Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAJLIS KESYUKURAN SKOP PRODUCTIONS MERIAH

Skop Productions di bawah teraju Datuk Yusof Haslam nampaknya sekali lagi mencipta sejarah sebagai syarikat perfileman tempatan yang meraih keuntungan besar, Jika Yusof pernah bergelar 'The Six Million Dollar Man' kini anaknya pula, Syamsul Yusof boleh digelar "The Double Six Million Dollar Man" gara-gara filem arahannya "KL Gangster' mampu memecah rekod ayahandanya dengan kutipan RM12 juta.

Nampak gayanya Yusof angkat tangan dan perlu menyerahkan gelaran produser jutawan kepada anak tersayang yang telah membuktikan setiap filem arahannya tidak menghampakan. Justeru itu sekali lagi, Skop  Productions mengadakan majlis kesyukuran dan berbuka puasa sambil memberi 'bonus' kepada karyawan filem yang terlibat termasuk persatuan perfileman serta kalangan media.

Majlis yang berlangsung di Finas baru-baru ini merupakan yang terbesar dianjurkan Skop walaupun amalan memberi bonus dan meraikan anak-anak yatim di lakukan setiap tahun sejak 1991. Sudah tentu ia dibuat seumpama hasil kutipan KL Gangster yang mampu meraih  kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman Malaysia mengalahkan rekod yang dicapai Metrowealth.

Namun yang nyata, baik Skop mahu pun Metrowealth rezeki yang diperoleh telah dikongsikan bersama karyawan yang terlibat mahu pun khalayak insan seni perfileman lainnya. Syabas  untuk kedua-duanya... ia perlu dicontohi produser lain yang meraih keuntungan seumpama. Mungkin Tayangan Unggul pula selepas ini... maklumlah filem arahan Mamat Khalid "Hantu Kak Limah..." tidak kurang meraih kutipan tinggi walaupun RM8 juta lebih, Tak gitu Gayatri? Atau majlis sudah berlalu dan Kak Fas sahaja yang terlepas pandang atau terlepas jemputan?

Apa apa pun yang nyata filem tempatan kini tidak lagi duduk di bawah tempurung.... industri perfileman sudah menampakkan perkembangan yang positif apatah lagi dengan lahirnya ramai pengarah muda di kalangan generasi baru..

Kak Fas:  Terhibur tonton 'Hantu Bonceng'  arahan Ahmad Idham yang bakal ditayangkan di pawagam Hari Raya ini bernula 31 Ogos bersamaan Hari Merdeka...


Tiada ulasan: