MINUMAN 'KUALA COLA' SASAR TEMBUSI PASARAN TEMPATAN SELEPAS CIPTA NAMA DI ARAB SAUDI!
DALAM usaha memanfaatkan lonjakan sektor pelancongan negara, Neatness Group Sdn Bhd (NGSB) mengambil pendekatan berani dengan memperkenalkan 'Kuala Cola' sebagai produk minuman tempatan yang disasarkan untuk menembusi pasaran lebih luas, bertepatan dengan momentum Tahun Melawat Malaysia 2026.
Langkah ini bukan sahaja menandakan kemasukan syarikat itu ke dalam industri minuman berkarbonat, malah mencerminkan aspirasi untuk mengetengahkan identiti Malaysia melalui inovasi produk.
'Kuala Cola' tampil dengan keunikan tersendiri menerusi formulasi yang menggabungkan garam Himalaya, sekali gus menghasilkan keseimbangan rasa yang lebih halus dan premium berbanding minuman cola konvensional.
Sebagai jenama tempatan, 'Kuala Cola' diperkenalkan dalam tiga variasi yang memenuhi citarasa dan keperluan pengguna masa kini, termasuk pilihan tanpa gula dan sifar kalori yang semakin mendapat permintaan.
Ia meliputi:
• Original Cola – Rasa Klasik Yang Seimbang Dan Menyegarkan.
• Mix Cola (dengan Garam Himalaya) – Gabungan Rasa Unik Dengan
Sentuhan Mineral Semula Jadi.
• Zero Cola (dengan Garam Himalaya, Tanpa Gula, Sifar Kalori) – Pilihan
Gaya Hidup Moden Tanpa Gula Dan Tanpa Kalori.
![]() |
| MALAYSIAN Cookies dari DMG dan minuman 'Kuala Cola' akan jelajah seluruh Malaysia sempena VMY 2026. |
Pendekatan ini selari dengan perubahan gaya hidup pengguna yang lebih mementingkan kesihatan tanpa mengorbankan pengalaman menikmati minuman berkarbonat.
Pelancaran ini turut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha menyokong agenda nasional apabila 'Kuala Cola' diberi ruang untuk terlibat dalam aktiviti promosi pelancongan serta menggunakan elemen rasmi kempen, sekali gus membantu memperkukuh penjenamaan Malaysia di mata dunia.
Pengarah Pembangunan dan Pembangunan NGSB, Datuk Suzana Zakaria menegaskan, bahawa 'Kuala Cola' bukan sekadar minuman, tetapi simbol inovasi tempatan yang membawa sentuhan premium serta memenuhi kehendak pengguna global.
“Dari segi harga, produk ini diletakkan pada kadar kompetitif sekitar RM2.20 hingga RM2.60 seunit selari dengan harga pasaran minuman berkarbonat tempatan.,” ujar Suzana ketika di temui pada majlis pelancaran ‘Road Tour Malaysian Cookies’ bersama DMG Food Industries Sdn Bhd yang disempurnakan Pengarah MaTic, Mohd Yasin Alwi di Pusat Pelancongan MaTic, Kuala Lumpur baru-baru ini.
![]() |
| SUZANA (tiga dari kanan) di majlis pelancaran 'Road Tour Malaysian Cookies dan Kuala Cola' bersama Mohd Yasin Alwi (tengah) dan Mohamad Sis (empat dari kanan), di MaTic baru-baru ini. |
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DMG Food Industries, Mohamad Sis Ahmad serta beberapa rakan strategik terlibat antaranya Ryverra Chocolate Confectionary Sdn Bhd dan ramai lagi.
![]() |
| PELANCONG dari Australia diperkenalkan dengan 'Kuala Cola' oleh Helmi Gimmick. |
Terdahulu di pentas Auditorium MaTic, para pelancong yang hadir daripada Jepun, Korea, Ukrainee, Poland serta tetamu-tetamu tempatan yang hadir menyaksikan persembahan budaya turut diberikan minuman 'Kuala Cola' serrta DMG Cookies sambil dihiburkan dengan lawak spontan diacarakan oleh Helmi Gimmick.
Bercerita lanjut, Suzana memaklumkan, 'Kuala Cola' bukanlah jenama yang bermula untuk pasaran Malaysia semata-mata.
“Produk ini pada asalnya dibangunkan bagi memenuhi permintaan dari Arab Saudi, dengan sebanyak 6 penghantaran kontena telah dibuat sebelum situasi konflik di rantau tersebut menjejaskan operasi eksport. Perkembangan itu membuka ruang baharu untuk jenama ini diperkenalkan kepada pengguna tempatan, “ tambah Suzana sambil memaklumkan pengeluaran produk adalah sebanyak 40,000 karton setiap minggu bagi setiap perasa.
Ceritanya, inspirasi untuk mengangkat minuman tempatan ke tahap lebih tinggi tercetus ketika lawatan ke Bangunan Sultan Abdul Samad, apabila kehadiran jenama antarabangsa di lokasi ikonik tersebut mencetuskan persoalan tentang keperluan memperkukuh kehadiran produk buatan Malaysia di pasaran sendiri.
Sehubungan itu, dalam memastikan produk ini mencapai pasaran yang lebih meluas, pengeluaran juga dirancang dalam skala besar bagi memastikan bekalan mencukupi apabila permintaan meningkat, khususnya menjelang kemasukan ke rangkaian ‘hypermarket’ dan ‘supermarket’ utama di seluruh negara yang sedang diusahakan dalam masa terdekat.
Pada masa sama, NGSB turut merancang kerjasama strategik dengan pemain industri pelancongan, hospitaliti dan penganjur acara VMY sepanjang tahun 2026, sebagai langkah memperkukuh kedudukan jenama ini menjadi pilihan minuman tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa
“Kami percaya produk ini mampu mewakili Malaysia pada dunia” akhiri Suzana penuh harapan dan keyakinan waima 'Kuala Cola' bukan sekadar minuman — Ia adalah simbol inovasi tempatan dengan sentuhan premium seperti garam Himalaya serta pilihan tanpa gula dan sifar kalori.
![]() |
| HELMI memperkenalkan produk Kuala Cola dan Malaysian Cookies kepada pelancong dari Jepun. |
Artikel berkaitan sila layari LINK INI.
#KualaCola #MalaysianCookies #Pelancongan #GaramHimalaya #VMY2026 #fyp






Tiada ulasan:
Catat Ulasan