DUNLOP PERKENAL SIRI TAYAR PINTAR BAGI KENDERAAN ELEKTRIK, KONVENSIONAL!
DUNLOP memulakan lembaran baharu di pasaran Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian tayar sedia-EV (EV-Ready), yang menjadi tumpuan utama sempena Malaysia Autoshow 2026 di Penang Auto Show 2026 yang kini sedang berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) di Pulau Pinang sehingga esok, 3 Mei 2026.
Menerusi pengedar eksklusif baharunya, Toyotsu Binter Malaysia Sdn Bhd (TBM), jenama ikonik ini melancarkan model e.Sport Maxx yang dilengkapi Teknologi Silent Core bagi memenuhi keperluan kenderaan elektrik yang mementingkan kesenyapan kabin dan kecekapan rintangan golek.
Kehadiran semula Dunlop di bawah pengurusan TBM ini menandakan pengukuhan kedudukan pasaran menerusi strategi yang lebih sejajar dengan trend mobiliti global.
Sebagai sebahagian daripada promosi pengenalan ini, Dunlop turut mengetengahkan model Blue Response TG yang direka khusus untuk memberikan keselesaan pemanduan serta kestabilan pengendalian yang optimum, menjadikannya pilihan tepat bagi pemilik kenderaan konvensional mahupun elektrik yang mencari prestasi premium.
Pengarah Urusan Toyotsu Binter Malaysia, Marcus Lim menyatakan bahawa peralihan ini adalah langkah strategik untuk memastikan pemandu di Malaysia mendapat akses terus kepada teknologi tayar Jepun yang terkini.
Beliau menegaskan bahawa fokus utama syarikat pada masa ini adalah memperkukuh konsistensi bekalan dan meluaskan capaian kepada lebih 190 rakan niaga di seluruh negara.
"Ini menandakan bermulanya babak baharu bagi Dunlop di Malaysia. Fokus kami adalah untuk memperkukuh konsistensi bekalan, meluaskan jangkauan pengedar dan memastikan pemandu Malaysia mendapat manfaat daripada teknologi tayar global terkini Dunlop, termasuk produk yang dibangunkan untuk menyokong peralihan ke arah mobiliti elektrik," kata Marcus Lim ketika mengulas mengenai hala tuju baharu tersebut.
Keyakinan terhadap jenama ini turut diperkukuh melalui kerjasama pengeluar peralatan asli (OEM) di mana tayar Dunlop kini menjadi kelengkapan standard bagi model-model terpilih daripada jenama besar seperti Toyota, Lexus, Isuzu, Mazda dan Leapmotor.
Antara yang menjadi perhatian adalah penggunaan tayar Dunlop pada model elektrik sepenuhnya Toyota bZ4X, yang membuktikan keupayaan kejuruteraan Dunlop dalam menangani berat kenderaan elektrik yang lebih tinggi serta hantaran tork segera.
Mengulas mengenai kerjasama global tersebut, Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Industries ASEAN, Takehiko Asai berkata, "Keupayaan kejuruteraan Dunlop terus menyokong perkongsiannya dengan pengeluar kenderaan global, dan hubungan OEM kami mencerminkan keyakinan pembuat kereta terhadap prestasi dan kebolehpercayaan Dunlop. Ini menyediakan asas yang kukuh semasa kami terus memperkenalkan produk yang direka untuk memenuhi keperluan mobiliti yang berkembang di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara.”
Dengan statistik semasa menunjukkan satu daripada setiap 14 kenderaan baharu yang didaftarkan di Malaysia adalah kenderaan elektrik, Dunlop meletakkan sasaran untuk mendominasi segmen ini melalui barisan produk seperti Sport Maxx Lux, SP Sport Maxx 060+ dan siri e.Sport Maxx yang bakal dilancarkan.
Langkah ini dilihat selari dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 15 peratus volum industri keseluruhan bagi kenderaan elektrik menjelang tahun 2030, sekali gus mengukuhkan peranan Dunlop dalam memacu masa depan automotif negara yang lebih mampan.
Nak saksikan tayar-tayar Dunlop boleh berkunjung ke Penang Auto Show 2026 yang kini sedang berlangsung sehigga esok di PWCC, Pulau Pinang ya atau layari makluumat lanjut DI SINI.
Artikel berkaitan Penang Auto Show 2026 sila tekan LINK INI.

TAKEHIKO Asai (kiri) bersama Marcus Lim ketika di Penang Auto Show 2026.
#Dunlop #ESportMaxx #SportMaxxLux #SPSportMaxx060 #BlueResponseTG #fyp




Tiada ulasan:
Catat Ulasan