Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

METROWEALTH KONGSI REZEKI

Siapa kata produser Metrowealth, David Teo merajuk dengan wartawan? Buktinya ramai wartawan yang dijemput hadir ke  Majlis Berbuka Puasa dan Malam Kongsi Raya yang diadakan tanggal  9hb Ogos lalu.
Dan seperti kebiasaannya, David bukan sahaja berkongsi rezeki keuntungannya dengan menjamu anak-anak yatim serta artis-atis di bawah naungannya tetapi hasilnya turut dikongsi sama rata kepada persatuan-persatuan perfileman termasuk pihak media.
Shaheizy Sam antara artis yang mendapat durian runtuh apabila menerima bonus RM60,000 hasil kutipan filem "Kongsi" arahan Farid Kamil yang berjaya memungut RM8.5 juta. Dan tentu sekali Farid Kamil yang berjaya membawa keuntungan pada filem berkenaan mendapat lebih habuan apabila beliau menerima RM50,000 yang digandakan dengan jumlah sama bagi membiayai pengajiannya dalam bidang perfileman di luar negara.
David yang kelihatan segak dalam pakaian baju melayu bersamping rona oren bersama isterinya Jane yang juga anggun dalam kurung moden khabornya akan terus menjalankan tanggongjawab sosialnya pada bulan Ramadan dengan mengadakan majlis-majlis meraikan golongan lain seperti ibu tunggal dan sebagainya. Bagi David, amalan berkongsi rezeki dipercayai   berkesan kepada perniagaannya dan memberikannya lebih rezeki. Boleh dikatakan amalan yang dilakukan Metrowealth ini, sebagai syarikat bukan Melayu tetapi mempunyai ramai kakitangan Melayu di bawahnya melebihi syarikat perfileman Melayu sendiri yang sanggup berbelanja besar di bulan Ramadan semata-mata untuk berkongsi rezeki keuntungannya. Barangkali Skop Productions boleh mencontohi David apatah lagi "KL Gangster" sudah mengatasi kutipan pecah panggung mengatasi "Kongsi" dengan jumlah melebihi RM11 juta??? Kita tunggu dan lihat....
Apa pun, Malam Kongsi Raya pertama kalinya juga di langsungkan di jalan raya bersebelahan pejabat Metrowealth dengan pentas dibina di tengah-tengah jalan. Satu langkah yang menjimatkan daripada menyewa dewan hotel lima bintang tak gitu David? Sekurang-kurangnya wang sewa itu boleh disalurkan ke bahagian lain dan memberi kesempatan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Khabornya. Metrowealth sudah mempunyai 61 'talent' baru untuk diketengahkan. Kata David, "ramai yang datang ke sini mahu mencuba nasib menjadi bintang filem dan saya percaya bintang dicipta bukan dilahir jadi saya tidak ada masalah untuk menerima mereka." Mengulas lanjut, katanya, pintu Metrowealth sentiasa terbuka untuk menerima talent baru dan juga terbuka andai kata mereka mahu berhenti. Tiada istilah merajuk  atau kecil hati, katanya.
"Kalau mahu datang silakan  dan kalau mahu keluar pun silakan." tegas David. Namun tambahnya, "sesiapa yang sudah keluar, jangan la pula kutuk bapa angkat."
Pun begitu, David memberitahu tidak dapat menutup mulut-mulut yang mengutuknya kerana dia berpegang kepada kepercayaan  "dia kritik saya, saya dapat pahala, dia pula dapat dosa."
Wah! David memang hebat dengan kata-kata yang cukup tajam.  Sepotong ayatnya yang menarik:  "Kalau takut dilanda ombak... jangan tanam pokok kelapa di tepi pantai"....Tabik maaa!


Tiada ulasan: