Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MaTIC SOKONG INITIATIF 'ROAD TOUR MALAYSIAN COOKIES' MARTABATKAN GASTRONOMI NEGARA!


IDENTITI
gastronomi Malaysia kini bersedia untuk "menakluk" selera pelancong antarabangsa menerusi siri jelajah 14 negeri yang bakal mengangkat biskut tempatan dan minuman ikonik sebagai duta budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. 


Langkah ini bukan sekadar promosi makanan, malah merupakan satu misi strategik bagi membuktikan inovasi produk buatan Malaysia mampu menjadi daya tarikan utama di destinasi pelancongan seluruh negara.


Inisiatif besar ini dimulakan secara rasmi melalui pelancaran Road Tour Malaysian Cookies yang berlangsung di Mini Auditorium, Malaysia Tourism Centre (MaTIC), di Kuala Lumpur pada 5 Mei 2026, semalam.


Diisempurnakan pelancarannya oleh Pengarah MaTIC, Mohd Yasin Alwi, ia menjadi titik tolak kepada usaha kolaborasi antara DMG Food Industries Sdn. Bhd. bersama rakan strategik utama, ‘Kuala Cola’ dan ‘Ryverra Chocolate’.


Turut hadir antaranya Ketua Pegawai Eksekutif DMG Food Industries, Mohamad Sis Ahmad, Pengarah Pembangunan Perniagaan Neatness Group Sdn Bhd, Datuk Suzana Zakaria, Pengarah Ryverra Chocalate Confectionary Sdn Bhd, Mohd Hanafiah Yunos dan Datuk Chef Zainal Saad.



Majlis turut menyaksikan penyampaiain sijil kepada rakan-rakan strategik lain yang terlibat seperti antaranya  MASMED UiTM, Nest Sports Academy, Helmi Gimmick Enterprise, Honeyzone Travel & Tours dan ramai lagi.


Kehadiran barisan peneraju industri ini memperlihatkan sinergi padu dalam usaha meletakkan produk makanan tempatan ke pentas global.


Berkongsi lanjut, Mohamad Sis menjelaskan bahawa siri jelajah ini dirancang dengan teliti untuk merangkumi seluruh pelosok negara khususnya bandar-bandar utama dimulakan dengan Melaka bagi zon Selatan dan Kedah untuk zon Utara menjadi lokasi terawal.


"Sudah tentu kami tidak akan melupakan Sabah dan Sarawak," ujarnya.


Menurut Mohamad Sis lagi, produk 'Malaysian Cookies' akan dibawa bersama barisan produk rakan strategik seperti 'Kuala Cola' bagi mempamerkan kombinasi identiti dan kreativiti pengusaha tempatan kepada dunia. 


Usaha ini dilihat sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan kualiti produk PKS Malaysia secara terus kepada pelancong asing yang berkunjung ke lokasi-lokasi tumpuan tersebut.


Majlis yang dikendalikan oleh pengacara Helmi Gimmick ini turut dihadiri  Pengarah Pembangunan Perniagaan Neatness Group (Kuala Cola), Dato’ Suzana Zakaria dan Pengarah Ryverra Chocolate Confectionery Sdn. Bhd., Mohd Hanafiah Yunos. 



Terdahulu, suasana majlis diserikan dengan persembahan budaya yang mencerminkan kepelbagaian identiti Malaysia dikendalikan bersama pengacara versatil, Helmi Gimmick atau nama sebenarnya, Harun Tahir.


Beberapa pelancong yang hadir antarana dari Jepun, Korea, Ukrain dan Poland diberi peluang eksklusif untuk merasai sendiri sampel produk daripada DMG dan Kuala Cola, yang menjadi simbolik kepada kualiti premium yang bakal dibawa sepanjang jelajah nasional itu nanti.


Pihak DMG Food Industries menyatakan keyakinan bahawa siri promosi yang bersifat agresif dan menyeluruh ini akan memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi gastronomi bertaraf dunia. 


Selain memeriahkan kempen Visit Malaysia 2026, inisiatif ini diharapkan dapat membuka ruang dan peluang pasaran eksport yang lebih luas bagi produk makanan kebanggaan negara di masa hadapan.


DMG Food Industries Sdn. Bhd. yakin bahawa inisiatif ini akan memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi gastronomi bertaraf dunia, di samping membuka peluang pasaran eksport yang lebih luas bagi produk makanan tempatan.




Sementara itu, mengulas pandangannya. Mohd Yasin menyifatkan program ini sebagai langkah proaktif dalam memperkasakan sektor gastronomi negara bagi menarik minat pelancong domestik mahupun antarabangsa.


"Sudah tentu produk-produk ini akan diperkenalkan kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara yang melawat MaTic sepanjang berlangsungnya acara-acara yang berkaittan dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2026," akhiri Mohd Yasin.



#DMGIndustries #JelajahMalaysianCookies #KualaCola #MaTic #VMY2026 #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan