Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA BAKAL JADI MAKEUP ARTIS MALAYSIA PERTAMA?

SHEILA (Kanan) bersama Deq Sha.

Siapa yang mencantikkan para artis jika bukan jurusolek atau lebih dikenali dalam bahasa orang putih ‘makeup artist’.

Merekalah antara team di belakang tabir yang mencorakkan buruk atau cantiknya solekan artis yang terlibat dalam filem, drama atau mana-mana persembahan atau untuk perkahwinan artis itu sendiri sekali pun.

Namun rasanya belum ada banyak anugerah yang dikhaskan untuk jurusolek di dalam industri perfileman khususnya walau pun sebenarnya mereka antara tenaga penting dalam mencorakkan karakter seseorang pelakon itu.

Menyedari betapa pentingnya golongan ini, langkah yang dianjurkan julung kalinya oleh seorang jurusolek profesional terkenal di kalangan golongan artis iaitu Sheila Mohamad untuk memperkenalkan 'Anugerah Make-Up Artis Malaysia' atau ‘Malaysia’s Makeup Artist Awards’ (MMAA) sesuatu yang disambut meriah oleh semua jurusolek amatur tempatan.

MMAA yang dijangka berlangsung pada 28 Ogos depan menyediakan platfom dalam mengetengahkan bakat anak muda dalam arena solekan dan tatarias agar industri seni boleh dimartabatkan setanding industri-industri lain di negara ini.


Idea yang diilhamkan Sheila  yang telah menceburi bidang solekan dan tatarias semenjak 26 tahun lalu mendapat kolaborasi bersama Deq Sha yang juga telah lama berkecimpung dalamm dunia kecantikan selama 21 tahun malah dikenali juga antara yang sering menyolek para artis.

Khabarnya seramai lebih 300 penyertaan diterima namun hanya 40 peserta yang berjaya terpilih sewaktu saringan awal bagi merebut gelaran ‘Malaysia’s Makeup Artist 2019’ dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 termasuk hadiah sampingan penaja-penaja yang terlibat.

Pada hari  kemuncak anugerah, kesemua peserta akan menjalani sesi Pre-Judging pada sebelah pagi sebelum ke malam Gala yang dijangka dihadiri lebih kurang 600 tetamu di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur yang merupakan penaja rasmi lokasi, sementara Sheila Mohamad Cosmetics sebagai penaja utama selain 20 penaja dari syarikat tempatan lainnya.

Sementara itu,  majlis akan diserikan dengan acara pameran serta jualan produk  selama dua hari bermula 27 Ogos bagi mendekatkan pengunjung dengan produk-produk kosmetik tempatan.

Khabarnya beberapa artis terkenal akan dilantik sebagai juri dan tetamu pada majlis penuh glamor itu.


Info lanjut mengenai MMAA boleh dicapai dengan melayari laman web www.malaysiamakeupartist.com serta sosial media Instagram dan Facebook @malaysiamakeupartist.


Tiada ulasan: