Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM SHOPPING KE BAZAR RAYA KL TERBESAR DI PWTC

PIX: Max Lim.
Lebih 30 artis dan selebriti tanah air terlibat sementara 500 vendor berkampung di bawah satu bumbung manakala 6 pengacara popular dipilih menghiburkan acara bazar terbesar yang bakal memecah buku rekod Malaysia sebagai yang paling lama dianjurkan selama 20 hari berturut-turut.

Acara yang dimaksudkan itu dinamakan Bazar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL2019) yang bakal diadakan bermula 16 Mei hingga 4 Jun depan bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

“Kami janjikan satu bazar yang happening dan tidak dapat dilupakan pengunjung yang mahu berbelanja sempena Hari Raya ini, “ jelas Pengarah BRKL, Shawn Zain pada majlis pelancaran BRKL2019 yang berlangsung baru-baru ini.

Apa yang istimewa dan happening sangat tu?

Selain berpeluang mendekati dan membeli produk daripada tangan empunya artis kesayangan masing-masing, pengunjung bertuah boleh memenangi pelbagai hadiah menarik malah 20 yang paling bertuah bakal memenangi hadiah balik kampung dengan pengangkutan percuma dari syarikat pengangkutan rasmi, Nuccar Malaysia.

Wow! Hebat tak?


Jika korang nak tahu antara artis dan personaliti yang akan terlibat terdiri daripada antaranya Dato Aznil Hj. Nawawi, Siti Sarah, Zara Zya, Alif Satar, Datin Alyah, Dato Hattan, Aiman Tino, Nabil Ahmad, Deja Moss, Syafiq Kyle dan ramai lagi.

Jadi jika korang bercadang nak beli produk-produk yang dijual daripada artis kesayangan masing-masing eloklah tandakan kalendar anda agar tidak terlepas.

Dalam pada itu, pihak penganjur, Agenda Sepadu Sdn Bhd mensasarkan dapat menarik sehingga 500,000 pengunjung sepanjang 20 hari bazar dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12 malam.

Angka berkenaan berpandukan kedudukan strategik BRKL yang dianjurkan di dalam kawasan indoor dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti LRT dan bas Rapid KL.

“Malah BRKL2019 akan berlangsung selama 120 jam tanpa henti pada 5 hari terakhir program bagi memberikan impak dan promosi istimewa kepada pengunjung,” tambah Shawn.

Lebih menarik lagi kata Shawn, bagi membantu para usahawan pihaknya menyediakan pakej viral iaitu Rocketing Viral Inbosz secara percuma kepada mereka semua bagi memperkenalkan produk jualan masing-masing secara dalam talian.

“Menerusi pakej itu, kami akan menyediakan 3 jalan cerita yang bebeza kepada setiap usahawan dan video-video viral berkenaan akan diviralkan secara online selama tiga minggu,” tambah Shawn.

Dengan mengetengahkan pelbagai produk seperti fesyen, kuih-muih, perhiasan dalaman dan keperluan bagi meraikan Aidilfitri, BRKL2019  turut bekerjasama dengan Touch & Go bagi memberi kelebihan kepada pengunjung untuk menikmati rebat tunai istimewa sepanjang bazar berkenaan diadakan.

Selain itu, setiap pengunjung yang memuat naik aplikasi pengangkutan rasminya #nuccar berpeluang menyertai aktiviti dan peraduan yang dianjurkan di mana 20 pengunjung bertuah bakal memenangi hadiah balik raya dengan menaiki nuccar secara percuma.

“Malah mereka yang mahu ke BRKL2019 menggunakan pengangkutan rasmi nuccar pula boleh mendapat rebat. Yang penting mereka perlu muatnaik aplikasi nuccar dalam telefon bimbit masing-masing,” ujar Shawn.

Majlis pelancaran yang berlangsung menyaksikan pengenalan barisan pengacara seramai 6 orang iaitu Arja Lee, Amyza Adnan, Achey, Enot, Roslan Shah serta ‘Lady Gaga Malaysia’ siapa lagi jika bukan Didie Alias.


Selain wajah-wajah popular artis berkenaan yang bakal menceriakan suasana beberapa tarikan lain turut disediakan antaranya sesi berbuka puasa bersama individu-individu yang kurang bernasib baik.

“Untuk itu juga sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih,” ujar Didi Alias yang turut menjadi orang kuat dan jurucakap bagi pihak selebriti.

Tidak ketinggalan sebuah program mesra rakyat iaitu program bubur lambuk diadakan pada setiap petang bertujuan mengagihkannya sebagai  juadah berbuka puasa kepada setiap pengunjung.

Kepada yang berminat untuk menyertai BRKL dan membuat tempahan booth boleh menghubungi Sekretariat BRKL 2019 di talian 011-3690 4037.

BRKL 2019 bakal dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada 16 Jun depan.

Acara turut disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia  dalam usaha mempromosikan tempat yang menarik untuk dilawati pada bulan Ramadan nanti.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan