Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SCHA ALYAHYA MALU DENGAN HIDUNG DAN SUARA GARAU?



"Sebelum ini, semasa baharu bertapak di dalam industri hiburan, saya sentiasa kisahkan apa yang orang lain fikir tentang saya. Mereka kata suara saya garaulah macam lelaki malah hidung saya pun menjadi bahan usikan netizen.," cerita Scha Alyahya berhubung zaman remajanya.

"Lama kelamaan, saya bermula untuk menerima diri sebenar saya kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Jadi, marilah kita semua meraikan semua aspek, besar atau pun kecil, yang mendefinisikan diri kita ini," sambung Scha Alyahya ketika ditemui.


Menurut Scha, semua wanita dicipta unik dan setiap wanita mempunyai kisah sendiri. Sebab itulah beliau ingin menggalakkan nilai yang dipupukkan dengan Downy Natural supaya  setiap wanita meraikan diri mereka yang semula jadi tanpa ragu2.

Kenapa Scha berkata sedemikian?

Sebenarnya, Scha Alyahya dan Downy telah bergabung untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita menerima, merangkul dan meraikan diri semulajadi mereka seadanya melalui acara petang eksklusif di MYDIN USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.
Bersama pengacara Nana Mahzan, Scha berkongsi pengalaman peribadinya tentang bagaimana beliau berjaya merangkul diri semulajadinya dan terus berkembang sebagai seorang wanita, isteri, ibu, dan personaliti Malaysia yang terkenal.                                                                                                                                                                            
Kempen "Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya" bertujuan menggalakkan wanita untuk bangga dengan keperibadian mereka yang unik, nilai kekal dan kecantikan semulajadi mereka.

Downy ingin membekalkan mereka dengan ‘alat’ baharu dalam ‘kit keyakinan’ mereka iaitu - Downy Natural Aqua Ocean dan Downy Natural Secret Garden

Rangkaian Downy Natural terbaharu yang dilancarkan pada majlis itu mempunyai aroma tahan lama yang melengkapkan haruman semulajadi seorang wanita  supaya mereka sentiasa boleh berasa segar dan yakin sepanjang hari.

"Downy, sebagai jenama di bawah Syarikat Procter & Gamble, sentiasa komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti terunggul serta menambah baik kehidupan para pengguna. Dengan pelancaran Downy Natural, produk yang mempunyai aroma yang segar dan tahan lama yang diilhamkan oleh keajaiban alam semula jadi, kami inginkan kaum wanita berasa yaking apabila menggayakan pakaian mereka. Tetapi lebih penting lagi, kami ingin memberi suatu inspirasi kepada mereka untuk beryakin dan selesa dengan diri sendiri," kata Maya Ngyuyen,  P&G Malaysia Pengurus Jenama Penjagaan Fabrik pada pelancaran Downy Natural.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Scha akan bertemu dengan 20 orang peminat bertuah sambil berkongsi kepentingan haruman dan berasa selesa dengan diri semula jadi sendiri supaya menjadi contoh utama kepada anak perempuan dan peminat beliau. 

Mengambil inspirasi dari alam semula jadi, pelbagai produk terkini Downy mengingatkan kaum wanita akan lautan biru yang nyaman dan menenangkan, dengan Downy Natural Aqua Ocean, serta bunga-bungaan mekar yang menyegarkan dengan Downy Natural Scent Garden. 


Kedua-dua wangian segar ini memberikan wanita rasa selesa, dan membawa ke suatu tahap peningkatan keyakinan yang tinggi, yang melengkapkan aroma semulajadi mereka daripada dikuasai oleh haruman lain. Ini menggalakkan mereka untuk merangkul diri kewanitaan semulajadi seadanya.

Pengalaman Downy Natural "scent-sorial” dihadiri oleh lebih dari 500 orang sepanjang hujung minggu. 

Mengambil inspirasi daripada rangkaian Downy Natural yang baharu, pelanggan dapat melangkah ke Aqua Ocean dan Secret Garden sekali gus menikmati serta mengalami suatu haruman semula jadi yang segar.

Downy Natural Secret Gardendan Downy Natural Aqua Ocean kini boleh didapati di pasar raya tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan