Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MODEL EV PERTAMA MG KINI TERSEDIA UNTUK PANDU UJI, ADA PROMOSI SEHINGGA RM9K!


MG Motor Malaysia
terus memperkukuh pengaruhnya dalam industri automotif tempatan apabila mencatat pertumbuhan jualan memberangsangkan pada suku pertama 2026, sekali gus menandakan keyakinan pengguna Malaysia terhadap jenama itu semakin meningkat, khususnya dalam segmen kenderaan elektrik (EV).


Momentum positif tersebut diraikan sempena sambutan ulang tahun kedua “Passion To Drive” yang berlangsung di Bamboo Hills, dengan syarikat berkenaan menggariskan pencapaian penting melibatkan inovasi produk, pengembangan rangkaian serta pengukuhan pengalaman pelanggan sepanjang awal tahun ini.


Antara pemacu utama pertumbuhan itu ialah pelancaran rasmi MGS5 EV CKD, model EV pertama MG yang dipasang secara tempatan di Malaysia menerusi fasiliti EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Melaka pada Mac lalu.


Pelancaran tersebut dianggap sebagai langkah strategik dalam usaha lokalisasi jenama itu di Malaysia selain membuktikan komitmen jangka panjang terhadap pembangunan industri EV tempatan, termasuk aspek pemindahan teknologi dan pemasangan tempatan.


Model MGS5 EV CKD kini ditawarkan pada harga RM116,900 dan menjadi antara fokus utama MG dalam memperluaskan akses rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik yang lebih mampu milik. Model berkenaan turut tersedia untuk sesi pandu uji di semua bilik pameran MG di seluruh negara bersama promosi pelancaran khas bernilai sehingga RM9,000.


Dalam tempoh sama, MG Motor Malaysia turut merekodkan peningkatan jualan sebanyak 57 peratus berbanding suku keempat 2025 dan pertumbuhan 39 peratus tahun ke tahun berbanding suku pertama tahun lalu, sekali gus mencerminkan penerimaan pasaran yang semakin kukuh terhadap jenama itu.



Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi berkata, pencapaian yang direkodkan sepanjang suku pertama tahun ini memberi petanda positif terhadap hala tuju syarikat di Malaysia.


“Suku pertama merupakan permulaan yang bermakna dan memberangsangkan bagi MG di Malaysia. Daripada pengiktirafan produk hingga pelancaran tempatan MGS5 EV CKD, pencapaian ini mencerminkan kekuatan rangkaian produk kami serta komitmen jangka panjang kami terhadap pasaran Malaysia,” ujar Emory Qi.


Tambahnya, syarikat akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan produk inovatif, memperkukuh penglibatan pelanggan dan memperluaskan lagi kehadiran jenama melalui strategi lokalisasi serta peluasan rangkaian.


Selain prestasi jualan, MG Cyberster turut menjadi antara sorotan utama apabila dinobatkan sebagai ‘Performance Car of the Year’ oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), sekali gus mengukuhkan reputasi MG sebagai pengeluar EV yang menggabungkan teknologi, reka bentuk moden dan pengalaman pemanduan dinamik.



Jenama itu juga aktif mendekati pengguna menerusi pelbagai aktiviti pemasaran dan gaya hidup termasuk kempen “Experience British Driving Dynamics”, acara rumah terbuka perayaan serta siri pameran bergerak di beberapa lokasi tumpuan seperti Desa ParkCity, Quayside Mall, The Curve, Starling Mall dan IOI City Mall.


Di peringkat antarabangsa pula, MG Motor terus memperkukuh imej teknologinya menerusi MG Tech Day di Frankfurt apabila memperkenalkan teknologi MG Hybrid+ serta bateri separa keadaan pepejal pertama di dunia yang dihasilkan secara besar-besaran.


Sebagai langkah memperkukuh pengalaman pemilikan pelanggan, MG Motor Malaysia turut merancang pembukaan pusat MG 3S baharu di Kuantan dan Rawang selain meningkatkan sokongan selepas jualan melalui sehingga 11 fasiliti badan dan cat di seluruh negara.


Jenama itu juga dijadual menyertai Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) akan datang bagi memperkenalkan perkembangan terkini serta visi masa depan syarikat. Penyertaan tersebut bakal diperkukuh dengan kehadiran Naib Presiden Reka Bentuk Global SAIC Motor, Jozef Kaban yang akan berkongsi mengenai evolusi identiti reka bentuk global MG.

...

Maklumat lanjut mengenai model dan rangkaian terkini MG boleh didapati menerusi MG Motor Malaysia di LINK INI.



#MGMotorMalaysis #ModelEV #KLIMS #MGCyberstar #PaassionToDrive  #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan