Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ERRA FAZIRA MENGIDAM AYAM HUTAN?

ERRA FAZIRA

Umum mengetahui perihal kontroversi yang melanda rumah tangganya... pelbagai gosip yang sampai ke telinga.. kononnya Erra Fazira sudah dimadukan.... sudah tinggal berasingan dan bermacam-macam lagi yang tidak seratus peratus sahih.
Namun dalam pada itu, Erra Fazira dikatakan mengidam nak makan ayam hutan? Eh,. jika betul baguslah... anak sulong Aleesya pun dah lebih tiga tahun, jadi sudah sampai masanya Erra menambah keluarga dan memberikan adik kepada Aleesya. Tak gitu?
Bila dikatakan Erra mengidam ayam hutan,.. tentulah dia mengandung kan? Tetapi melihat kepada keaktifannya dalam kerjaya seni serta tubuh badannya yang langsing dan tidak pula nampak Erra pening loya... mana mungkin dia mengandung?

Jika ia satu kebenaran, pasti peminat 'primadona' ini turut berkongsi kegembiraan tetapi yang sebenarnya anda hanya akan dapat melihat keinginan mengidam ayam hutan itu melalui telefilem terbarunya, "Parut Asyikin"  yang bakal ditayangkan pada hari Ahad 17 Jun ini melalui saluran Astro Citra jam 10 malam.

Arahan Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2011 (ASK2011), Sabri Yunus, 'Parut Asyikin' terbitan Bahang Rimbun menggandingkan dua pelakon hebat, Erra Fazira bersama Eman Manan yang ditayangkan serentak  di saluran berdefinasi tinggi Mustika HD  (saluran 134).

Mengisahkan percintaan antara Muaz dan wanita muda bernama Ashikin di mana tanpa diketahuinya, Muaz yang kematian isteri dan berkahwin dengan Ashikin, rupa-rupanya menyimpan rahsia besar yang sangat dikesalinya di mana bapa Ashikin telah dibunuh oleh Muaz.
Ekoran itu, Ashikin yang kebetulan dilahirkan pada malam tragedi disambut oleh Muaz dan rakannya, Lazim namun Muaz terdengar bisikan supaya menjaga bayi itu yang akan menjadi jodohnya kemudian malah kematian isterinya itu kelak akan berpunca pada gigitan labah-labah hutan.
Pun begitu, tanpa disedari, Muaz naik angin dan mengamuk sambil menkelar bayi itu tetapi dapat diselamatkan oleh Lazim di mana kemudian Lazim ditangkap tetapi Muaz berjaya melepaskan diri.
Kehilangan Muaz selama 20 tahun menyaksikan dia menjadi seorang ustaz di sebuah kampung di mana Ashikin berhijrah untuk menuntut ilmu keagamaan.
Di kampung itulah bermulanya penghidupan baru Muaz sehinggalah kematian isterinya dan dia kemudian berkahwin dengan Ashikin tanpa mengetahui latar belakang gadis itu.
Belum sempat mereka mengecapi nikmat suami isteri, Muaz dikejutkan dengan kedatangan Lazim yang mahu menuntut bela maka terbongkar segala rahsia. Mengetahui suaminya sebagai pembunuh ayahnya, Ashikin mahu membalas dendam dengan meracuni Muaz ketika suaminya itu keluar mencari ayam hutan yang diidamkan isterinya. Mampukah Ashikin menuntut bela? Segala jawapan dapat anda saksikan pada 17 Jun ini nanti.

"Inilah pertama kali saya berlakon dengan Eman Manan dan kami banyak berbincang untuk menjiwai watak masing-masing" jelas Erra sewaktu ditemui pada pra tonton "Parut Ashikin" di Astro baru-baru ini.

Terlanjur bertemu isteri kepada Tengku Emran ini, pihak media tidak melepaskan peluang bertanya soal rumah tangga dan gosip yang melandanya akhir-akhir ini..

Dan seperti biasa, Erra akur dan tidak melenting dengan segala pertanyaan walau pun mengakui ia sesuatu yang amat merimaskan dirinya apabila sering diajukan soalan cepu emas itu.

"Rumah tangga mana yang tidak ada masalah. Ada yang boleh dikongsi dan ada yang harus menjadi hak peribadi. Saya harap semua faham dan tidak bertanya lebih," mohonnya.
Masih mampu melemparkan senyuman walau pun diakui hatinya pasti  meronta kala diasak dengan persoalan peribadi, Erra Fazira tetap kelihatan tenang.

"Saya ingat pesanan orang tua-tua yang menyatakan bahawa kata-kata itu satu doa. Jadi cakaplah yang elok-elok supaya ia menjadi elok juga. Usahlah bercakap yang tak elok," harapan Erra.

Beralih soal kerjaya seninya, Erra memberitahu sudah pun merakamkan dua buah lagu single secara sola dan duet dengan rakan baiknya, Datin Paduka Umie Aida iaitu 'Cinta Diam Diam' karya Manusia Putih dan "Hanya Kau" ciptaan Azlan Abu Hassan.

Kata pelakon teater watak Tun Dr. Siti Hasmah ini, beliau merancang melancarkan 'single' albumnya itu sebelum akhir tahun ini setelah segala urusan berkaitan pemasaran selesai.

Sesungguhnya, rentetan perjalanan hidup pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek ini dilalui penuh liku dan cabaran namun dengan ketabahan dan jiwa kental yang dimilikinya, beliau mampu berdikari malah katanya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, impiannya untuk mencari duit dan membantu keluarga.

"Kini segala apa yang saya lakukan demi keluarga dan anak." akui Erra jujur sambil memohon agar khalayak memahami dilema yang dihadapinya. Bagi Erra apa yang didengarnya ibarat masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

"Asalkan keluarga sekeliling tahu keadaan sebenar sudah memadai, tidak perlu dikongsi dan dimaklumkan kepada satu dunia hal rumah tangga," tambahnya yang akur dengan segala ketentuan Allah.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan