Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JANGAN TERLEPAS KLIMS 2026, BAKAL HADIRKAN INOVASI KENDERAAN TERKINI DI MITEC 12 JUN!


KUALA LUMPUR International Mobility Show (KLIMS) 2026
bakal kembali dengan skala lebih besar dan pengalaman lebih imersif apabila pameran automotif berprestij negara itu dijadual berlangsung selama 10 hari di MITEC, Kuala Lumpur, dengan pelbagai tarikan baharu yang menjangkaui konsep tradisional pertunjukan motor.


Sebagai penganjur rasmi bagi edisi ke-11 KLIMS, pihak Qube Integrated Malaysia berkata, sambutan luar biasa yang diterima pada KLIMS 2024 menjadi pemangkin untuk membawa acara kali ini ke tahap lebih tinggi, selepas berjaya merekodkan kehadiran lebih 183,000 pengunjung.


Pengurus Besar Qube Integrated Malaysia, Richard Teo berkata, pihaknya amat menghargai kepercayaan yang terus diberikan oleh Malaysian Automotive Association (MAA) untuk bersama-sama menjayakan acara automotif ikonik negara itu.


“Untuk KLIMS 2026, kami membawa pengalaman yang lebih besar dengan tempoh pameran lebih panjang, lebih banyak aktiviti dan pelbagai pengalaman menarik sepanjang 10 hari acara berlangsung dan kami sedang bersedia untuk memasarkan gerai pameran di 8 dewan pameran, menjadikan KLIMS 2026 pameran terbesar kami setakat ini, di mana setiap pengunjung meninggalkan inspirasi dan setiap peserta pameran meninggalkan peluang baharu,” ujarnya pada majlis sidang media KLIMS 2026 yang berlangsung di MITEC pada hari ini, 20 Mei 2026.


Turut hadir Presiden Malaysian Automotive Association (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain.



“KLIMS tahun ini bukan sekadar mengenai melihat kereta, tetapi tentang merasai sendiri budaya automotif, teknologi, hiburan, gaya hidup dan mobiliti dalam satu platform. Sama ada peminat automotif tegar, pencinta teknologi atau keluarga yang mahu meluangkan masa hujung minggu bersama, semuanya ada di KLIMS 2026,” katanya.


Menurut beliau, antara tarikan utama yang diperkenalkan buat pertama kali ialah Urban Play, sebuah pengalaman tunggangan halangan berinspirasikan cabaran off-road dan hutan yang dibawa ke suasana bandar bagi memberi pengalaman lebih interaktif kepada pengunjung.


“Kami juga mahu KLIMS tampil lebih hidup, kreatif dan dekat dengan komuniti. Sebab itu kami bekerjasama dengan Riuh untuk membawakan muzik, seni automotif, bengkel, podcast dan persembahan secara langsung ke dalam pengalaman pameran ini,”  tambah Teo.



Majlis turut menyaksikan sumbangan sebanyak RM5,000 disampaikan kepada Pusat Pemulihan  Penagihan Narkotik {PUSPEN) Dengkil, sebuah pusat pemulihan di bawah agensi antidadah kebangsaan AADK.  


Insiatif ini diselaraskan dengan sokongan Selangor Youth Community (SAY) melalui KLIMS Run yang telah berlangsung pada 17 Mei lalu.


Sementara itu, Mohd Shamsor berkata,  KLIMS 2026 akan terus menjadi platform penting dalam memperlihatkan perkembangan industri automotif dan mobiliti negara, termasuk teknologi masa depan serta inovasi terkini daripada pengeluar kenderaan.


“Sektor automotif Malaysia terus menunjukkan momentum yang kukuh, dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah 820,752 unit pada tahun 2025,” ujarnya. 



Beliau berkata pameran itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemain industri memperkenalkan produk dan teknologi baharu, malah turut mendekatkan masyarakat dengan evolusi dunia mobiliti yang semakin berkembang pesat.


Menurut Mohd Shamsor, KLIMS kini berkembang menjadi lebih daripada sekadar pertunjukan motor tradisional apabila ia menghimpunkan peminat automotif, pemain industri, pembuat dasar, jenama dan masyarakat umum dalam satu acara berskala besar yang meraikan budaya automotif dan inovasi masa depan.


Dengan tema yang lebih tertumpu kepada mobiliti masa depan, pameran kali ini dijangka menjadi medan utama bagi pengeluar kenderaan tempatan mahupun antarabangsa untuk mempamerkan teknologi terkini serta model-model yang bakal mencorakkan pasaran negara pada masa hadapan.


Penganjuran kali ini dianggap cukup signifikan kerana ia menjadi platform pertemuan antara pembuat dasar, penggiat industri, dan pengguna dalam mendepani cabaran peralihan tenaga serta penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia. 





Kehadiran ramai ke MITEC kelak bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri inovasi terkini di depan mata, malah ia merupakan sokongan padu terhadap perkembangan ekosistem automotif negara yang semakin dinamik.



Bagi mereka yang ingin merancang kehadiran, maklumat komprehensif mengenai tiket serta senarai penuh pempamer sudah pun boleh diakses dengan mudah menerusi laman web rasmi di LINK INI.


Adakah anda sudah merancang hari yang paling sesuai untuk meluangkan masa berkunjung ke KLIMS 2026 bagi melihat sendiri inovasi automotif terkini ini?



#KLIMS2026 #MITEC #MMA #Automatif #MobilitiMasaDepan #Riuh #ForYouPage 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan