Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GADIS JUALAN 'JAMUMALL!' DAPAT TAJAAN RM500,000


Gadis ini SPM pun tak ada. Tetapi beliau jujur menerima hakikat itu malah tidak malu untuk memberitahu semua berkenaan status pendidikannya.

Semua gara-gara membantu seorang abang yang bergelar ‘Orang Kurang Upaya’.

Pengorbanan Siti terhadap abang sulongnya daripada enam beradik di mana Siti merupakan satu-satunya ‘bunga’ di dalam famili cukup terharu bagi sesiapa yang membaca kisahnya.

Panjang ceritanya jika Kak Fas nak coretkan di sini, tetapi jika minat nak tahu kisah kehidupanya sila KLIK SINI.

Berpegang kepada prinsip ‘"Jangan Give Up Walau Gagal 1000x !!"  ternyata membuahkan hasil cemerlang pada Siti Suriani atau lebih popular disapa Siti Jamumall.

Korang tahu kan apa jamumall?

Ia satu platfom e-dagang bagi produk kecantikan dan kesihatan untuk pembelian di kalangan penduduk Asean.

Dan apa kaitan Siti dengan jamumall.com?

Well… bagi mereka yang sering melayari internet untuk membeli-belah di talian khususnya melalui jamumall.com pasti kenal gerangan yang digelar Siti Jamumall ini.


Ini kerana Siti sering menjadi hos secara live dalam laman sosial facebooknya bagi mempromosikan rangkaian produk-produk jualan dalam jamumall.com.

Bayangkan daripada sebuah produk yang tiada nama atau popular boleh jadi viral apabila mendapat sentuhan dan kata-kata azimat daripada Siti malah laku pula tu.

Jadi apabila usaha murni Siti dilakukan ikhlas dengan niat membantu penjualan sudah tentulah dikurniakan ganjaran tanpa diminta pun. Anugerah Allah buat orang sepertinya kan?

Hasratnya untuk mengadakan majlis perkahwinan secara kecilan tiba2 dikejutkan dengan penerimaan tajaan sehingga RM500,000 daripada 100 syarikat tempatan. Tengoklah gambar-gambar ni...hebat kan?


Sudah tentu syarikat-syarikat berkenaan membalas budi baik Siti yang sentiasa mempromosikan produk mereka secara ‘live’ di FB tanpa dikenakan bayaran.

Malah sebaik sahaja mengetahui Siti bakal mendirikan rumahtangga, beliau dihujani ratusan panggilan dan pesanan wats app daripada syarikat-syarikat yang berhasrat untuk menaja majlis resepsinya.

Tup-tup Siti mendapat tajaan perkahwinan setengah juta sehingga memaksanya menukarkan lokasi perkahwinan daripada sebuah tempat yang sederhana kepada dewan yang lebih besar dan mampu memuatkan kira-kira 2,000 tetamu. Hebat gitu!

Wah! Untungnya badan…. !

Bukan sahaja kita terkejut mendengarnya malah tuan punya badan sendiri pun tentu terkejut dan tidak sangka begitu ramai penaja yang sudi taja majlis resepsinya yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam pada 7 April lalu.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan di sini  Kak Fas rasa anda boleh bayangkan betapa besarnya majlis malah boleh diibaratkan sebagai ‘wedding of the year’ bagi seorang rakyat Malaysia biasa pada tahun ini. 


Pendekata, kalahlah perkahwinan artis popular sekali pun.

Mana tidaknya, Siti bukan sahaja dapat tajaan semasa majlis resepsi dengan pelbagai makanan lazat malah daripada pre wedding, malam berinai, nikah sehinggalah hadiah  pakej berbulan madu n pun diterimanya.

Kira cuci tangan lah Siti tidak perlu berbelanja lebih kan?

"Saya sangat terharu dan tidak menyangka , majlis yang mulanya kami rancang biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Syukur Alhamdulillah, berkat usaha saya selama 3 tahun menjadi promoter atau hos untuk jamumall.com serta menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan dihargai oleh mereka,” komen Siti sebak.

Bukan calang-calang syarikat yang taja Siti tau… nak tahu siapa mereka sila lihat senarai di bawah ini:



  1. Pelamin dan Hiasan Dewan dari Weddings by Emma
  2. Baju Pengantin dari Dila Jane Bridal Collection
  3. Grand Cake dari Mad About Cake
  4. VIP Menu dari Rumpun Selera
  5. Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
  6. Jamu dari Seri Lady Empire Resources
  7. Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
  8. Kain Pasang Diamond dari lrahsukri
  9. Telekung dari Pretty Aini
  10. Set Solekan dari Zacthira Naviilionniza 
  11. Skarf dari Scarf By Mehrun
  12. Printed Box dari Art Creation Printing 
  13. Minyak Wangi dari Luxe Essencia Resources 
  14. Pakej Bulan Madu dari Arwarna Resort
  15. Joker Cendolz
  16. Rempah Ratus Mak Siti
  17. Aiskrim Viral
  18. Satay Ros Viral
  19. Apam Balik by The Vaggies
  20. ChefNarKitchen Mee Kari





Tahniah! Dan Selamat Pengantin Baru buat Siti dan Syafiq! 
Moga kekal hingga ke anak cucu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan