Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANZALNA IDAM GUNA NONA ROGUY (NR) SEJAK HAMIL?


Nona Roguy … satu jenama yang berkait rapat dengan soal wanita tidak perlu diperkenalkan lagi apatah lagi sudah 3 dekad berada dalam pasaran tempatan.

Produk kecantikan dan kesihatan wanita itu yang diusahakan oleh syarikat tempatan, MISB Resouces Sdn Bhd kini sudah ada duta di kalangan selebriti.

Siapa selebriti itu?

Ya… mungkin semua sudah pun maklumkan yang pelakon yang mempunyai 2.7 juta pengikut di laman sosial iaitu Anzalna Nasir telah dilantik sebagai duta eksklusif produk Nona Roguy yang kini direbrand kepada dua huruf pada pangkal jenama iaitu NR sahaja.

Majlis menandatangi kontrak selama setahun telah pun berlangsung baru-baru ini di antara Anzalna dan Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources Sdn. Bhd., Syed Hidzir Tan Sri Datuk Syed Agil Barakbah.

Ditanya kenapa memilih Anzalna yang kini hamil enam bulan, kata Syed Hidzir:

“Anzalna telah menunjukkan komitmennya  dengan berkongsi maklumat tentang produk yang dipercayainya malah NR telah menjadi pilihan keluarga sejak dua generasi lalu.

“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinnya sejak ramuan herba ini diformulasi 30 tahun yang lalu.”
Sehubungan itu, Anzalna turut membalas dengan ucapan terima kasih di atas pelantikan sambil berkata, “jika NR tidak melantik saya sebagai duta sekali pun, saya akan tetap menggunakan produk NR sebab ia telah menjadi produk kegunaan emak dan kakak saya sebelum ini.”

Isteri kepada ahli perniagaan, Muhamad Hanif Mohamad Zakib ini bukan sahaja akan mengamalkan penggunaan produk NR ketika hamil tetapi juga selepas bersalin dan dalam pantang malah akan diteruskan selama 100 hari lagi selepas itu.

“Kita mahu mengembali dan mengekalkan  kecantikan Anzalna selepas bersalin,” tambah Syed Hidzir (kanan).

Pendek kata, sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.

Ramuan turun-temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses dengan menggunakan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

NR dijangka melancarkan  enam produk terbaharunya pada 25 April ini meliputi antaranya parfum Harumme, cucian intim Bloom dan rangkaian produk bayi.

Sebenarnya, ini pertama kali Kak Fas hadir pada acara NR walau pun mengenali CEOnya terlebih dahulu memandangkan kami berjiran ketika tinggal di Fasa 1, Pantai Hillpark beberapa tahun lalu.

Sudah bertahun-tahun jugalah tidak bertemu dengan Syed Hidzir, seorang yang peramah dan mesra. Tidak sangka pula bertemu kembali sekian lama.

Apa pun tahniah kepada Syed Hidzir yang melakukan rebranding produk Nona Roguy supaya sealiran dengan kehendak masa dan generasi Y kini.

“Kita perlu mengikut kehendak pasaran dan penjenamaan semula ini dilakukan agar Nona Roguy diberikan imej baru sejajar dengan nilai komersialnya, jadi apabila dinamakan melalui dua abjad NR sahaja ia mudah diingat dan ringkas disebut,” jelas Syed Hidzir.

Kak Fas lihat langkah penjenamaan semula dan pelantikan duta di kalangan selebriti menjadi trend terkini dan tidak syak lagi keputusan diambil MISB Resources Sdn Bhd memenuhi kehendak pasaran sekarang.

Sebagai sebuah jenama tempatan yang sekian lama bertahan dalam pasaran malah diproses turun temurun menggunakan herba serta formula nenek moyang dahulu kala di kilang di Alor Setar, Kak Fas yakin ramai di antara muda mudi sebaya Anzalna yang mengutamakan kecantikan luaran serta dalaman akan beralih kepada  #NR yang kini berwajah baharu.

Yang penting, produk NR menggunakan herba berkualiti tinggi dengan standard piawaian kebersihan dan kawalan kualiti yang ketat malah mengandunhi vitamin semula jadi dan unsur mineral yang disahkan kajian saintifik dunia tentang keberkesanannya dalam penjagaan kesihatan waima diperakui pensijilan Halal daripada JAKIM.

Info lanjuit hubungi bahagian pemasaran di talian 03-62013077, 03-62013177 atau emel ke sales@nr4u.com.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan