Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SONY UMUM PRODUK BAHARU, PERTANDINGAN FOTOGRAFI 'NATURE IN FOCUS', TAWAR HADIAH MEWAH!


SONY Electronics
 mengukuhkan dominasinya dalam arena pengimejan profesional dengan memperkenalkan dua produk unggul yang bakal mengubah landskap kreativiti di Malaysia, iaitu kamera mirrorless full-frame Alpha 7R VI dan lensa super-telefoto FE 100-400mm F4.5 GM OSS.


Alpha 7R VI, yang merupakan generasi keenam dalam siri Alpha 7R yang cukup tersohor, hadir dengan sensor Exmor RS CMOS 66.8 megapiksel yang menggabungkan resolusi tinggi dengan kelajuan pemprosesan BIONZ XR2 baharu. 


Kamera ini direka khusus untuk memenuhi tuntutan profesional dengan menawarkan keupayaan rakaman 8K yang lancar, penstabilan imej 5-paksi yang dipertingkatkan, serta sistem autofokus berkuasa AI yang mampu menjejak subjek sepantas 30 fps. 


Model ini akan berada di pasaran mulai Jun 2026 dengan harga jualan RM18,999.


Melengkapkan ekosistem pengimejan tersebut ialah lensa FE 100-400mm F4.5 GM OSS



Lensa siri G Master ini membawakan pembaharuan penting dengan apertur malar F4.5 dan struktur zoom dalaman, menjadikannya pilihan utama bagi jurugambar hidupan liar, sukan, dan kewartawanan foto. 


Dengan sistem motor linear XD yang mampu mencapai kelajuan autofokus sehingga tiga kali lebih pantas daripada model sebelumnya, lensa ini bakal tersedia di pasaran pada Mei 2026 dengan harga RM17,999



Selain itu, Sony turut memperkenalkan adaptor XLR-A4 yang menyokong rakaman audio 32-bit float dengan harga RM2,599 bagi melengkapkan keperluan produksi profesional.


Seiring dengan pelancaran teknologi baharu ini, Sony Malaysia turut mengumumkan penganjuran pertandingan fotografi “Nature in Focus”, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk mencungkil bakat tempatan dalam merakam keindahan dunia semula jadi. 


Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia dan berlangsung dari 27 April hingga 31 Julai 2026



Ia dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Hidupan Liar, Makro, dan Landskap.


Apa yang menarik, Sony menampilkan pendekatan yang sangat inklusif dengan menyediakan dua kategori penyertaan, iaitu kategori khusus untuk pengguna kamera Sony dan kategori terbuka yang membenarkan penggunaan sebarang jenama kamera bagi memastikan semua komuniti kreatif dapat terlibat. 


Inisiatif ini bukan sekadar sebuah pertandingan untuk memenangi peralatan pengimejan premium, malah ia berfungsi sebagai platform batu loncatan bagi jurugambar tempatan membina portfolio serta membina keyakinan diri sebelum melangkah ke persada antarabangsa.



Melalui usaha ini, Sony komited untuk memupuk kemahiran peserta bukan sahaja menerusi pertandingan, malah melalui bengkel fotografi dan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi seperti Universiti Sunway


Langkah ini bertujuan untuk melahirkan barisan pencipta kandungan masa depan yang mampu bersaing di platform global seperti Sony World Photography Awards (SWPA)


Bagi jurugambar yang berminat untuk menguji kreativiti dan mempamerkan visi seni mereka, penyertaan boleh dihantar melalui laman sesawang rasmi Sony Experience Malaysia.


Butiran lanjut tekan LINK INI.



#SonyElectronicsMalaysia #Alpha7RVI  #NatureInFocus #SWPA #Telefoto #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan