Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

Nikmati TONTON melalui Samsung Smart TV



Kwon Jae Hoon (tiga, kanan)  dan Lam Swee Kim (dua, kiri) bersama Paul Moss (kiri) pada majlis pelancaran Samsung Tonton di Publika baru-baru ini.
Pembangunan teknologi ternyata melangkah ke era canggih apabila kehadiran Samsung Smart TV mampu memberikan penonton keselesaan dalam menikmati siaran televisyen di ruang rumah bagaikan di pawagam gayanya.
Terbaru, kolabrasi antara Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd dengan kerjasama Alt Media Sdn Bhd melancarkan aplikasi tv Tonton untuk digunakan dalam Smart TV, bertujuan mengembangkan pelbagai tawaran serta kandungan yang terdapat dalam tv berteknologi tinggi itu.
"Usahasama strategik ini dilihat bakal menawarkan koleksi kandungan tempatan serta antarabangsa yang lebih meluas kepada pelanggan, dengan majoritinya merupakan kandungan terbesar milik Media Prima," ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Baru dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad.
Sempena pelancaran tersebut juga,  Tonton menawarkan  tontonan secara percuma  beberapa drama hebat dari Tonton Premium sehingga 31 Ogos ini di mana penonton boleh menikmati pelbagai rancangan pilihan masing-masing termasuk drama-drama hit seperti Detia Hujung Nyawa, Dejavu di Kinabalu, Terlanjur Cinta
dan Love Compulsory (musim 1) serta drama yang hangat seperti Nur Kasih.
Aplikasi Tonton yang terdapat pada skrim Samsung Smart TV
Di samping itu,  pengguna Samsung Smart TV bepeluang melanggan perkhidmatan TV Everywhere menerusi aplikasi ini. Mereka boleh menonton siaran langsung untuk empat saluran TV iaitu TV3,ntv&, 8TV, dan TV9 secra 'live streaming'.
"Dengan lebih 2.9 juta pengguna berdaftar di Tonton kami begitu  gembira menawarkan capaian Tonton kini kepada pelanggan Samsung menerusi tawaran meluas untuk kandungan tempatan dan antarabangsa," ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital. Turut hadir Kwon Jae Hoon, Pengrah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan