Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HARI TERAKHIR PENANG AUTOSHOW, JETOUR TARIK TUMPUAN, TEMPAHAN KINI TERBUKA!


DEMAM
pameran automotif di wilayah utara mencapai kemuncaknya apabila JETOUR Malaysia memilih pentas Penang Autoshow 2026 sebagai lokasi utama untuk memperkenalkan SUV moden mereka sekali gus membuka tempahan bagi model terbaharu mereka, JETOUR T1.


Langkah ini dilihat sebagai strategi berani JETOUR untuk menambat hati rakyat Malaysia yang kini beralih arah kepada kenderaan yang bukan sahaja menawarkan praktikaliti harian, malah keupayaan untuk dibawa mengembara pada hujung minggu dalam suasana yang serba mewah.


Selepas tirai pameran dibuka secara rasmi pada 1 Mei lalu, hari ini (3 Mei 2026) merupakan peluang terakhir buat peminat automotif di Pulau Pinang untuk menyaksikan dengan lebih dekat kenderaan yang direka khusus bagi memenuhi gaya hidup rakyat Malaysia yang mementingkan keselesaan dan ketersambungan ini.


Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Fu Yong, menyifatkan pembukaan tempahan ini sebagai satu pencapaian penting bagi jenama tersebut di peringkat domestik. 


“Pembukaan tempahan untuk JETOUR T1 baharu menandakan satu lagi pencapaian penting bagi JETOUR di Malaysia. Dengan T1, kami memperkenalkan sebuah SUV yang menggabungkan reka bentuk berani, teknologi canggih, dan keserbagunaan praktikal, sejajar dengan keperluan dan aspirasi pemandu Malaysia hari ini. Kami yakin T1 akan mendapat sambutan hangat daripada mereka yang mencari SUV bergaya yang sesuai dengan gaya hidup harian mereka,” ujar Fu Yong.



Dari aspek teknikal, pembeli ditawarkan dengan dua pilihan varian utama iaitu 1.5L TGDi 2WD dan 2.0L TGDi XWD. 


Bagi varian 1.5L, ia menggunakan enjin turbo direct injection yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan bagi memastikan pemanduan yang lancar dan responsif. 


Meskipun diletakkan sebagai varian permulaan, spesifikasinya tetap menyeluruh dengan kehadiran lampu LED penuh, roda aloi 18 inci, serta sistem multimedia 12.8 inci yang dilengkapi pembantu suara dan sistem keselamatan Advanced Driving Assistance System Level 2.


Bagi mereka yang mementingkan prestasi lebih tinggi, varian 2.0L TGDi XWD menawarkan kuasa enjin yang lebih dominan bersama sistem pacuan yang dilengkapi dengan 7+X mod pemanduan bagi menyesuaikan kenderaan dengan pelbagai keadaan muka bumi. 



Varian premium ini turut memanjakan pemiliknya melalui ciri-ciri eksklusif seperti sunroof panoramik, sistem audio premium SONY dengan sembilan pembesar suara, serta skrin multimedia yang lebih luas bersaiz 15.6 inci. Suasana kabin juga boleh diubah mengikut mood pemandu melalui sistem pencahayaan ambien 64 warna.


Aspek keselamatan tidak dikompromi apabila JETOUR T1 mencatatkan keputusan cemerlang dalam penilaian ASEAN NCAP bagi protokol 2021 hingga 2025 dengan memperoleh penarafan penuh lima bintang menerusi kutipan 87.67 mata. 


Selain struktur yang kukuh, kenderaan ini juga hadir dengan pelbagai pilihan warna luaran yang sofistikated termasuk Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold, dan Carbon Black.



Model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat dengan anggaran harga bermula dari RM143,800 bagi varian 1.5L dan RM153,800 bagi varian 2.0L. 


Harga tersebut turut merangkumi pakej pemilikan dan jaminan menyeluruh bagi memberikan ketenangan minda kepada pelanggan. 


Orang ramai yang berminat kini boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran JETOUR yang sah di seluruh negara untuk menjadi antara yang terawal merasai pengalaman pemanduan SUV ini atau mendapatkan maklumat lanjut melalui portal rasmi mereka.



#JetourAutoMalaysia #JetourT1 #AseanNcap ##PenangAutoShow2026 #cars #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan