Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TUKARKAN PEMBELIAN DUIT RAYA DENGAN SYILING EMAS HABIB?


Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadan dan bermulanya Syawal, syarikat pengeluar barangan kemas tempatan, HABIB tidak pernah melupakan pelanggannya yang mahukan barang kemas eksklusif dan elegan.

Namun memandangkan keadaan ekonomi yang melanda seluruh dunia akibat pandemik COVID-19, ia membawa impak yang menyaksikan peningkatan harga emas yang kini berada di tahap tertinggi dalam sejarah iaitu pada paras RM270 segram.

Sehubungan itu, HABIB berkongsi pandangan dari sisi. yang berbeza agar orang ramai khususnya pelanggan setia mereka  untuk melihat kenaikan harga emas ini sebagai satu waktu yang sesuai untuk menjual beli emas.

“Saban hari, harga emas yang dijangka semakin meningkat untuk tempoh yang agak lama membuatkan setiap pembelian emas kini merupakan satu pelaburan yang bijak kerana harga emas lebih stabil berbanding nilai matawang dunia. 

"Bagi memudahkan, kami menawarkan pembelian semula dengan harga yang berpatutan buat para pelanggan kami yang ingin menukar barangan kemas lama kepada yang baharu.” Kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib.

Di samping itu, sempena Promosi Syawal yang berlangsung sepanjang Kempen Rantaian Kasih di musim perayaan Aidilfitri ini, Habib menawarkan duit syiling emas seberat 0.2-gram dengan rekaan ekslusif pada harga RM 118 sahaja. 

"Orang ramai boleh membuat kelainan dengan menggantikan pemberian duit raya dengan duit syiling emas dari Habib pada raya tahun ini," tambah  beliau.

Meski pun tahun ini Hari Raya disambut dengan norma baharu, HABIB turut  menawarkan potongan harga sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batupermata yang terpilih. 

Tambahan pula, potongan harga RM 10 untuk segram emas dan setia pembelian bernilai RM8,000 ke atas dalam satu resit akan mendapat jam tangan Ice Watch Ice Steel.

Menarik tak korang rasa promosi ini? Jadi jika dah jemu dengan barang kemas dalam simpanan itu boehlah menukarkannya pada yang baharu pada masa harga emas sedang berada pada paras tinggi tahun ini, ya tak?


Kak Fas: Sekarang dah PKPP jadi bolehlah korang kunjung ke butik HABIB untuk melihat dengan lebih terdekat barang kemas yang menjadi idaman. Syawal kan masih panjang lagi pun dah boleh rentas negeri. Jadi hiaskan diri dengan produk HABIB kegemaran anda.


#HABIB #PromosiSyawal #SyilingEmas #IceWatch #MeerHabib

11 ulasan:

SalinaJohari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SalinaJohari berkata...

Habib memang pilihan dari dulu tapi buat masa ni tengah menabung lagi untuk dapatkan pilihan hati ...hehehe

Fadima Mooneira berkata...

Wow...... good package Habib is offering it’s customer. Hope people will love this. Thank you for sharing.

Airah Syahirah berkata...

Wow good investment. Haritu survey jugak emas tapi lupa nak tengok habis punya nanti nak cuci mata

Fanahalim berkata...

Bila lah nak merasa beli barangan Habib ni. Cantik cantik pulak tu.

Sis Lin berkata...

Tak silap Habib memang tengah buat prmosi ni, kawan kita dah pergi jenguk...bagus juga yaa, ingat nak gak le meyimpan siling emas cmni...

Nokomen berkata...

HABIB antara jenama pilihan ibu saya malah dia pun kenal pengasasnya, Dato Meer Habib tu... selalu gak dia window shopping kat HABIB dulu.

Tini Alif berkata...

Ibu saya memang dari dulu lagi kalau nak beli emas je confirm cari kat Habib, kiranya dipercayai turun-temurunlah gitu... produk dan promonya juga selalunya menarik... dah PKPP ni bolehlah pergi tengok kat kedai kan... tapi SOP dilupa jangan ya...

halimah muhiden berkata...

Skrg ni jrg beli brg kemas tp klu nk buat pelaburan elok jgk utk masa dpn

Sunshine Kelly berkata...

Oh wow! HABIB Sale memang sangat berbaloi and they also have many designs to choose from.

Marsya berkata...

mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.