Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AYDA JEBAT TAMPIL WANGI GUNA DEODORAN REXONA!


Siapa tidak mengenali Ayda Jebat?

Pelakon dan penyanyi yang sentiasa ligat di pentas ini antara artis kelahiran program realiti yang walau pun tidak bergelar juara tetap menyerlah dalam industri seni.

Sudah beberapa kali juga Kak Fas bertemu dan berbual santai dengan plantun lagu "Temberang" ini dan sesuatu yang Kak Fas tahu mengenainya ialah Ayda Jebat suka akan keharuman.

"Saya sentiasa suka tampil mewangi," Ayda pernah memberitahu Kak Fas.

Jadi Kak Fas tidak hairan lah kenapa Ayda Jebat sudi menjadi duta bagi jenama deodoran No. 1 di dunia, Rexona!

Ya, baru-baru ini Ayda Jebat tampil memperkenalkan  Rexona Whitening Fresh Rose baharu sempena kempen #AFreshStart yang akan berlangsung sepanjang tahun, memberi semangat kepada wanita di Malaysia untuk memulakan semua perkara dengan nafas baharu.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk memperkasa wanita di Malaysia dengan memberikan suntikan keyakinan dalam semua aspek kehidupan mereka - ini termasuk aspek kecantikan, kecergasan dan fesyen. 

Seterusnya membenarkan mereka untuk tampil yakin dengan bawah lengan yang cerah dan segar sepanjang masa. 

Dengan Vitamin E dan ekstrak licorice, rangkaian baharu ini telah terbukti secara klinikal untuk mencerahkan kulit bawah lengan secara semulajadi.

Dan ini komen Ayda berhubung pelantikannya sebagai duta produk tersebut:

“Ia merupakan peluang yang sangat menarik dan saya berasa rendah diri dapat memainkan peranan dalam kempen sebegini untuk wanita di Malaysia. Saya dibesarkan dengan perasaan yang tidak yakin akan diri sendiri dan ditambah pula dengan jadual yang padat, ia memberikan saya keyakinan baharu dengan adanya  produk ini yang memberikan kesegaran sepanjang hari dan keberkesanan mencerahkan bawah lengan secara semulajadi.” 

Wanita di Malaysia kini boleh mempunyai kulit bawah lengan yang lebih cerah secara semulajadi, perlindungan yang diperlukan dan pada masa yang sama nikmati kesegaran bunga yang berpanjangan - yang pertama seumpamanya.    

“Sebagai jenama deodoran terkemuka di dunia, kami memahami keperluan wanita yang memerlukan penyelesaian untuk bawah lengan yang boleh dipercayai dan tahan lama. Ramai yang terlepas pandang keperluan untuk menjaga bawah lengan kerana ia bahagian badan yang boleh disembunyikan bila perlu, namun ramai tidak menyedari bahawa mempunyai bawah lengan yang licin, cerah dan segar merupakan kunci mendapatkan keyakinan yang diperlukan untuk melakukan semua perkara. Oleh itu, kami teruja untuk menawarkan rangkaian baharu ini kepada wanita di Malaysia” kata Callista Fernandez, Pengurus Kanan Jenama bagi Deodoran, Unilever Malaysia.   

Rexona Whitening Fresh Rose baharu ini merupakan susulan pelancaran rangkaian Rexona Whitening Fresh Sakura dan Fresh Lily September lalu. 

Ketiga-tiga deodoran berasaskan bunga dalam rangkaian baharu ini menggabungkan kandungan semulajadi yang mencerahkan, disamping teknologi Motionsense™, yang mengandungi mikrokapsul wangian unik, yang diaktifkan apabila anda bergerak. Lebih banyak anda bergerak, lebih banyak wangian dilepaskan.

Rangkaian Whitening Fresh baharu oleh Rexona menawarkan tiga jenis kesegaran bunga iaitu Fresh Sakura, Fresh Lily dan bintang pada hari ini - Fresh Rose baharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan