha menggalakkan kehidupan yang sihat dan cantik. Dan kesemua ini boleh diperoleh melalui Guardian Malaysia seluruh negara.

Semua yang hadir tidak terlepas dari mendekati setiap ‘booth’ apabila diberikan sekeping kad untuk di stamp sebagai bukti kunjungan.

Jadi nak tak nak Kak Fas yang selama ini jarang cuba minuman berkhasiat terpaksa meneguk sampel-sampel minuman yang diberikan pada sektor pertama yang terdapat 6 booth iaitu  Biogreen, Ecolite, Goodmorning, Kinohimitsu, Oatgrain 35 dan PS Love.

Sejujurnya hanya Kinohimitsu yang pernah Kak Fas rasai waima yang lain belum pernah. Bila dah enam jenis minuman dimasukkan ke dalam perut pada satu masa ada juga rasa nak terloya sebab al maklumlah Kak Fas bukan kaki minum produk yang belum pernah lidah merasaiya haha….

Apa pun pengalaman kali pertama itu amat menarik kerana ada juga lah satu dua produk yang berkenan di lidah ini haha…



Sektor ‘Youth & Lasting Beauty’ merupakan fasa yang sudah tentu ramai menyukainya kerana di sini terdapat 8 buah booth yang mempunyai produk-produk kecantikan dan kesihatan yang terkenal mahu pun yang baharu Kak Fas kenal.

Booth berkenaaan meliputi A’kin, Aprilskin, Dr. Buds Organics, Essano, Garden of Eden, Inecto, Palmer’s Coconut Oil Formula dan Palladio.

Jika nak mencari produk Korea mungkin  Aprilskin pilihan memandangkan rangkaian produk kecantikannya bukan sahaja mempunyai packaging yang cantik tetapi kosmetik yang diperbuat dari bahan semula jadi ini mampu meremajakan sel-sel kulit.

Malah jika berkenan dengan produk-produk buatan kelapa boleh memilih Palmer’s Coconut Oil Formula.  

Sejujurnya juga, Kak Fas belum pernah mencuba produk-produk daripada bahan kelapa tetapi sekarang Kak Fas pasti cuba kerana mendapat hadiah cabutan bertuah berupa produk berkenaan.

Pada sektor ‘Your Body, Your Sanctuary’ turut dikerumi ramai apatah lagi ada booth Pantene Pro-V MIcellar dan Sunsilk Natural serta Dove yang merupakan tiga jenama pilihan Kak Fas. Ada juga booth Herbal Essences & Pantene yang memperkenalkan produk Herbal Essences Bio Renew.






















Di kawasan ini juga terdapat 6 lagi booth lain seperti Botaneco Garden yang  mempunyai display cantik maka itu jenama ini memenangi pilihan ramai sebagai booth tercantik.


Bersebelahan dan berdekatan Botaneco Garden terdapat booth Smelly No-More,  Love and Beauty Planet serta produk penjagaan gigi, Splat.


Setiap daripada 20 booth yang dilawati kesemuanya dengan murah hati memberikan produk masing-masing untuk dicuba. 

Maka itulah tadi Kak Fas kata bahu dah senget mengendong tiga buah bag yang berisi produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kesemuaya ke arah kehidupan sihat dan cantik seperti kempen Guardian ‘live healthy, live beautiful’.

Kesemua produk-produk eksklusif ini hanya boleh didapati di kedai Guardian Malaysia seluruh negara ya…jom tengok lagi apa produk yang ada....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan