Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG MALAYSIA PERKENAL SIRI PENUH TV AI 2026!


SAMSUNG Malaysia melancarkan barisan penuh TV AI 2026 yang menampilkan teknologi kecerdasan buatan (AI) lebih meluas merentasi model premium dan arus perdana, sekali gus memperkukuh sambutan ulang tahun ke-20 syarikat itu sebagai jenama TV No.1 dunia.


Barisan baharu itu merangkumi model Micro RGB, OLED, Neo QLED, Mini LED dan UHD yang kini hadir dengan Samsung Vision AI bagi menawarkan pengalaman tontonan lebih pintar, imersif dan diperibadikan kepada pengguna.


Presiden Samsung Malaysia Electronics, Charles Kim (kiri) berkata, Samsung mahu menjadikan hiburan rumah pintar lebih mudah diakses menerusi teknologi Vision AI yang membolehkan TV berfungsi bukan sekadar sebagai skrin paparan, tetapi juga sebagai rakan pintar dalam ekosistem rumah moden.



Antara ciri utama diperkenalkan ialah Vision AI Companion (VAC) yang menggabungkan platform AI seperti Bixby, Perplexity dan Microsoft Copilot untuk memberikan pengalaman tontonan lebih diperibadikan termasuk cadangan hiburan, audio dan kandungan mengikut citarasa pengguna.


Samsung turut memperkenalkan ciri AI baharu seperti AI Upscaling Pro untuk meningkatkan kandungan resolusi rendah secara masa nyata, Color Booster Pro bagi menghasilkan warna lebih hidup, serta AI Soccer Mode yang mengoptimumkan gambar dan audio ketika siaran bola sepak.



Dalam kategori premium, Samsung memperkenalkan teknologi Micro RGB menerusi siri R95H dan R85H yang hadir dalam saiz sehingga 115 inci dengan teknologi LED mikro merah, hijau dan biru untuk menghasilkan warna lebih tepat dan kontras lebih mendalam.


Barisan OLED 2026 pula membabitkan model S95H, S90H dan S85H yang kini dilengkapi teknologi Glare Free untuk memastikan paparan lebih jelas dalam pencahayaan terang, selain ciri gaming premium seperti Motion Xcelerator 165Hz dan sokongan AMD FreeSync Premium Pro.



Samsung turut memperluaskan siri gaya hidup The Frame dengan model The Frame Pro yang menampilkan teknologi Neo QLED, reka bentuk lebih nipis serta Wireless One Connect untuk pemasangan lebih kemas.


Bagi pengalaman audio, Samsung memperkenalkan barisan Q-Series Soundbar baharu yang diterajui model HW-Q990H dengan sistem audio 11.1.4 saluran serta sokongan Dolby Atmos tanpa wayar untuk pengalaman bunyi lebih imersif.



Naib Presiden Pemasaran APAC Dolby Laboratories, Ashim Mathur berkata, kerjasama dengan Samsung membolehkan pengguna menikmati pengalaman audio lebih realistik dengan lapisan bunyi yang lebih kaya dan jelas.


Samsung turut mengumumkan promosi pelancaran sehingga 31 Mei 2026 yang menawarkan hadiah eksklusif termasuk Samsung Galaxy Z Flip7, Nintendo Switch 2 serta rebat Touch ‘n Go eWallet untuk pembelian bundle TV dan soundbar terpilih.


Barisan TV AI Samsung 2026 kini boleh didapati menerusi  Samsung Malaysia dan pengedar sah di seluruh negara. 


Untuk pembelian, sila layari: https://www.samsung.com/my/tvs/all-tvs/



#SamsungMalaysia #TVAi2026 #MicroRGB #Oled #NeoQled #MiniLed #UHD #fyp





Tiada ulasan:

Catat Ulasan