Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI MAKAN MALAM RAMADAN DI 'KEMBALI KITCHEN' BEST WESTERN


CHEF Amin bersama Hamizwati Abd Hamid, Pengurus| MarCom Bahagian Pemasaran/Penjualan menjemput anda kembali ke 'Kembali Kitchen' di Hotel Best Western PJ pada Ramadan ini.
Hanya tinggal beberapa hari lagi bulan Sya'ban akan melabuhkan tirainya bagi memberi laluan kepada Ramadan... bulan yang penuh mulia dan barakah. Bulan bagi seluruh umat Islam menunaikan tanggungjawab berpuasa.

Mengikut tafsiran Ramadhan yang tercatat dalam lamab web Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Ramadhan membawa maksud  'panas yang sangat terik'.

Dinamakan sedemikian, kerana pada bulan suci itu, di tanah Arab kebiasaannya cuaca adalah panas, terik dan kering, Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang Ramadan.

Kebetulan negara kita sekarang pun dilanda musim panas, dan dengan tibanya Ramadan, sudah tentu cabaran dihadapi umat Islam lebih 'hangat' apatah lagi apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Persoalannya, sempat kah kita pulang ke rumah untuk berbuka walau pun waktu kerja pada bulan Ramadan dipendekkan lebih awal namun disebabkan ramai berebut hendak pulang dan jumlah kenderaan pula bertambah di jalan, sudah tentu yang tinggal jauh tidak berupaya pulang in time ya tak?

Dan sekiranya setiap kali tibanya Ramadan anda lebih suka mencari lokasi yang menyediakan bufet Ramadan yang lazat dan berdekatan dengan tempat kerja mungkin apa yang Kak Fas nak kongsikan ini dapat membantu, khususnya bagi warga yang bertugas sekitar Petaling Jaya dan berdekatan.



Kak Fas nak cadangkan anda ke Hotel Best Western, Petaling Jaya (BWPJ).

Kenapa?

Sebab Best Western PJ tidak ketinggalan menyediakan makan malam bertemakan 'Selera di Kembali' yang sedia menghidangkan lebih kurang 100 juadah kegemaran yang sering dicari ramai ketika berbuka puasa.

Sejajar dengan namanya 'Kembali Kitchen' atau 'Dapur Kembali'... Kak Fas sekali lagi kembali untuk menikmati makanannya yang entah berapa kali dah Kak Fas mencubanya,

Maklumlah, dengan jumlah hidangan yang banyak tidak mungkin Kak Fas boleh merasai semua dalam masa satu malam kan? Sebab itulah Kak Fas sering kembali ke 'Kembali Kitchen'.

Terletak di aras 6, Hotel Best Western PJ, 'Bufet Makan Malam yang disediakan khas sempena Ramadan akan bermula pada 13 Mei sehingga 31 Mei.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa selepas seminggu berpuasa baharulah bufet makan malam ini bermula kan?

Welll... rasanya kita semua maklumkan selalunya pada minggu pertama Ramadan, ramai yang akan pulang kampung atau bersama keluarga untuk berbuka puasa. 

Dan hanya selepas seminggu baharulah warga KL yang habis cuti pulang kembali menjalankan tugasan dan apabila tiada kesempatan untuk memasak dan tidak sempat pula nak kejar waktu berbuka di rumah, elok sahaja buka di luar dan terus beribadah  ke masjid untuk solat Tarawih kan?

Lebih mudah begitu, tak perlu tergesa-gesa cuci pinggan waima waktu pendek dan selepas berbuka nak pula ke masjid.

Jadi sekiranya anda masih tercari-cari mana lokasi untuk berbuka puasa yang menawarkan diskaun menarik boleh membuat tempahan awal di Best Western PJ memandangkan harga tempahan awal atau 'early bird' nya agak menarik.


Pelanggan yang menempah awal sebelum dan pada tarikh 30 April ini berpeluang menikmati tawaran 'bonus' iaitu dengan pembelian RM75 seorang untuk lima orang, mereka ditawarkan makan percuma untuk seorang. Harga kanak-kanak dan warga emas 55 tahun ke atas ditetapkan pada RM62.50.

Bayangkan berapa banyak penjimatan yang anda memperoleh daripada harga biasa RM125 seorang. Jimat RM50 ringgit tu... boleh beli macam-macam huhu...

