KARNIVAL VIKIDS KEMBALI DI ALAMANDA & MESRA MALL, TAWAR PENGALAMAN RETRO-FUTURISTIK!
SEMPENA cuti pertengahan penggal sekolah yang sedang berlangsung, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall Kemaman kembali menghangatkan suasana dengan penganjuran Karnival VIKids.
Kempen yang penuh pengembaraan ini menjanjikan momen percutian yang unik, sekali gus menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Alamanda Putrajaya: Menggamit Memori Zaman Neon
Bermula dari 20 Mei hingga 7 Jun 2026, ruang Centre Court di Alamanda bakal bertukar menjadi dunia retro-futuristik, diinspirasikan daripada estetika 1980-an yang penuh warna-warni.
Selain empat stesen permainan pesta ria dan zon arked, pengunjung juga boleh menyertai bengkel seni dan kraf kreatif.
Kemeriahan diteruskan pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) dengan tiga pertunjukan harian, menampilkan Tarian Neon yang bertenaga, persembahan silap mata, dan aksi badut belon yang pasti menceriakan si kecil.
Bagi ahli VIKids, anda boleh menebus dua Pas Karnival percuma dengan perbelanjaan minimum RM300 (maksimum dua resit). Dan bagi bukan ahli, keistimewaan yang sama boleh dinikmati dengan perbelanjaan RM500 dan ke atas.
Mesra Mall Kemaman: Kreativiti Tanpa Sempadan
Sementara itu, Mesra Mall pula memilih tema dunia alat tulis yang menyeronokkan untuk edisi karnival kali ini yang berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2026.
Fokus utamanya adalah aktiviti amali (hands-on) bagi merangsang imaginasi kanak-kanak.
Setiap hari dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang, kanak-kanak bawah 12 tahun berpeluang menyertai bengkel kraf DIY untuk menghasilkan sendiri jadual waktu sekolah, bekas alat tulis, hiasan pensel, dan penanda buku.
Selain ruang bergambar interaktif dengan bingkai swafoto gergasi, program ganjaran juga disediakan dengan pembelian minimum RM50 (satu resit) untuk melayakkan ahli VIKids menerima dua tiket bengkel.
Bagi pendaftaran ahli baharu VIKids dengan perbelanjaan RM100, anda bukan sahaja menerima tiket bengkel, malah berpeluang membawa pulang Beg Hadiah Set Alat Tulis eksklusif (untuk 300 ahli pertama).
Komitmen Suria KLCC Sdn Bhd terhadap Institusi Keluarga
Menurut Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, karnival ini dianjurkan khusus untuk memberikan nilai yang bermakna, pendidikan kreatif, serta kegembiraan tanpa had kepada komuniti sepanjang musim cuti sekolah
"Sama ada melalui tenaga neon karnival Alamanda yang memukau dan penuh nostalgia, mahupun bengkel kreatif amali di Mesra Mall, fokus kami kekal untuk menyediakan pengalaman berteraskan keluarga yang luar biasa demi membina kenangan percutian yang abadi,” ujar Francis.
Untuk info lanjut, layari:
- Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall








Tiada ulasan:
Catat Ulasan