Masih tak puas hati atau tertanya-tanya berbaloi ke duit yang dibelanjakan.... apa lauk pauknya yang best tu?

Ok... meh Kak Fas senaraikan antara 100 hidangan yang boleh dinikmati, Tentu ada yang bersesuaian dengan selera yang dicari hasil air tangan Chef Amin ini:

Hidangan 'signature' paling popular tentulah beberapa lauk pauk yang tersenarai ini:

Gulai Daging Kawah, Telur Itik bersama Belimbing Masak Lemak Cili Padi, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang Tok, Paru Berlado, Pucuk Manis Masak Lemak, Sotong Masak Lemak Pucuk Ubi, Udang Mongolian, Ikan Masak Tikka, Daging Kambing Goreng Lada Hitam, Kambing Bakar, Ikan Bakar dan Sotong Masak Kalio.

Memandangkan prebiu kali ini sempena Ramadan, sudah tentu Kak Fas akan bermula dengan mencari air, kurma dan kaunter manisan hihi...

Kak Fas memang akan berbuka dengan manis-manis dahulu buat alas perut. Iya lah supaya perut tak terkejut lak kan... dah berpuasa tiba-tiba terus masuk makanan berat haha...perlahan-perlahan kata orang.
Ada beberapa jenis kurma yang disediakan di samping kuih muih tradisional bahkan ada biskut semprit/dahlia u alls.... bila masuk dalam mulut sedapnya... tak keras malah cair atas lidah.... jarang Kak Fas jumpa biskut ni yang sedap begini.... apa kata Kembali Kitchen buat jualan biskut raya.. pasti laku... Kak Fas tentu nak tempah huhu!

Selain itu ini dia pilihan Kak Fas kali ini...  rasa serba sikit... mana yang Kak Fas pernah rasa sebelum ini diketepikan dahulu tetapi satu yang Kak Fas tak boleh lepas mengambilnya iaitu Daging Rendang Tok... almaklumlah orang Perak katakan....masakan itu memang terkenal di Perak tau!

Kalau sayur pula Kak Fas mencuba Pucuk Manis Masak Lemak dimakan bersama ulam-ulaman seperti jantung pisang dan sambal tempoyak... emm,... korang mesti dah rasa terliur kan..... ada pulak telur masin... waduh terangkat selera!






Kalau anda nak rasa terlebih dahulu beberapa hidangan yang sentiasa ada di 'Kembali Kitchen' ini boleh aje sebab bermula 1 Mei hingga 31 Mei, pelanggan yang menjadi rakan niaga bersama hotel seperti Maxis, Hotlink dan Maybank boleh mempeoleh diskaun eksklusif sebanyak 40% untuk seorang dewasa. Jadi ada beberapa hari sebelum puasa di mana anda boleh makan awal dahulu ya... 

Namun diskaun hanya sah pada harga asal iaitu RM125 bersih tertakluk pada terma dan syarat aplikasi rakan niaga berkenaan.

Dalam pada itu, boleh menikmati promosi yang disediakan di mana pelanggan berpeluang memperoleh 50% potongan harga makan tengahari.

Tawaran tersebut bagaimana pun hanya sah bagi menu Ala Carte bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang setiap hari.

Seperti kata Pengurus Besar Hotel berkenaan, Encik Feancis Alberto:

Tawaran 50 peratus ini diadakan untuk menggalakkan pengunjung menikmati makan tengah hari pada harga rendah bersama keluarga dan rakan-rakan.”

Jadi anda bolehlah review lebih awal samada  sedap atau tidaknya ya supaya nanti jika bercadang nak belanja keluarga bolehlah menikmati jamuan malam berbuka puasa di 'Kembali Kitchen' kan?




Apa pun bagi sesiapa yang bercadang nak membuat tempahan awal tu atau semasa bulan Ramadan ke boleh berhubung dengan  Cik Wan Nabila di 019-7776079 atau Cik Vicky (019-7774140) untuk pembelian baucar.

Info lanjut hubungi  Kembali Kitchen di talian 03-76102222 atau emel pertanyaan ke info@bestwesternpj.com.my atau layari laman FB bestwestern.pj dan IG bestwesternpj 

Kak Fas nak ucap 'advance' Selamat Ramadhan dan Selamat Berpuasa!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan